"Cinta pertama adalah milik peribadi semua orang. Setiap kita pernah melaluinya. Ia punya tempat tersendiri dalam perisian memori kita. Adakah sekadar mengingatinya menjadikan kita curang?
Dia masih pelangi...bagai pelangi, hadirnya seketika namun indah. Keindahan yang tidak pernah kekal, namun membekas."
Respon pertama yang kuterima adalah dari Melati Atie yang memberi semangat untukku menghantarkan hasil karyaku itu ke peringkat yang lebih baik lagi. Tetapi respon seterusnya sangat mengejutkan aku. Rakan fb ku itu (yang sememangnya berniat baik) mengingatkan aku tentang kecintaan kita pada Allah tidaklah boleh melebihi kecintaan kita kepada manusia. Kurang sempurna iman,katanya jika cinta nya kepada manusia mengatasi Allah dan Rasulullah.
...memang betul katanya. Terima kasih kerana mengingatkan. Sesungguhnya, berdakwah dan saling ingat-mengingati itu suatu kewajiban. Tapi, maaflah, bagiku, personally, rakanku ini sudah salah faham. Salah faham yang sangat menyimpang jauh dari topik yang sedang disiar dalam status fb ku itu.
Entah kenapa aku jadi merasa sangat marah, sangat terhina dan sangat malu dengan responnya. Aku merasa betapa hinanya aku di matanya hingga dia boleh menganggap aku sebegitu jahil sekali. Cinta yang kumaksudkan adalah cinta sesama manusia. Kenapa mesti melibatkan Allah dan RasulNya dalam topik seperti ini? Kenapa mesti dipersingkatkan makna Cinta Pertama? Ia tidak menunjukkan hirarki hak Allah. Selagi syahadah menjadi pilar tauhidku, haram mutlak kuletakkan seorang manusia di tempat lebih atas dari hak Allah.
Lalu balas-membalas pun berlakulah. Dia dengan pendiriannya dan aku dengan pendirianku. Bagiku, rakan ku ini seperti membidik tanpa sasaran, lebih kejam lagi, aku rasa dia seperti salah menjawab kertas soalan peperiksaan BM kertas 1. Lain maksud tajuk, lain yang dikarangnya. Sakit betul hatiku. Lepas tu, makin banyaklah pula hadis-hadisnya yang keluar yang tiada kaitan langsung dengan segala topik yang dibincangkan. Hampeh...!
tapi akhirnya aku tau juga...rupanya dia ni bukan betul pun...ada kurang dua posen. Nda apalah...lepas ni aku tak akan layan dia lagi. Macam abang cakap, kalau dia post yang bukan-bukan lagi, deletekan saja. Kawan aku yang lain cakap, daripada kau delete postnya, baik kau remove kan saja, block abis! Tapi aku nda sampai hati buat keduanya pun. Biarlah. Abaikan saja. Abaikan orang-orang yang bodoh di sisimu...
0 comments:
Post a Comment