Tuesday, March 22, 2011 | By: Luna Biru

Pembebasan selama 3 tahun! - delayed entry

Pada 21 March 2008, akibat sebuah desakan kewangan yang keterlaluan, maka akhirnya kami (aku dan suami) terpaksa mengambil satu jalan mudah untuk meminjam wang, iaitu dari money lender. Do you what is money lender mean? It is kind of 'tangilung' berlesen yang sama juga kejamnya dengan 'tangilung' tidak berlesen. Let say kalau kita pinjam RM100, kita akan dicaj sebanyak RM18 (termasuk kos pengurusan). So, just imagine lah kalau kita pinjam beribu-ribu ringgit. Huuuuu...banyak tu....! Waktu tu, kami memerlukan wang segera sebanyak RM4000 cash in hand. So, itu bermakna kami terpaksa meminjam lebih banyak dari jumlah pokok RM4000 itu. Campur kos pengurusan dorang tu, jumlahnya mencecah ke RM8800. Maka, bermula detik itu, tergadailah kad dan buku bank kami di bank tengilung itu. Huhu...

Setiap bulan, gaji kami akan dipotong sebanyak RM890 seorang untuk membayar bunga sahaja. Tu belum masuk pokok lagi tu. Memang gila betul time ni. Rasa-rasa macam nak mati saja. Mau loan bank, potongan gaji sudah melebihi 60%. Macam-macam bisnes yang kami buat untuk menampung keperluan keluarga, termasuk bayaran-bayaran wajib setiap bulan. Aku masih ingat first bisnes aku waktu jual barang-barang runcit. Market aku sekitar sekolah dan kampung tu saja. Alhamdulillah, memang berbaloi walaupun terpaksa berpenat setiap hari mengambil stok dan menjualnya ke keliling kampung. Waktu tu, jangan cakaplah pasal malu. Tapi demi anak-anak, aku tabahkan saja hatiku. Tapi akhirnya, bila agent aku dinaikkan pangkat, bisnes tu pun terkubur begitu sahaja.

Lepas tu, aku cuba tolong umi majukan bisnes bun dia. Dari sehodoh-hodoh wajah bun dan sekeras-kerasnya, hingga akhirnya ia jadi lembut dan gebu. Dari pasaran sekitar sekolah, hinggalah kami cuba perluaskan ke kawasan lain. Bisnes ni memang berbaloi habis. Sehari mau juga dapat RM400. Tapi penat jangan cakaplah. Aku pernah tak tidur sampai dua hari sebab nak mengejar dateline bayar kereta. Dua hari bertungkus-lumus buat bun, akhirnya dapat jugalah duit untuk jelaskan hutang tertunggak. Inilah saat-saat paling kritikal dalam hidup aku. Waktu ni jugalah aku hilang kawan, hilang kepercayaan majikan bahkan hilang maruah.

Pada tahun 2009, aku ditukarkan ke sesi petang. Maka, bermula detik itu, aku pun buat dus bisnes serentak. Malam buat bun, sebelah pagi, aku dan cousin aku menumpang di sebuah restoran cina untuk menjual makanan melayu. Petang, aku bekejar mengajar dan bila balik, aku terus hantar bun ke sekolah asrama. Yang ni pun kira berbaloi juga. Tapi, korang bayangkan sajalah penat dan sempitnya keadaan masa aku waktu tu. Aku rasa muka aku pun dah tak serupa orang lagi. Paling ngeri bila time bulan ramadhan. Orang sibuk nak mengejar pahala, aku pula, balik saja sekolah, terus buat makanan untuk dijual di bazar ramadhan petang tu. Malam pula buat kek lapis. Tau-tau sajalah kek lapis ni, kena buat berkali-kali. Bila hari raya, aku bantai tidur. Abang pula buat part time sebagai designer di sebuah kedai printing.

Then, tahun 2010, aku ditukarkan balik ke sesi pagi. Waktu ni, aku dah tak sanggup lagi nak bergadai nyawa aku buat bun or what so ever yang berkenaan dengan makanan lagi. Pada tahun ni juga, restoran tempat kami berniaga tu terbakar dan menamatkan perniagaan kami begitu saja. So, kami cuba-cubalah pulak buat bisnes printing banner dan emboidery. Alhamdulillah, yang ni kira bagus sikit. Tak penat sangat cuma saingan banyak dan kena pastikan betul-betul menjadi. Tapi akhirnya kami kantoi juga sebab banyak customer lari sebab kami selalu gagal tepati masa dateline.

Aku tak tahu sampai bilalah kami harus lalui semua ini. Tapi aku bersyukur menjadi diriku, kerana aku tak pernah mengadu kesusahanku pada orang lain. Aku juga tak pernah merungut dan memaksa suamiku untuk bertindak lebih dari kemampuannya. Aku hanya jalaninya seadanya, kerana aku akur pada ketentuanNya. Aku menunggu, bilakah semua ini akan berakhir. Satu yang aku percaya ialah, setiap ujian atau kurnia yang Allah berikan punya perjanjian masa yang ditetapkan. Maka aku selalu percaya bahawa bila sampai masa yang dijanjikanNya, maka akan berakhirlah semua ujian ini. Meski aku harus menanggung begitu banyak beban hutang dan hinaan orang.

Akhirnya, hari ini, 21 March 2011, berakhirlah ujian itu. Akhirnya, permohonan pinjamanku sebanyak RM175 telah diluluskan oleh pihak MBSB. Perkara pertama yang kami lakukan ialah menjelaskan hutang money lender itu yang rupanya telah mencecah sebanyak RM31,700. Ketika menerima kembali resit pembayaran dan kad serta buku bank, air mata kami menitis penuh kesyukuran. Alangkah ajaibnya kuasa Allah...pada sebuah tarikh yang sama Dia menguji kami, maka pada tarikh yang sama juga Dia membebaskan kami. Syukur yang tak terhingga kami panjatkan ke padaMu ya Allah...

Mulai bulan ni, kami akan merasa lagi 'thrill' berbaris di bank macam orang lain untuk mengambil gaji. Macam mana rasanya tu ah? Lupa sudah aku. Bertahun pekerja money lender tu ambilkan untuk kami. Oya, yang bestnya tu, bulan ni kami sama-sama dapat tunggakan 'time based' tau! Kira macam gaji berganda la....wah...hebatnya!

So, kepada mereka yang pernah membantuku di kala susah, harap menunggu kiriman wang dariku ya...hutang-hutang kalian akan kami jelaskan dengan segera. Terima kasih yang tidak terhingga sebab sabar menunggu dan banyak membantu kami selama ini. Hasil wang pinjaman kalian itulah yang telah menjadi darah daging untuk ke-6 anakku. Sekarang ni pun kami tengah cuba setelkan satu-satu.

Kepada 'dia' yang telah menyebabkan kami terhumban ke lembah hutang itu, satu saja yang aku nak katakan; Syukur Alhamdulillah atas segala kesengsaraan yang telah kau buat pada keluarga kami. Kesengsaraan itu telah banyak mengajar kami erti hidup dalam usia semuda ini. Kesengsaraan yang telah kau sedekahkan pada kami itu juga telah mendekatkan kami pada Allah, membuat kami mengenal hati manusia, mengajar kami siapa kawan siapa lawan. Syukurlah kau wujud antara kami untuk menjadi watak antogonist yang menjadikan plot cerita kami berimbang dalam pro dan kons. Semoga Allah jua yang membalas segala 'budi baik' mu. Ingatlah, masa yang dijanjikan Allah pada kami telah selesai, Insya Allah, maka semoga masa untukmu akan tiba juga.

Terima  kasih yang tak terhingga buat umi dan abah yang tidak pernah sekalipun merungut pada kesusahan kami, teguh berdiri di sisi kami baik dalam susah dan senang. Tidak pernah jua membangkit dan meminta kembali segala jerih yang terpaksa kami tanggunngkan di bahu mereka selama ini. So do to my cousin Mayang yang super sabar dan super ikhlas selama ini,

Abang....inilah hidup kita...

0 comments:

Post a Comment