Bila tengok couples gendong-gendong anak di 1B kelmarin, bila dengar suara baby menangis, rasanya macam tak percaya bahawa aku tidak akan lalui semua tu lagi. Sedar tak sedar, keenam anakku sudah mula membesar. Tiada lagi yang perlu digendong, atau menangis tengah malam sebab mahu menyusu, atau disorong di pram waktu shopping.Sebenarnya, semua ni bukan dalam perancangan kami pun. Tidak pernah pula terfikir akan mempunyai anak seramai ini dalam masa yang begitu singkat. Isu anak tidak pernah singgah dalam angan-angan kami sebelum dan bahkan selepas perkahwinan. Segalanya berlaku begitu tiba-tiba. Semuanya kententuan Allah. Dia maha pemberi. Ada pula yang nak sangat, tapi seorang pun belum dapat lagi.
Setiap anak ada istimewanya, ada kelemahannya. Aku, kami cuba memberi yang terbaik, meskipun tidak sehebat dan sesempurna mana. Aku tidak mengharap mereka dapat mengapai bintang di langit, cukuplah bila mereka merdeka dalam kedewasaan dan tahu menghargai hidup. Esok lusa, bila kami tiada, aku harap mereka dapat survive menhadapi kehidupan ini dengan segala bekalan yang kami berikan selama ini. Meskipun, anak-anakku tidak cemerlang dalam bidang akademik, tapi mereka punya kelebihan masing-masing. Dan aku berharap agar kemahiran itu dapat dipertingkatkan untuk membina satu generasi di masa akan datang. Amin...
DANIAL IHSAN SAFWAN@ARIN.
Aku kagum dengan kesungguhannya untuk berjaya. Dia ada wawasan, bercita-cita tinggi dan tahu bagaimana untuk mencapainya. Lebih cenderung dalam bidang sukan dan merupakan fanatik gamez, macam abahnya. Jiwanya lembut tetapi kuat semangat. Abang bilang, dia macam aku...mewarisi kekuatanku dan semangatku. Sebenarnya, melihatnya membesar membuat aku jadi semakin malu pada diriku sendiri. Aku malu kerana tidak mampu menyempurnakan keperluan fizikalnya. Aku lebih malu lagi bila dia pula yang selalu menyabarkan aku.
NUR DANISYA AZREENA@ANIS
The only princess...Orangnya cantik, lembut, penuh santun. Tapi awas...hatinya keras dan tidak mudah dicairkan. Kalau dia tidak mahu, dia tidak akan berganjak dari keputusannya. Yang bestnya, dia tidak menunjukkan kedegilannya. Dia mampu untuk buat kita mengerti tentang pendiriannya. Sangat berbakat dalam bidang sukan dan mahir dalam bidang bahasa. Tapi memang kantoi math dan sains. Hihi...macam aku juga.
Anis seorang anak yang baik, kakak yang bertanggungjawab dan merupakan pil penenang bagi kami semua. Cuma memang paling malas disuruh mandi dan berlawa macam cewek-cewek lain seusianya. Mungkin pengaruh persekitaran sampai dia jadi agak lasak. Aku harap dia tidak merasa zaman remaja yang aku alami.
MUHAMMAD IMAN HAIQAL@ABE
Budak ni paling istimewa, paling nakal, kuat mengacau, paling menang loyar buruk. Ada-ada saja tingkahnya setiap hari yang menyakitkan hati dan salah di mata. Tapi ada sesuatu yang istimewa tentang dia yang susah untuk diterjemahkan. Dia selalu buat kami rindu walaupun kalau dia ada, kami jadi sakit hati. Abe paling cool antara semua. Memang tak sangka rupanya dia pun berbakat dalam bidang sukan. Dalam skuad bola balingku, dialah harapan team kami.
AHMAD IMAN DANISH@ACIK
Yang ni pula paling pelawan, penangis nombor satu dalam dunia. Dialah paling kepala batu dan berlagak jadi bos. Hari-hari aku marah dia sampai dia ingat aku ni tak sayang dia. Padahal, punyalah aku sayang betul sama dia ni, lebih-lebih lagi bila ingat betapa susahnya menjaga dia waktu kecil-kecil dulu. Dialah pengalaman pertama kami menghadapi anak sakit. Perihnya menghadapi waktu itu, hanya Allah saja yang tahu. Tapi aku tahu anakku seorang ni bakal jadi pemimpin suatu hari nanti.
MIZAN SRI ISKANDARSYAH@MIZAN
Yang ni pulak paling kuat merajuk. Salah sikit, sure hilang dari rumah. Sampai berhari-hari di rumah cousin aku tak mahu pulang-pulang. Belum nampak sifat yang jelas dalam dirinya, cuma aku tahu, dia seorang yang agak pendendam tetapi baik hati. Dia saja yang berkulit agak gelap berbanding semua tetapi paling stune...Mizan penghidap bronkitis dan pneumonia yang agak kritikal.
ADE HAIRUNEE ZULKARNAIN@ADE
Inilah puteraku yang bongsu. Confirm! Paling berwajah unik antara semua. Mungkin dialah waris darah Dusun. Kulitnya putih bersih dan badannya gebu. Pintarnya bukan main lagi. Semua pun dia tahu. Tapi semenjak dia mengalami jangkitan kuman dalam darahnya, sikapnya mula berubah. Dia jadi sangat degil dan tempting tak tentu pasal. Badannya pun mula menyusut.
---------------------------------------------------------------------------------
1 comments:
Ku wariskan 6 Zuriat, untuk menyembahMu Ya Allah, untuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W... untuk mendoakan kesejahteraan kami berdua, amin.
Post a Comment