Saturday, March 26, 2011 | By: Luna Biru

PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA SK.SURATI PAPAR SESI 2011 ANJURAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DENGAN KERJASAMA PIBG SK. SURATI PAPAR

"Bapa adalah sumber inspirasi bagi anak, juga penentu kepada kecerdasan atau kebodohan. Jika seorang bapa melabel anaknya sebagai manusia bodoh dan gagal, maka anak itu cenderung untuk menanamkan persepsi itu dalam dirinya. Namun persepsi ini berbeza sekiranya label itu dikeluarkan oleh ibunya. Ini kerana seorang anak memandang bapa sebagai seorang superhero dan idola mereka, sementara ibu hanyalah ibarat sebatang pokok untuk berteduh serta servant penyedia makan minum. Bapa membentuk kejayaan sementara ibu membentuk sahsiah,"


Demikianlah petikan ucapan penceramah dari PENOLONG PENGARAH KANAN, UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SEKTOR PENGURUSAN KEMANUSIAAN, JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH, KOTA KINABALU, ENCIK AWANG BIN HAJI MATSAID.

Program PEMUAFAKATAN IBUBAPA SK.SURATI PAPAR adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta perkongsian mengenai halatuju, cabaran dan persekitaran sekolah serta isu-isu pembelajaran anak-anak murid. Disamping itu, ianya merupakan satu usaha untuk membina kekuatan emosi, mental dan jati diri di kalangan ibubapa dalam menghadapi cabaran semasa. Dengan itu, adalah menjadi satu harapan agar prestasi UPSR 2011 akan turut dapat dilonjakkan.


Sungguhpun tidak ramai ibubapa yang dapat hadir (mungkin disebabkan hujan), namun adalah diharapkan agar pengisian program ini dapat disebarluaskan di peringkat kampung.

Untuk majlis kali ni, macam biasa, aku sekali lagi jadi emcee terjun. Aku tak suka sebenarnya kes terjun-terjun ni. Nasiblah aku ni jenis yang sporting sikit. Sikit je tau...karang lebih-lebih orang cakap macam Pak sanggup pulak. 

Majlis berjalan dengan lancar, dan mungkin juga faktor cuaca memberi kesan pada kelangsungan majlis tersebut. Apapun, tahniah diucapkan kepada UBK SK.Surati di atas kejayaan program ini. Semoga di masa akan datang, kita mendapat kerjasama yang lebih padu demi kelancaran dan kejayaan program ini dengan lebih beresan. Adalah juga diharapkan agar kehadiran ibubapa jauh lebih baik pada masa akan datang.  Barulah dikatakan pemuafakatan...kan?kan?




Sekitar majlis...

Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sk,Surati, Encik Duraman Bakar
Ucapan alu-aluan daripada NYDP Ustaz Ismail Haji Bidin
Barisan VIP. Dari kiri, Puan Isah Solong, Encik Duraman Bakar, Encik Awang Haji Madsaid, Ustaz Ismail Haji Bidin dan Encik Hilmi Abdullah.
Taklimat kertas soalan matematik dari Penyelia Linus Daerah, Encik Ramould Montiol
Taklimat Kertas Bahasa Inggeris, Puan Felicia Francis
Taklimat kertas Sains, Puan Noraini Haji Yusof...nasib tak cedera kena hempuk layar tadi. huhu...
Emmm...sempat gak aku posing last-last minit dengan badang-badang Surati.
Ni cikgu muda-muda dan fresh lagi ni. Terimbau jaman dulu-dulu...huhu...
Anak-anak tidak dilahirkan terus pandai , pintar, bijaksana, berjaya……
  ATAU
Anak-anak  juga tidak dilahirkan terus bodoh, lemah, menderita, kecewa…..
TETAPI ….anak-anak mempunyai potensi untuk menjadi kedua-duanya ……




0 comments:

Post a Comment