Wednesday, March 23, 2011 | By: Luna Biru

My birthday gift

Hari ni, sempena birthday aku yang dah terlewat, barulah abang belikan aku hadiah birthday. Huhu...mau merajuk sudah ni. Ingatkan kasi kek saja. Rupa-rupanya ada lagi...Nak tau apa hadiah abang?
Ha....ini lah dia.




K, inilah laptop pemberian abang yang buat aku terlonjak-lonjak macam budak kecik kena kasi candy. Hihihi...Harganya RM1359 (aku tengok di resit yang aku jumpa di poket seluar jeans dia). Dia beli di PC IMage Karamunsing KK. Dia memang suka beli gajet di kedai ni sebab layanan pekerja dan taukehnya yang professional. Bukan macam sesetengah kedai tu yang layan customer tengok pada pakaian dulu. Huhu...

Apapun, Akhirnya, dapat juga aku laptop of my own. Tak yah lagi pas ni share-share ngan abang and anak-anak. Masing-masing dah ada gajet sendiri. Pas ni bolehlah aku puas-puas berblogging dan berkarya, tak perlu tunggu giliran lagi.

Aku ingat dulu-dulu abang selalu kasi diary untuk aku lakarkan kisahku. Dia memang sentiasa memberi dorongan pada minat sasteraku walaupun dia tak pernah baca sampai habis (kes pemalas membaca la ni). Ada sekali dulu, abang hadiahkan aku mesin taip elektrik. Bila zaman dah canggih, dia belikan pula komputer. And now....here it is....Terima kasih abang....Love.

Kalau korang nak tau lebih lanjut pasal spesifikasi laptop ni bolehlah melawat terus ke  Acer.com.

Acer Aspire 4253 laptop specifications :
  • AMD E-Series Accelerated Processing Unit (APU)
  • VISION Engine from AMD
  • Clear.fi, Acer’s new media sharing system
  • 14-inch high-definition Acer CineCrystal™ LED backlit display
  • 16:9 aspect ratio
  • HDMI output
  • DDR3 memory support
  • Large capacity hard disk drive
  • Media card reader
  • Acer InviLink™ 802.11a/b/g/n Wi-Fi , supporting Acer SignalUp™ wireless technology
  • Optional Bluetooth 3.0
  • Acer Crystal Eye high-definition webcam and microphone
  • Available in three color options – Mesh Black, Mesh Brown, and Mesh Red
  • Acer FineTip keyboard
  • Multi-gesture touchpad
  • Long battery life

0 comments:

Post a Comment