Saturday, March 5, 2011 | By: Luna Biru

MBSB is annoying!

Teruja dengan offer pinjaman i-waslah 80%, aku akhirnya memilih syarikat ini menguruskan pinjaman peribadiku . Borang dah submit pada 25/01/2011 lagi. Katanya, kena tunggu sebulan proses. Itu kita faham dan boleh diterima. Ternyata benar, pada 25/02/2011, aku diberitahu oleh agent tersebut bahawa pinjamanku sebanyak RM200,000 telah luluskan. Alhamdulillah...

Tapi ternyata kesnya bukan berhenti di situ sahaja. Aku ingatkan, penantian itu akan berakhir di situ. Rupanya aku terpaksa tunggu 20 hari bekerja lagi untuk sesi interview ataupun dalam istilah dorang, AKAD. Lepas tu, aku kena tunggu 20 hari lagi untuk kes overlapping sampai cek ku clear baru boleh dapat cash. Ini bermakna kesemua proses mengambil masa 3 bulan untuk mendapatkan cash!


Wow...aku terduduk kaget mendengar penerangan itu. Rasa menyesal melimpah ruah dalam hati memilih koperasi ini untuk menguruskan pinjamanku. Tidak sangka pula prosesnya mengambil masa yang begitu lama. Aku cuba call semua nombor untuk mempercepatkan proses akad. Tapi 10 nombor yang kucuba tiada yang mengangkat, kecuali di bahagian marketing. Yang tu, laju pula dorang angkat. Lepas tu, bila pas ke bahagian processing, mulalah kita jadi penunggu mendengar muzik dorang tu.

Kita faham, hanya MBSB sahaja yang menawarkan promo 80%, tapi rasanya itu adalah risiko boleh jangka yang seharusnya dipertimbangkan lebih awal oleh pihak MBSB. Seharusnya mereka dapat menjangka ledakan ini dan mengambil langkah-langkah awal untuk mengatasinya sebelum berani mempromosikan produk ini. Alasan bahawa mereka terlalu sibuk kerana MBSB sahaja yang menawarkan promosi sebegini adalah sesuatu yang susah mahu diterima. Apa yang sangat mengecewakan ialah, segala sms, chatting online, email malah semakan status online saya tidak dibalas seperti yang dijanjikan. Siapalah ketua pengarah MBSB yang cakap tak serupa bikin ni ya? Promosi bukan main gempak. Kalau tak caya, cuba tengok http://www.mbsb-online.my/,  http://www.mbsb.com.my/http://www.pinjamanmbsb.my/. Tidak ada satu pun antara semua tu yang kata proses mengambil masa 3 bulan. Ya lah...kalau kata cam tu, siapa yang nak buat kat situ kan?

Pihak MBSB harus faham bahawa, peminjam bukan meminjam sesuka hati. Kita punya alasan teguh untuk membuat pinjaman dan kita juga memerlukan cash tersebut dalam kadar yang segera. Sekali lagi, tempoh 3 bulan adalah terlalu lama, kalah pinjaman perumahan kerajaan yang aku uruskan 5 tahun dulu. Kalau nak menunggu proses ni selesai, entah-entah, orang yang sedang nazak pun sempat mati dulu. Kempunan nak merasa duit tu untuk membuat rawatan lanjutan atau pembedahan. Nyawa orang jadi taruhan. Kalaulah tahu begini, lebih baik pilih Bank Rakyat, seminggu saja. Tak dapat 80% pun tak apa.

Semoga pihak MBSB lebih telus dalam memproses pinjaman sebegini. Sudah tentu selepas ini saya tidak akan mempromosikan MBSB ini untuk kawan-kawan saya yang lain. Patutlah banyak betul komplen di FB MBSB http://www.facebook.com/pages/. Seram pulak aku baca komen-komen negatif tu.




So, mungkin ada antara korang yang tak alami seperti apa yang saya alami. Tapi pada mereka yang mungkin pernah mengalaminya, korang pasti dapat merasakan apa yang saya rasakan sekarang. Semoga pihak MBSB segera menghubungi saya.

http://rineyramley.blogspot.com/2011/03/umi.html
http://rineyramley.blogspot.com/2011/02/ade-hairunee-zulkarnain.html



10 comments:

zue lyza said...

kalau fresh loan pun mcm tu jgak ke

Luna Biru said...

Ups...tak tau pulak. Tapi masalahnya dorang pegang kelayakan kita sepanjang tempoh pinjaman (kalau ambil 80%) menyebabkan kita tidak boleh lagi buat loan tempat lain.

hezrimusa said...

salam..maaf menyampuk..
klu fresh loan atau setelkan bank lain, 2minggu..overlap(sedia ada) dgn MBSB seminggu atau 7hari bekerja..plg cepat 3ari** dh dpat duit.. Berkenaan dgn kes di atas hingga berbulan2 adlah salah individu/ejen/staf y handle kes loan customer masing2..x mcm bank lain, proses cepat sbb proses loan SEMUA CAWANGAN leh buat berbanding MBSB, seluruh malaysia semuanya proses di MBSB Leboh Ampang.
tetapi proses skg dh cepat xmcm dulu.DIJAMIN..!!sekiranya memohon melalui saya, proses:
1)3-5 ari dah tau lulus atau x..
2)selepas tau lulus, 1-2 ari AKAD akan kol customer.
3)1 hari selepas akad, trus masukkan duit dlm akaun..kalu akad sebelum kul 12 customer terima, mlm selepas kul 9mlm 2 juga dh boleh cek duit dalam bank (MAYBANK)..n kalu akad selepas kul 12, esok mlm slpas kul 9mlm leh cek duit masuk(MAYBANK)

**maybank 1-2 ari proses
**selain maybank 3-5 ari

p/s: luna biru: Pemohon sendiri dh sblm 2 dh xda pilihan nk wat ngn bank lain sbb pinjamn peribadi dgn bank/koperasi lain hampir/dh exceed 60% dan sbb 2 MBSB jadi pilihan tetapi pemohon still bleh mohon overlap di mbsb sekiranya ada kenaikan gaji atau pangkat atau perubahan gaji..

**sekiranya berminat atau ingin bertanya, 013- 455 6675 (ALI)..maaf menganggu page admin..:)

Luna Biru said...

eh...mana ada menyampuk. Thanks bagi respons. Sebenarnya kes ni dah setel seminggu selepas entry ni kuar (rujuk tarikh di atas). saya pun dah lama fikir nak delete kan entry ni takut menjejaskan reputasi MBSB sekaligus memutuskan rezeki agen-agen MBSB.

Alhamdulillah kalau proses ni tak seteruk dulu lagi. Mungkin memang nasib saya agak malang waktu tu sebab terkena agen yang tak boleh diharap. Saya pun tak mahu komen apa-apa lagi. Thanks.

Anonymous said...

ape kebendanyer ok..sampai skang loan saya masih takat akad je..pastu nak tgu cek overlapping 27 hb ni baru nak siap..seminggu lebih...saya decide nak collect cek overlapping gi bayar sendiri kat bank..nak harap agen ntah bape lama gaknyer nti pegang cek saya tu...tu pon pas bayar overlapping klat bank rakyat..janji ngan say sehari selepas tu duit masuk dlm akaun..ntah iye ntah tidak coz dgrnyer..nak tgu cek clear dulu baru leh duit masuk dlm akaun..ape punya hal la mbsb..tak pasal2 saya terpaksa tebal muka minjam sana sini sementara nak tgu mbsb punya loan..saya tak buat ngan agen tau..staff mbsb leboh ampang sendiri..tu pon mcm siput..mmg betulla..serius ckp SERIK nak buat loan ngn mbsb lagi..bukan tak boleh buat ngn bank..tp bila nengok interest 3.99% jadi teruja nak buat ngn mbsb..tup2 lagi menambah masalah..dah rase diri mcm muflis pon ade terpaksa pulak minjam sana sini sbb nak keja due date yg bank bagi utk settle...TOLONG la MBSB..prihatin sikit..bukan org suka2 nak buat loan ni..ade keperluan dan kepentingannya...

lady sha said...

btol2 sy setuju, cilanat punya mbsb, x efisien, aku ni bkn dari kalangan yg suka merapu, mencarut x tentu psl, tp kesabaran aku dh smpi ke limit nya... kita dh terdesak, depa pulak buat main2 cmni, apalah....promote bkn main, len kali kalau nk promote sesuatu perkara, perlulah bersedia dr segi mental dn fizikal, sediakn kakitangan yg cukup, ilmu yang mantap, baru loan leh jln smooth je....aku dh hangin satu badan dgn mbsb nih, janji 2 minggu, ni dh 4 minggu apa berita pun xdak, penat aku kol hari2 smpi naik tebal dh telinga aku ni, muka xyah kata lh dh merah saga.... sapa yg xamik lg loan dgn mbsb baik batalkan kalau da niat, nti sakit hati, kita dh plan nk guna duit, tut tut mcm ni jadi nya.... bila kol sgguh pyah depa nk angkat, semua kata tggu tnpa pnjelasan......

lady sha said...

depa ni xdak piagam pelanggan ker?? atau memang dh ada tp buat2 takda pulak..... yg ejen ni pon satu hal, apa pun x membantu, cuma tau melenggang mai amik borang, submit pun lambat, semua aku yg kena buat, abih tu komisyen tu nk mkn gak, kpd ejen2 yg tidak btanggngjawab, komisyen tu hasil dr keja anda, kalau keja x jln tp nk mkn komisyen gak, maksudnya apa hah! aku mmg HARAMKAN komisyen yg ejen amik drpd duit titik peluh aku bekerja. SENANG2 JER NK MKN KOMISYEN TP KEJA XMAU NK BUAT... BANGANG BODOH

Anonymous said...

Cakap je la mcmn pun, keje x s.o.p mmg mcm tu...sy pun nyesal wat kat mbsb.....kawan sy wat fresh loan pun lebih sebulan...padahal x pending pape pun...

Unknown said...

Sama lah sy... sampai.sekarang tak dapat lg... dah 3 minggu dah... akad sudah.. duit.yak masuk2 jugak... macam mana nak.cancel ye... adussss

Anonymous said...

kalu bleh..takyah dgn mbsb...
byk benor songehnya...
mudah ccris org...
memanjang call suruh bayor...
org keje gomen..potong gaji...tunggu jelah..

Post a Comment