Hari ni paling best. Permohonan abang untuk memiliki motor sendiri akhirnya diluluskan juga oleh aku, setelah hampir 10 tahun merayu. So,setelah membuat research yang pantas sebab takut aku berubah fikiran, hari ni abang angkut juga motor GT128 Modenas kaler merah lagi. Mula-mula kiranya nak ambil YAMAHA LC135, tapi harga mahal sangat. So, dia ambil modenas sajalah. Harga cash RM6000, kalau CCM, RM6600. Dia beli di kedai Papar Motor, tempat apek dan pekerjanya yang tak ramah langsung tu. Tapi walaupun apek tu tak senyum langsung dengan dia, huh...kan main gembiranya dia lagi. Apa tidaknya, akhirnya tercapai juga hasrat hatinya selama ni untuk memiliki motor sendiri. Alhamdulillah...
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
Attending CELEBRATING LIFE CONCERT 2011 anjuran bersama PIBG & SMK ST. Joseph Papar
What should I say 'bout this concert?
Segulung tahniah wajar diberikan kepada pasukan kerja SMK St.Joseph Papar dan PIBG yang begitu komited menganjurkan Life Concert 2011. Konsert ini bermula tepat pada masanya iaitu pada jam 7.30 malam dan berlangsung selama 3 jam setengah. Konsert ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana dan sekaligus mengetengahkan bakat pelajar ke peringkat yang sepatutnya. Konsert turut dihadiri oleh dif-dif terhormat (maaf, tak dapek la den nak ingat nama-namanya ya...) yang memberikan sokongan padu terhadap kejayaan konsert ini. Apa yang menariknya pada konsert kali ini ialah ia menampilkan beberapa artis jemputan dari Sabah seperti Felix Agus dan Clarice serta persembahan magic yang menghiburkan.
Abah is killing me with his new hobby.
Minggu lepas,seorang anak buah abah belikan dia notebook baru. Wah...kan main begaya lagi abah sekarang, sana sini dengan notebooknya. Aku pun tumpang gembira juga sebab selamat duit aku....hihi...abah aku ni memang hebat sikit, walaupun dah tua tapi memang minat gajet.
Tapi kemudiannya, benda ni jadi onar pulak dalam hidup aku. Apa taknya, kejap-kejap panggil aku untuk download lagu, kejap2 panggil lagi pasal nak buka facebook...ada-ada sajalah yang nak ditanyanya. Dah berapa kali ajar tapi tak pas-pas jugak. Bila aku marah-marah, dia cakap; "Kau tu yang bodoh tak tau macamana cara nak mengajar. Kalau cikgunya pandai mengajar, cepatlah muridnya pandai," Adeh....stress jiwa ragaku eh....
Tapi semalam kira dah ok sikit sebab abah dah boleh download lagu sendiri. 10 buah lagu P.Ramlee didownloadnya. Lagu yang ke-7 barulah boleh download sendiri tak payah nak panggil-panggil kami lagi. Yea....atok dah pandai! Kami bersorak ramai-ramai. Anak-anak aku pun kasi reward cium di pipi atok. huhu...
Alahai....bapa aku....
Tapi kemudiannya, benda ni jadi onar pulak dalam hidup aku. Apa taknya, kejap-kejap panggil aku untuk download lagu, kejap2 panggil lagi pasal nak buka facebook...ada-ada sajalah yang nak ditanyanya. Dah berapa kali ajar tapi tak pas-pas jugak. Bila aku marah-marah, dia cakap; "Kau tu yang bodoh tak tau macamana cara nak mengajar. Kalau cikgunya pandai mengajar, cepatlah muridnya pandai," Adeh....stress jiwa ragaku eh....
Tapi semalam kira dah ok sikit sebab abah dah boleh download lagu sendiri. 10 buah lagu P.Ramlee didownloadnya. Lagu yang ke-7 barulah boleh download sendiri tak payah nak panggil-panggil kami lagi. Yea....atok dah pandai! Kami bersorak ramai-ramai. Anak-anak aku pun kasi reward cium di pipi atok. huhu...
Alahai....bapa aku....
My best friend is annoying...always!
Jammed betul otak aku bila berhadapan dengan situasi yang memerlukan tahap rasional yang gila macam tadi. Nasiblah kawalan otak aku ni masih boleh diguna pakai lagi. Ingatkan dah beranak-pinak dan berputus urat saraf ni, aku dah masuk tahap meroyan. Rupanya, ada lagi tahap rasionalnya....Amin....syukurlah...
Ni semua berlaku bila my estimated best friend (wujudkah istilah tu?) selalu menstresskan aku dengan sikapnya yang suka mengawal dan terlalu perfectionist. Dah beberapakali kami berselisih faham mengenai perkara ni tapi nampaknya masih tak berubah juga. Aku pun tak tahulah sampai bila nak hadapi situasi ni. Kadang-kadang tu, jauh juga hatiku, dan lari membawa diri tapi bila hati aku dah sejuk balik, kami jadi kawan lagi.
Mungkin inilah yang dikatakan asam garam dalam kehidupan persahabatan,kan?
Ni semua berlaku bila my estimated best friend (wujudkah istilah tu?) selalu menstresskan aku dengan sikapnya yang suka mengawal dan terlalu perfectionist. Dah beberapakali kami berselisih faham mengenai perkara ni tapi nampaknya masih tak berubah juga. Aku pun tak tahulah sampai bila nak hadapi situasi ni. Kadang-kadang tu, jauh juga hatiku, dan lari membawa diri tapi bila hati aku dah sejuk balik, kami jadi kawan lagi.
Mungkin inilah yang dikatakan asam garam dalam kehidupan persahabatan,kan?
PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA SK.SURATI PAPAR SESI 2011 ANJURAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DENGAN KERJASAMA PIBG SK. SURATI PAPAR
"Bapa adalah sumber inspirasi bagi anak, juga penentu kepada kecerdasan atau kebodohan. Jika seorang bapa melabel anaknya sebagai manusia bodoh dan gagal, maka anak itu cenderung untuk menanamkan persepsi itu dalam dirinya. Namun persepsi ini berbeza sekiranya label itu dikeluarkan oleh ibunya. Ini kerana seorang anak memandang bapa sebagai seorang superhero dan idola mereka, sementara ibu hanyalah ibarat sebatang pokok untuk berteduh serta servant penyedia makan minum. Bapa membentuk kejayaan sementara ibu membentuk sahsiah,"
Demikianlah petikan ucapan penceramah dari PENOLONG PENGARAH KANAN, UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SEKTOR PENGURUSAN KEMANUSIAAN, JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH, KOTA KINABALU, ENCIK AWANG BIN HAJI MATSAID.
Demikianlah petikan ucapan penceramah dari PENOLONG PENGARAH KANAN, UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING, SEKTOR PENGURUSAN KEMANUSIAAN, JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH, KOTA KINABALU, ENCIK AWANG BIN HAJI MATSAID.
Program PEMUAFAKATAN IBUBAPA SK.SURATI PAPAR adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta perkongsian mengenai halatuju, cabaran dan persekitaran sekolah serta isu-isu pembelajaran anak-anak murid. Disamping itu, ianya merupakan satu usaha untuk membina kekuatan emosi, mental dan jati diri di kalangan ibubapa dalam menghadapi cabaran semasa. Dengan itu, adalah menjadi satu harapan agar prestasi UPSR 2011 akan turut dapat dilonjakkan.
escape lagi...!
Yea....! Akhirnya minggu ni berjaya juga aku escape kan diriku dari menghadiri kursus piers yang membosankan tu. Walaupun aku tahu risikonya aku bakal mengganti kelas lepas ni, tapi tak apalah...yang penting, membebaskan diri dari belenggu Mr.Gary tu sudah cukup buat aku rasa puas hati sangat.
Aku pun tak tahulah kenapa aku macam tiada hati langsung nak hadir ke kelas tu. Aku sangat merasa bahawa ia menyempitkan masa aku yang sudah sedia sempit ni. Dua jam di sana buat aku rasa tertekan habis. Keceriaan Mr.Gary langsung tak dapat nak menarik perhatian aku. Kesian betul ooo....sama kerajaan...sebab susah payah lancarkan program yang tidak dapat nak dihargai oleh pesertanya macam aku ni. Huhu...
Kisah petani dan keldai
This is my friend, Sabastian Cosmas. We called him Rambo Dusun because he has a tough body like Rambo. Since we just met last year, so I can simply say that we are not really close friends. But I knew that he is always there for me whenever I need him, especially when am sad or am in trouble. He is a kind of friend that we can depends on.
Pesal pulak aku cakap english ni? huhu...
My birthday gift
Pembebasan selama 3 tahun! - delayed entry
Pada 21 March 2008, akibat sebuah desakan kewangan yang keterlaluan, maka akhirnya kami (aku dan suami) terpaksa mengambil satu jalan mudah untuk meminjam wang, iaitu dari money lender. Do you what is money lender mean? It is kind of 'tangilung' berlesen yang sama juga kejamnya dengan 'tangilung' tidak berlesen. Let say kalau kita pinjam RM100, kita akan dicaj sebanyak RM18 (termasuk kos pengurusan). So, just imagine lah kalau kita pinjam beribu-ribu ringgit. Huuuuu...banyak tu....! Waktu tu, kami memerlukan wang segera sebanyak RM4000 cash in hand. So, itu bermakna kami terpaksa meminjam lebih banyak dari jumlah pokok RM4000 itu. Campur kos pengurusan dorang tu, jumlahnya mencecah ke RM8800. Maka, bermula detik itu, tergadailah kad dan buku bank kami di bank tengilung itu. Huhu...
Small gathering in Secret Recipe
This is just nice...simply nice celebration but yet dramtically touchable.
As usual, every year aku akan sambut birthday dengan my warrior princess, Nur Danisya Azreena @ Anis. Special sikit tahun ni, sebab ada rezeki lebih, so kami sambut di Secret Recipe, Centre Point, KK. Selalunya buat di pantai dan di rumah saja. Kecoh jugalah pasal susah mau kontrol Upin & Ipin aku tu. Huhu...
As usual, every year aku akan sambut birthday dengan my warrior princess, Nur Danisya Azreena @ Anis. Special sikit tahun ni, sebab ada rezeki lebih, so kami sambut di Secret Recipe, Centre Point, KK. Selalunya buat di pantai dan di rumah saja. Kecoh jugalah pasal susah mau kontrol Upin & Ipin aku tu. Huhu...
Bila hati salah-delayed entry
Terkedu juga aku bila membaca komen dari seorang saudara seislamku pada status yang kutulis di dinding Facebookku. Statusku itu tidaklah lain hanyalah menyiarkan iklan mengenai novel baruku, Dia Masih Pelangi. Pada status itu aku menulis ayat yang sebegini bunyinya;
Dia masih pelangi...bagai pelangi, hadirnya seketika namun indah. Keindahan yang tidak pernah kekal, namun membekas."
"Cinta pertama adalah milik peribadi semua orang. Setiap kita pernah melaluinya. Ia punya tempat tersendiri dalam perisian memori kita. Adakah sekadar mengingatinya menjadikan kita curang?
Dia masih pelangi...bagai pelangi, hadirnya seketika namun indah. Keindahan yang tidak pernah kekal, namun membekas."
Happy Birthday To Me!
Hari ni birthday aku. Maka, genaplah usiaku 34 tahun. Huhu...tuanya aku....Tapi aku rasa macam biasa je. Tak terasa tua pun walaupun kedut dan selulit mula bermaharajalela di muka dan badan aku. Mungkin belum sampai untuk saatnya aku merasa tua, kerana masih terlalu banyak lagi perkara yang belum dapat kuselesaikan lagi.
Music is a soul mate
Waktu zaman remaja dulu, aku selalu jumpa geng-geng lelaki yang fanatik pada genre muzik pilihan mereka. Masing-masing bertegas bahawa genre merekalah yang paling mantap dan ada kelas. Kalau orang lain tak sehaluan dengan muzik dorang bolehlah dianggap sebagai ketinggalan zaman.
Ladies outting day
Best gak dapat jumpa dengan member-member sekursus PSV ni. Walaupun sesekali jumpa, tapi bila dah berjumpa terkeluar sudah semua otak gila-gila. Aku enjoy betul kursus kali ni. K, sini aku share sikit ke'happn'an aku tu dengan rakan sekursus yang memang sporting gila. Enjoy!
Norhayati Suhaili from Keningau. First meet di Kuching. |
Suamiku...
Waktu mula-mula nak kahwin dulu, abah ada tanya; "Betulkah nak kahwin ni? Tak menyesal ke, kau tu kan muda lagi? Perangai pun malas, masak pun tak pandai. Esok lusa kau nak kasi laki kau makan apa? Kau yakin ke yang lelaki pilihan kau ni memang pilihan terakhir kau? Kau yakin ke dia ni boleh menjadi imam kau? Wali anak-anak kau? Kau kena ingat, lepas ni kau tu dah bergelar isteri orang, tak ada chance lagi kau nak tukar-tukar boyfriend macam dulu-dulu. Ikatan kali ni, kekal. Perjanjian yang bersaksikan Alah. Kau jangan main-main, Cil..."
Persahabatan II
Inilah kawan-kawan baru yang menyinari hidupku semenjak dua tahun kebelakangan ni di Sk.Surati. Kawan-kawan yang baik, sangat memahami aku dan rela bersama-sama aku dalam susah dan senang. Pertemuan kami di sekolah ini sejak tahun lalu dikatakan satu gabungan yang paling ideal. Ye ke? Ntahlah...tapi semenjak bersama-sama mereka, terus-terang semangatku yang sudah hampir patah dulu bagai hidup semula. Aku mula dapat merasakan suntikan baru dalam hidup aku seperti mana aku mula-mula jadi cikgu di Sk.Kelatuan dulu.
Aku cikgu kampung
Seorang sahabat lama ada menegur mengenai caraku berpakaian ke tempat kerja. Katanya; macam ke majlis orang kahwin. Sebenarnya aku pun dah lama juga tertanya-tanya, apa bezanya cikgu yang ke sekolah dengan cikgu yang nak ke rumah orang kahwin? Mungkin yang membezakan cuma aksesori rantai emas dan gelang tangan sajalah kan? Kalau ke sekolah, kita tak pakai benda-benda tu, tapi kalau ke rumah orang kahwin, berjuntaian juga macam pokok krismas. Kecuali aku lah...sebab memang tiada pun yang nak ditunjuk sebab tak cukup koleksi. Jadinya, nak ke sekolah atau ke kenduri kahwin, sama saja...
Transformasiku...
Seorang sahabat lama ada memberi pandangan tentang blogku. Katanya bahasa yang aku gunakan terlalu direct dan melulu. Tercenung juga aku seketika. Pas tu aku tanya, "ko baca label mana satu?" Katanya dia tak tahu. Well, kalau dia kata tak tahu, ertinya dia bukanlah follower blogku yang aktif. Mungkin cuma sekali-sekala saja berkunjung. Yalah...masing-masing pun busykan? Takkanlah nak jadi kerja dorang pula nak ikut blog aku ni sepanjang masa.
Biarlah masa yang menentukan
Pendendam? Keras hati?
Itulah antara lontaran kata-kata abah pada aku semalam waktu aku berkeras untuk tidak memaafkan kejadian buruk yang menimpaku baru-baru ini. Kata-kata yang sama juga dihadiahkan oleh seorang sahabat lama yang entah tiba-tiba saja mahu jadi perunding kaunseling jiwa pada aku. Dua perkataan itu begitu menyentuh jiwaku sampai bengkak-bengkak mata aku menangis. Akhirnya aku mengakui, mereka benar. Ya, aku memang pendendam dan keras hati.
Itulah antara lontaran kata-kata abah pada aku semalam waktu aku berkeras untuk tidak memaafkan kejadian buruk yang menimpaku baru-baru ini. Kata-kata yang sama juga dihadiahkan oleh seorang sahabat lama yang entah tiba-tiba saja mahu jadi perunding kaunseling jiwa pada aku. Dua perkataan itu begitu menyentuh jiwaku sampai bengkak-bengkak mata aku menangis. Akhirnya aku mengakui, mereka benar. Ya, aku memang pendendam dan keras hati.
Mesyuarat Penataran Standard Prestasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR PSV TAHUN 1
"20% kejayaan akademik di sekolah membantu kejayaan pelajar dalam kehidupan sebenar. 80% selebihnya adalah bergantung kepada kejayaan pelajar dalam menguasai adab, kemahiran bergaul dan komunikasi serta cara bagaimana dia menghadapi sesuatu masalah. Yang mana, kesemua ini kurang dititikberatkan dalam pendidikan di sekolah, kerana desakan sistem yang berlandaskan peperiksaan akademik semata-mata (exam based). Oleh itu, KSSR dibentuk untuk menjadikan individu pelajar tersebut berkembang mengikut kemampuannya, sekaligus mengembangkan potensi JERIS. Sistem exam based hanya mengembangkan potensi 'I' semata-mata hingga pelajar hilang wibawa berkembang dari sudut jasmmani, emosi, rohani dan sosial (JERS). Bagi menyeimbangkan keperluan ini, Pentaksiran Standard Berasaskan Sekolah telah digubal semula agar manfaatnya dapat dirasai oleh semua pihak demi generasi yang bakal memimpin dunia kita akan datang,"
Hikayat Merong Mahawangsa...The watching day...
Pertama sekali, tahniah diucapkan kepada pengarah muda Yusry Abdul Halim dan krunya yang berjaya menghasilkan sebuah filem epik yang begitu mengujakan. Kehadiran idea baru dan segar seperti ini amat diperlukan di negara kita demi membawa industri filem kita ke persada dunia. Kisah kepahlawanan Merong Mahawangsa yang sudah pupus dalam ingatan, akhirnya dikembalikan semula dalam bentuk yang epik yang segar. Bangga juga bila akhirnya Malaysia mampu melahirkan filem epik sehebat ini. Satu percubaan yang begitu berani dan berkesan.
Anak, permata hati...
Bila bercakap pasal anak, kalau di kalangan member2 ni, sure lah aku yang menang. Tak kira lah sama ada rakan seperguruan, rakan persekolahan, rakan seFB atau apapun, tetap juga aku yang paling ramai. Ramai juga yang tak percaya dalam usiaku ini, aku sudah pun melahirkan 6 zuriat. Sebenarnya, aku sendiri pun tak percaya. Rasanya macam baru kelmarin kami bernikah, tau-tau, hari ni sudah ada 6 orang anak. Lagi tak percaya yang anakku tu 5 daripadanya semua lelaki. La...gi tak percaya yang akhirnya aku nekad buat BTL 3 tahun lepas, yang akhirnya melepaskan aku dari seksa mengidam dan perih melahirkan.Yang paling penting, aku tidak akan lagi terkedek-kedek dengan baju maternity dan perut buncit yang ku hoyong ke sana-sini. Yes!!!
Kasih Umi...
Peluklah aku Umi,
Kerana barangkali tak akan ada hari begini lagi,
setelah kuhitamkan wajahmu
dengan tompokan arang hitam
yang legam-melegam.
Atau hancurkan sajalah aku
dengan tanganmu, Umi.
Setelah kutoreh halus-halus
jantung cintamu dengan busa dosaku.
Biar dapat ku kongsi
derita sakitmu,
Bersama harapanmu yang melebur.
Tapi mohon jangan,
kau rampas cintamu,Umi,
yang telah melilit-lilit dalam jiwaku,
Yang mengalir-alir dalam darahku.
Kerana tak mungkin bisa
kupisahkan daging-daging ini
Yang telah kau beri
untuk menghidupi aku...
seorang anak derhaka.
25/11/1998
http://rineyramley.blogspot.com/2011/03/umi.html
Kerana barangkali tak akan ada hari begini lagi,
setelah kuhitamkan wajahmu
dengan tompokan arang hitam
yang legam-melegam.
Atau hancurkan sajalah aku
dengan tanganmu, Umi.
Setelah kutoreh halus-halus
jantung cintamu dengan busa dosaku.
Biar dapat ku kongsi
derita sakitmu,
Bersama harapanmu yang melebur.
Tapi mohon jangan,
kau rampas cintamu,Umi,
yang telah melilit-lilit dalam jiwaku,
Yang mengalir-alir dalam darahku.
Kerana tak mungkin bisa
kupisahkan daging-daging ini
Yang telah kau beri
untuk menghidupi aku...
seorang anak derhaka.
25/11/1998
http://rineyramley.blogspot.com/2011/03/umi.html
Umi...
Aku cuba lakarkan satu perenggan paling indah untuk ku bahaskan tentang Umi. Tapi, akhirnya aku stuck di dada komputer riba ini dengan menungan yang panjang. Tiada bahasa yang terbaik untuk mengungkapkan perasaanku padanya. Dia terlalu indah. Terlalu istimewa. Dan aku percaya, sesiapa pun di dunia ini akan merasakannya. Kerana seorang ibu terlalu istimewa nilainya dalam hidup kita.
Umi selalu cakap, entah berapa lama lagi dia akan hidup dengan membawa tumor di otaknya. Temujanjinya di hospital saja sudah semakin kerap. Kalau dulu 3 bulan sekali, sebulan sekali, sekarang sudah mencecah ke seminggu sekali. Bila sakitnya menyerang, aku sudah tidak tahu harus melakukan apa untuk menenangkannya. Aku harap aku masih boleh berbuat sesuatu untuknya.
MBSB is annoying!
Teruja dengan offer pinjaman i-waslah 80%, aku akhirnya memilih syarikat ini menguruskan pinjaman peribadiku . Borang dah submit pada 25/01/2011 lagi. Katanya, kena tunggu sebulan proses. Itu kita faham dan boleh diterima. Ternyata benar, pada 25/02/2011, aku diberitahu oleh agent tersebut bahawa pinjamanku sebanyak RM200,000 telah luluskan. Alhamdulillah...
Tapi ternyata kesnya bukan berhenti di situ sahaja. Aku ingatkan, penantian itu akan berakhir di situ. Rupanya aku terpaksa tunggu 20 hari bekerja lagi untuk sesi interview ataupun dalam istilah dorang, AKAD. Lepas tu, aku kena tunggu 20 hari lagi untuk kes overlapping sampai cek ku clear baru boleh dapat cash. Ini bermakna kesemua proses mengambil masa 3 bulan untuk mendapatkan cash!
Tapi ternyata kesnya bukan berhenti di situ sahaja. Aku ingatkan, penantian itu akan berakhir di situ. Rupanya aku terpaksa tunggu 20 hari bekerja lagi untuk sesi interview ataupun dalam istilah dorang, AKAD. Lepas tu, aku kena tunggu 20 hari lagi untuk kes overlapping sampai cek ku clear baru boleh dapat cash. Ini bermakna kesemua proses mengambil masa 3 bulan untuk mendapatkan cash!
PIERS OFFICIAL LAUNCH 2011
DATE : 3rd MARCH 2011 (THURSDAY)
PLACE : BERINGGIS RESORT PAPAR
TIME : 1.45-2.50pm
VIPS : Mr. Dominic Morley, SE Asia Business Development Director CfBT Education Malaysia,
Ms. Elizabeth Wee, Head, Group Communication (Malaysia) and Corporate Sustainability HSBC Bank Malaysia Berhad,
Dato' Paul Ng, Chief Executive-Property Division Hap seng Consolidated Berhad,
En.Mohd Fadzli B. Abdul Rozan, Principle Assistant Director (English Unit), Academic Management Sector, sabah State Education Office.
PLACE : BERINGGIS RESORT PAPAR
TIME : 1.45-2.50pm
VIPS : Mr. Dominic Morley, SE Asia Business Development Director CfBT Education Malaysia,
Ms. Elizabeth Wee, Head, Group Communication (Malaysia) and Corporate Sustainability HSBC Bank Malaysia Berhad,
Dato' Paul Ng, Chief Executive-Property Division Hap seng Consolidated Berhad,
En.Mohd Fadzli B. Abdul Rozan, Principle Assistant Director (English Unit), Academic Management Sector, sabah State Education Office.
Reunion SJS 94 & Majlis Perpisahan
Hari ni, dua majlis berjalan sekaligus meskipun dalam waktu yang berbeza. Pertama, majlis jamuan perpisahan abang dari Sk. St.Mary,Papar yang diadakan di Courtyard,1 Borneo, lunch hour. Lepas tu, malam pulak majlis Reunion SJS 94 batch bertempat di Borneo Paradise.
RPH PSV KSSR Tahun 1 (1)
Contoh lesson Plan PSV (selaras dengan KSSR)
Tahun : 1
Bidang : Menggambar
Aktiviti : Capan
Tema : Alam Semulajadi
Tajuk : Rama-rama
Masa : 60 minit
Media : Alatan: Daun keladi, Tapak tangan
Bahan: Kertas lukisan,kertas cat air
Pendekatan : Konstruktivisme
Kaedah : Hands On
Bahan bantu mengajar : Contoh Lukisan,contoh capan
EMK : Elemen Kreativiti & ; Inovatif, Keusahawanan
STANDARD KANDUNGAN
Menghasilkan gambar menggunakan media basah dengan teknik capan yang menekankan aspe rupa dan jalinan.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Murid dapat mengenali, menamakan dan memahami bahasa seni visual
yang terdapat pada karya seni.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 : Garisan – lurus dan melengkung
1.1.1.2 : Rupa -organik
1.1.1.3 : Jalinan - tampak
1.1.2 Prinsip Rekaan
2.1.2.1 : Harmoni- bentuk, rupa dan warna
1.2 Aplikasi Seni
Murid dapat mengaplikasikan menerusi penggunaan media dan teknik dalam
aktiviti seni.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Media basah (basah atas kering) – warna air, warna poster atau tampera
1.2.1.2 Alat – palet, berus warna
1.2.1.3 Bahan – kertas lukisan, bahan semulajadi (fauna)
1.3 Ekspresi Kreatif
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
Bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni 2D dan 3D
1.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan unsur seni dalam penghasilan karya
1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual
1.4 Apresiasi Seni
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual
3.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan
3.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
3.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
Langkah | Standard Pembelajaran | Ilustrasi/ Fasa/SDK |
Set Induksi ( 10 minit ) Langkah 1 ( 15 minit ) | Persepsi Estetik Guru memperkenal sebuah lagu Rama-rama terbang . Lagu: Dari ulat jadi kepompong, Makan minum dalam kelongsong Tiba-tiba kelongsong pecah, Jadi rama-rama yang indah. Guru menjelaskan perkaitan rama-rama dengan capan. 1.Siapa yang pernah melihat rama-rama? 2.Rama-rama hidup di mana? Guru menerangkan unsur,bentuk,warna dan rupa. 1.Apakah bentuk rama-rama? 2.Apakah warna rama-rama? Murid-murid melihat dan mengenal pasti bahagian-bahagian yang terdapat pada rama-rama. Guru menunjukkan contoh lukisan. Guru menyatakan perbezaan antara lukisan dan apan. Aplikasi Seni Guru menunjuk cara membuat capan. Murid menyatakan bahagian-bahagian Rama-rama yang perlu dicapkan dengan teknik capan. | SDK : FASA PERSEDIAAN 1.1.6 Mengenalpasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat 1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul. FASA IMAGINASI 2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama ada memerlukan tindakan susulan atau diketepikan |
http://insanwardah.blogspot.com/2010/11/contoh-lesson-plan-psv-selaras-dengan.html
Langkah | Standard Pembelajaran | Ilustrasi/ Fasa/SDK |
Langkah 2 ( 20 minit ) Penutup ( 10 minit) | Menyediakan kertas warna atau kertas A4 Gunakan daun keladi untuk mendapatkan sayap rama-rama. Bahagian badan rama-rama, gunakan botol air. Apabila siap kedua bahagian tersebut, gunakan penggenggam tangan untuk membuat bahagian kepala. Selesai itu, gunakan jari kelingking untuk membuat tentekal dan kaki menggunakan warna yang berlainan. Ekspresi Kreatif Guru mengedarkan lampiran yang mengandungi bentuk rama-rama. Murid-murid menghasilkan capan. Murid meletakan warna ke atas lampiran rama-rama yang di sediakan mengikut kreativiti masing-masing Guru membimbing murid. Membuat kemasan pada capan yang dihasilkan. Apresiasi seni Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa penghasilan capan ikan. Guru membuat rumusan tentang hasil yang telah dibuat. Menyanyikan lagu ‘Rama-rama’. | FASA PERKEMBANGAN 3.1.1 Menokok tambah idea 3.1.4 Memberi pelbagai contoh berkaitan dengan tugasan 3.1.5 Memberi pelbagai kategori atau aspek FASA TINDAKAN 4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk menghasilkan idea baharu secara berterusan Elemen Kreativiti Elemen keusahawanan |
Mesyuarat Pentaksiran PSV KSSR Tahun 1
Aku terima surat dari SPA tadi yang isinya menjemput menghadiri Mesyuarat Pentaksiran PSV KSSR Tahun 1. Ia akan berlangsung pada 07.03.2011-10.03.2011 di Imperial Hotel,KK. Dengan adanya mesyuarat ini, harap hilanglah demam guru-guru PSV tentang isu pentaksiran. Hmmm...apa-apapun, hasil mesyuarat akan diupdate minggu depan. Tunggu ya....!
Kalau mau download contoh RPH, boleh terus layari blog ini dalam label : Dunia Seni Visual
Kalau mau download contoh RPH, boleh terus layari blog ini dalam label : Dunia Seni Visual
Connie Husny
Akhirnya, aku jumpa juga ngan kawan aku sorang ni. Punyalah susah mo jumpa padahal bukan tinggal jauh sangat pun. Pertemuan dengannya menamatkan rasa ingin tahuku pada kesunyiannya di FB yang mendadak itu. Sekaligus mendapat jawapan pada soalan-soalan misteri kami selama ini, live lagi! Yang paling penting, kehadiran Connie memberikan aku satu alasan kukuh untuk menghadiri kursus PIERS yang menyempitkan itu. Nasiblah dia jadi guru BI...Kalau jadi ustazah hari tu, hmmm...nda dapatlah kami jumpa.
Rindu aku ngan kawan aku yang dah berubah bentuk fizikalnya ni. HIhihi...kira-kira mo ambil gambar sama dia hari tu tapi telampau bercerita sampai terlupa pulak. Aku cuba selongkar album-album lama, tapi malas pulak mo scan. Harap-harap Connie kasi upload pix nya boleh juga aku share di sini. So, Connie, if you read this, take note ya! Miss u!
Rindu aku ngan kawan aku yang dah berubah bentuk fizikalnya ni. HIhihi...kira-kira mo ambil gambar sama dia hari tu tapi telampau bercerita sampai terlupa pulak. Aku cuba selongkar album-album lama, tapi malas pulak mo scan. Harap-harap Connie kasi upload pix nya boleh juga aku share di sini. So, Connie, if you read this, take note ya! Miss u!
Kursus PIERS yang WAJIB
Aku buat silap lagi.....!
Sabar itu iman, sabar itu tiang agama, sabar itu perisai, sabar itu, sabar ini....
dan hari ini aku telah kehilangan kawalannya. Everything is mess! Real mess!
Ia menyedarkan aku bahawa sebaik manapun perancangan kita, tidak akan sama dengan perancangan Allah. Akhirnya, terkandaslah semua planning yang sudah aku susun molek-molek atas satu halangan yang sebenarnya dapat dielakkan kalau aku bersedia lebih awal. Aku ingat, aku boleh betulkan kesilapan lama, tau-tau aku malah tambahkan satu kesilapan lag! Aku merancang, tapi aku juga yang merosakkannya. Kesannya jatuh kepada satu kelompok manusia yang sebegitu besar...Aggghhhh!!!
Macamana mau marah diri sendiri ah?
dan hari ini aku telah kehilangan kawalannya. Everything is mess! Real mess!
Ia menyedarkan aku bahawa sebaik manapun perancangan kita, tidak akan sama dengan perancangan Allah. Akhirnya, terkandaslah semua planning yang sudah aku susun molek-molek atas satu halangan yang sebenarnya dapat dielakkan kalau aku bersedia lebih awal. Aku ingat, aku boleh betulkan kesilapan lama, tau-tau aku malah tambahkan satu kesilapan lag! Aku merancang, tapi aku juga yang merosakkannya. Kesannya jatuh kepada satu kelompok manusia yang sebegitu besar...Aggghhhh!!!
Macamana mau marah diri sendiri ah?
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2011
(577)
-
▼
March
(32)
- GT128 Modenas
- Attending CELEBRATING LIFE CONCERT 2011 anjuran be...
- Abah is killing me with his new hobby.
- My best friend is annoying...always!
- PROGRAM PEMUAFAKATAN IBUBAPA SK.SURATI PAPAR SESI ...
- escape lagi...!
- Kisah petani dan keldai
- My birthday gift
- Pembebasan selama 3 tahun! - delayed entry
- Small gathering in Secret Recipe
- Bila hati salah-delayed entry
- Happy Birthday To Me!
- Music is a soul mate
- Ladies outting day
- Suamiku...
- Persahabatan II
- Aku cikgu kampung
- Transformasiku...
- Biarlah masa yang menentukan
- Mesyuarat Penataran Standard Prestasi Pentaksiran ...
- Hikayat Merong Mahawangsa...The watching day...
- Anak, permata hati...
- Kasih Umi...
- Umi...
- MBSB is annoying!
- PIERS OFFICIAL LAUNCH 2011
- Reunion SJS 94 & Majlis Perpisahan
- RPH PSV KSSR Tahun 1 (1)
- Mesyuarat Pentaksiran PSV KSSR Tahun 1
- Connie Husny
- Kursus PIERS yang WAJIB
- Aku buat silap lagi.....!
-
▼
March
(32)