Sunday, July 10, 2011 | By: Luna Biru

Tak faham bahasa!


Baru saja aku terima panggilan telefon tepat jam 9.56 minit malam. Nombor itu tidak terdaftar dalam senarai phonebook ku jadi aku tak tahu siapa yang menelefon di tengah malam begini. Pasti ada urusan mendadak. Lalu aku pun menjawabnya.

Dan, aku menyesal sungguh menekan butang hijau di papan kekunci telefon selularku itu.

Ia adalah panggilan yang selama ini aku cuba elakkan.

Panggilan dari seseorang yang sama sekali tidak ku senangi kehadirannya dalam hidupku.

Entah kenapa manusia itu tidak tahu erti jera dan terus-terusan menganggu aku!

Aku benci!!!

Mengimbas sedikit tentang pertemuan aku dan pemuda yang serakah itu; segalanya bermula pada bulan April lepas, di sebuah kem perkhemahan. Dia adalah salah seorang pekerja katering yang bertugas melayan makan minum kami. Pada mulanya dia cuma senyum-senyum, diikuti dengan sapaan biasa. Bila masuk hari kedua, dia sudah mulai berani menghampiri aku, bertanya ini dan itu. Kukira ia perkara biasa saja. Jadi, aku pun melayan sekadar ada, membalas dengan ramah dan memberi respon yang sewajarnya, hanya supaya aku tidak terlihat sombong. Lagipula, secara rasionalnya, dia jauh lebih muda dari aku. Lebih kurang 7 tahun bezanya.

Dipendekkan cerita, pada hari terakhir, dia meminta nombor telefonku. Tapi sudah tentu saja aku tak kasi. Aku mula rasa tak sedap hati dengan caranya, lebih-lebih lagi matanya. Matanya itu buat aku ingat pada istilah 'KN' yang selalu kami gunakan untuk lelaki yang bermata begitu waktu di SMU dulu. Aku juga mula tak selesa dengan caranya bercakap dengan aku, ala-ala romantik gitu. Ia mengingatkan aku pada jejaka berbaju purple yang selalu memerhatikan aku di library waktu aku remaja dulu. So, aku pun terus-terang dengan dia bahawa aku sudah berkahwin dan beranak 6. Kebetulan, anak aku, Abe dan Anis pun ikut sama ke kem tu, so, aku pun panggil dan kenalkan dorang dengan dia. Aku siap tunjukkan gambar family aku lagi dengan dia.

Malangnya, dia tak percaya. Dia kata aku sengaja ada-adakan cerita sebab mau elakkan diri dari dia.

Bila sampai di rumah, dia pun call. Entah dari mana dia dapat nombor phone aku. Mungkin dari senarai daftar nama guru pengiring yang terlekat di bilik urusetia.

Bengang, penat, marah dan kesal, aku suruh abang jawab phone dia dan tolong explainkan dengan budak yang tak faham bahasa tu. Aku ingatkan dia mengerti. Sejurus lepas perbualan mereka, dia sms aku dan cakap yang cara aku tu takkan berkesan langsung sama dia. Dia cakap lagi, dia tahu, lelaki tu sebenarnya adik-beradik aku.

Gila apa!

Sejak hari tu, aku tak pernah sambut call dia. Macam-macam sms aku terima sampai aku rasa mau tukar nombor baru. Hal ini berlanjutan sampai sebulan. Oleh kerana aku tak pernah sambut phone dia, dia pun tak pernah lagi menghubungi aku. Syukurlah....pasti jarinya sudah penat mendail nomborku.

Selepas dua bulan...

Malam ini  dia menghubungiku semula dengan nombor baru. Katanya, dia tahu, kalau dia guna nombor lama, aku takkan sambut. Mahu tak mahu, terpaksa jugalah aku layan dia sekejap sebelum aku dengan kejamnya tekan butang merah di papan kekunci aku waktu dia sedang luahkan rasa rindunya sama aku! (Sama macam aku deactivate terus fb Luna Zura aku kali ke kedua waktu kes Aku, Murid dan Kawan. Ni lah jadi kalau aku dah bengang.)

Tolong bagitau aku, camana caranya supaya mamat ni percaya bahawa aku adalah ibu beranak enam?

Tolong bagitau aku, camana punya laser lagi aku mau bagitau dia bahawa kalau pun ni single, aku tak akan pernah berminat dengan lelaki bermata KN dan berbahasa romantik cam dia? Dia tak pernah ber'kau' dan ber'aku dengan aku. Tapi ber'zue' dan ber'....' (namanya). Pegh!!!

Tolong bagitau aku, bomoh mana di dunia ni yang boleh kasi aku ilmu pembenci, supaya aku boleh baca di mukanya supaya dia bencikan aku?

Tolong, tolong, tolonglah....aku benci!!!

4 comments:

Atie said...

zue....aku nda tau mo ckp apa...mo bg petua apa...atau kata2 laser apa....sbb aku rs lucu...tp ttp simpati ne sm ko.....lama btl nda dgr perkataan 'KN'.....waktu di SMU dulu...pantang klu ada lelaki jenis mcm tu...mmg trs kna cop KN.....hahaha....maaf aku gelak skit aa...KN btl tu lelaki zue....pa kata mta Abah yg tlg setel....rsnya dia ble tlg(no doubt)...aku takut nti dia dtg rumah ko bw rombongan...nda psl2 riuh 1 Takis...Riuh 1 Papar....Riuh 1 sekolah....

Luna Biru said...

Haha...jangan kau Tie. Aku ingat tul istilah tu sebab mata seperti itu sentiasa ada mengelilingi hidupku selama ini. Kui!kui! Bencinya aku bila ingat dia ni.

Strees ooo..!

Atie said...

Aura ko kuat baitu zue...aku x heran drg terjatuh cinta ngn ko....kau cantheq!! dia (si KN) jatuh cinta baitu sm ko zue....psl tu jiwa kacau...otak bangang....jd dia nda paduli sda hal lain....klu abg ko pun ia nda takut....taruk da tu zue....hati2 aa zue...aku takut dia wat benda gila pla pas ne....

Luna Biru said...

jeng jeng jeng....!
na...aku pun mula takut dah ni

Post a Comment