Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersiap sedia untuk melaksanakan kurikulum baru di sekolah rendah yang dikenali Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk murid Tahun 2 pada tahun depan.
KSSR telah diperkenal pada tahun lepas bagi menggantikan kurikulum sedia ada iaitu KBSR. KSSR menekankan 3 elemen baru dalam merentas kurikulum iaitu Elemen Kreativiti dan Inovasi, Elemen Keusahawanan dan Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
Bermula 2011, KSSR telah mula dilaksanakan bermula murid Tahun 1 dan akan disusuli pelaksanaan murid Tahun 2 pada 2012.

Buat julung kalinya, kursus selama 5 hari ini dianjurkan bersama oleh pihak Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan Lembaga Peperiksaan (LP), KPM.
- Isi kandungan kursus adalah seperti berikut:
- Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
- Format Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) KSSR
- Elemen Nilai Tambah (ENT) dalam KSSR
- Dokumen Standard Kurikulum (DSK) DSV Tahun 2 KSSR
- Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
- Panduan Pengajaran DSV KSSR (edisi kemaskini)
- Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) KSSR
- Pentaksiran Rujukan Standard dan Konsep Standard Prestasi KSSR
- Pengoperasian PBS dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) KSSR
- Dokumen Standard Prestasi (DSP) DSV Tahun 2 KSSR
Aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) KSSR dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada bulan Julai 2011 nanti.
Alhamdulillah, secara keseluruhannya, kursus ini mampu memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada saya tentang konsep dan pelaksanaan KSSR dan PBS KSSR.
Berbanding kursus Tahun 1 KSSR (tahun lepas) dan PBS Tahun 1 KSSR (bulan Mac 2011), beberapa penambahbaikan telah dilakukan dalam slot pengisian kursus ini, terutamanya:
1- Persembahan Powerpoint baru disertakan slaid tambahan dan dikemaskini dengan maklumat terkini.
2- Format Penulisan RPH KSSR telah disampaikan oleh pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) KPM sendiri walaupun format tersebut masih berstatus DRAF.
Tahniah kepada semua pihak dan para sahabat yang telah sama-sama berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman bagi meningkatkan kualiti P&P DSV. InsyaAllah, perkongsian secara lebih terperinci akan disampaikan dalam kursus di peringkat negeri dan daerah nanti.
Wajah-wajah penceramah dan JUK sepanjang sesi kursus....Terima kasih sekalung budi!
Wajah-wajah penceramah dan JUK sepanjang sesi kursus....Terima kasih sekalung budi!
0 comments:
Post a Comment