Saturday, July 2, 2011 | By: Luna Biru

Laddaland : Aku takuts!!!


Aku pun tak tahu kenapa aku boleh terjebak dengan filem Laddaland ni. Mungkin sebab aku curious sangat dengan amaran keras pada kaunter tiket yang menyekat kemasukan bawah 18 tahun untuk menonton filem ni. Jadi, atas desakan rasa ingin tahu, aku pun dengan nekadnya menonton filem ni sorang-sorang selepas abang memilih untuk menonton Transformer : Dark of the Moon. Huhu...tapi daripada aku temankan dia tengok Transformer, lebih baik aku betting tengok filem seram Thai yang aku sendiri tak tahu hujung pangkalnya ni.

Dan,
Ia adalah suatu pertaruhan yang sangat berbaloi. Patutlah budak 18 tahun tak boleh tengok filem ni. Kalau korang ada baca review aku pasal filem Sekali Lagi yang aku katakan sebagai kurang garam, maka inilah filem yang sangat cukup garamnya. Perfect! Aku salute dengan pengarah dan penulis skripnya yang mampu menggarap sebuah cerita seram yang sebegitu halus. Keberkesanan filem ini juga banyak dibantu dengan mimik muka pelakon yang membuat aku merasa kesakitan dan ketakutan yang dialaminya.

Sebenarnya Laddaland ni bukan mengetengahkan kisah hantu sebagai isu utama. Ia lebih memfokus kepada kisah hidup rumahtangga dan isu kekeluargaan yang cuba dibina kembali oleh Thee. Kisah seram adalah satu elemen yang timbul untuk menjadi watak antogonist yang cuba menghancurkan kembali sistem kekeluargaan mereka. Barangkali ramai yang tidak berpuas hati kerana hingga ke akhirnya, misteri kematian tidak diungkapkan. Tapi bagi aku, itu sangat logik sebab, berbalik kepada aim utama filem ni ialah membawa isu kekeluargaan. Ia bukanlah satu pembongkaran misteri kepada siri kematian, jadi jawapan itu tidaklah diperlukan sangat.

Aku cukup teruja melihat ketelitian pembuat filem ni. Setiap scene bahkan setiap objek yang ditayangkan berkait rapat dengan scene berikutnya hingga setiap babak sangat penting. Bahkan, sekecil-kecil sensor penghawa dingin dan sepasang selipar juga mampu menjadi watak penting dalam filem ini, Ia juga mampu mempermainkan emosi kita pada kadar yang sangat rakus. Pada mulanya, kita terpanggil untuk menikmati kebahagiaan Thee tatkala dia berusaha menyiapkan rumah baru untuk keluarganya. Kemudian, kebahagiaan itu mula tercarik dengan sikap anak perempuannya yang diikuti dengan kematian seorang amah dari Burma. Pada detik inilah adegan demi adegan seram berlaku sungguhpun ia diceritakan dalam keadaan separa lembap. Kemuncak filem berlaku dengan penuh tragis dan membuat kita seperti ingin menghentikannya dari terus terjadi. Pada akhir babak, sekali lagi perasaan kita dibuai dengan rasa kesedihan hingga kita mampu membuat suatu perbandingan antara intrologi dan penutup.

Berkali-kali aku menyumpah bila keluar panggung bila mengenangkan betapa mampunya pengarah dan penulis filem ini meremukredamkan perasaan aku. Huhhu...sampai hati dorang buat aku cam ni. Dan ini jugalah filem yang buat aku menjerit dalam panggung sebab ketakutan. Ada kalanya aku rasa macam lutut aku hilang dan aku rasa baik aku lenyap saja dari dunia ni dari tengok filem ni.

Menonton filem ini membuat aku sedikit malu pada sajian filem bergenre seram yang diproduksikan dari negara kita. Mungkin sudah saatnya pembuat filem tempatan belajar dari yang pakar kalau benar-benar berniat untuk membuatt filem seram. Jangan hanya sekadar nafsu menjual filem hantu yang selalu gagal menakuti penonton hingga pelaburan kami serasa jauh merugikan. Mungkin juga sebab Thailand sudah punya benchmark sendiri maka sasaran standart mereka jauh lebih tinggi dari sebelumnya. Mereka mampu memberi sentuhan elemen seram sungguhpun tidak terlalu menonjolkan watak hantu dalam keadaan yang mengerikan. Cukup hanya sekadar mempertaruhkan mimik muka, suasana, pencahayaan dan bunyi untuk membuat penonton merasa takut.

Aku tak setuju kalau kita terus-menerus mempersalahkan FINAS semata-mata. Apa yang aku perhatikan selama ini ialah, penggiat filem kita terlalu kelam-kabut dalam mencipta plot cerita hingga tidak mampu memyampaikan penceritaan dengan baik. Ia seperti bila ada idea, terus jual dengan producer. Bila produser luluskan, terus saja dibuat tanpa kajian yang lebih detail. Akhirnya, filem itu hanya berjaya mengutip jutaan ringgit di pawagam tapi gagal memberi impak yang berkesan kepada penonton. Ia seolah tidak memulangkan kembali amanah itu kepada jiwa kita hingga jiwa kita terus lompang dengan nafsu yang tidak terpuaskan.

Apapun, kepada anda yang masih belum menonton filem ini, jom ramai-ramai ke pawagam. Mungkin pandangan kita tidak sama. Tapi, perhatikanlah baik-baik filem ini ketika anda menontonnya. Anda akan memahami maksud yang saya cuba sampaikan.

2 comments:

Atie said...

mcm teruja pula aku bila bc komen ko pasal filem ne...hehehe!!! aku pun salute kalau bab filem seram Thai...mmg aku sampai ttp mata dan kasi mute TV pd babak2 yg ble bt 'takut' aku tu smpi thp extreme...

Luna Biru said...

Hihi...jom tengok!

Post a Comment