Friday, July 29, 2011 | By: Luna Biru

Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2, Zon Sabah & WPL


Hari ni (25 Julai 2011), Isnin, aku dengan rasminya mengikuti kursus JU untuk tahun 2. Kursus ni berlangsung selama 5 hari bertempat di Beverly Hotel, KK. Hasrat untuk melepaskan jawatan ni belum tercapai lagi untuk tahun ini. Mungkin lepas ni aku bersara. Ye ke? Haha...tak tahulah....


Sebagai permulaan untuk malam ni, kami diberi taklimat mengenai KSSR secara lebih terperinci oleh pihak Lembaga peperiksaan. Segalanya bagai diulang semula macam waktu tahun 1 lepas. Ceramah yang lepas tu pun masih ada dalam kepala aku. Pengulangan yang baru ni semakin menyegarkan lagi ingatan aku. Tidak banyak input yang boleh aku kongsikan kerana ia lebih kepada asas KSSR dan PBS yang korang boleh google sendiri.

Banyak JU baru yang datang kali ini. Member-member lama tinggal sikit saja. Paling aku rindu sama Watie. Tapi yang pasti, Uchu Sue, Dian, Yati dan Zul tetap ada! Oya, yang paling tak best nya ialah nama aku terpinggir dari senarai peserta yang menghuni bilik di Beverly Hotel. Terpaksalah aku menginap di Myne Hotel. Adeh....kelam kabutlah macam ni.

Beverly Hotel, Kota Kinabalu
Myne Hotel, Kota Kinabalu
Aku dan Dian di hari pertama

0 comments:

Post a Comment