Saturday, July 9, 2011 | By: Luna Biru

Aku pejuang kerdil


Aku hanya pejuang kerdil.
Setiap minggu, aku memimpin muridku
menyanyikan lagu Negaraku.
Aku juga mengajari mereka tentang
cara menaikkan bendera.
Aku membimbing mereka setiap detik
agar jadi manusia berguna.
Aku meleteri mereka agar mereka
tahu adab, tahu sopan dan tahu diri.

Tapi aku tak ingat kapan kali terakhirnya
aku menerapkan semangat patriotik
dalam diri mereka.
Hingga akhirnya, mereka hanya menyanyi
sekadar ada suara,
menaikkan bendera sekadar takut dimarah,
membuang sampah kerana takut didenda,
jadi baik, kerana di depan guru,
tahu adab? tentu saja kalau ada yang mereka mahu.

Kalau kutanya erti merdeka, tahukah mereka?
Ah, paling-paling hanya berkisar cerita jepun di Tanah Melayu.
Kalau kutanya rukunegara, hafalkah mereka?
Pasti gocoh menarik belakang buku dan melihatkannya pada aku.
Kalau kutanya erti bunga raya, kenalkah mereka?
Atau, mereka hanya kenal dengan bunga 'hibuscus'?

Aku benar-benar pejuang kerdil
Jauh dari menyelam rasa sebuah nasionalisme dan patriotisme.
Aku hanya melakukan ibadahku sekadar adanya.
Tak ada empati.
Tak ada pula keluhuran.
Nanar.
Hasilnya, anak didikku jadi manusia tak tahu aturan.
Malah tak kenal dirinya dan negaranya.
Mereka hanya hidup dan berpijak di bumi Malaysia
tanpa tahu nilai yang terkandung di dalamnya.

Aku akan terus menjadi pejuang kerdil.
Tapi kali ini, dengan ritma yang berbeza.
Semoga, bila generasi yang bakal kuasuh, selepas
kesedaranku ini menjelma,
akan tumbuh menjadi manusia yang kenal agama,
kenal negara, kenal Tuhan, kenal diri, kenal mana perjuangan,
mana penentangan.
Semoga, mereka akan tahu, mana yang perlu disembah,
mana yang perlu disanggah.
Mana yang namanya derhaka, mana yang namanya .....

(apa?)
(Lu fikirlah sendiri!)
http://www.enciknakal.com/2011/07/laporan-berita-terkini-bersih-20-9.html

0 comments:

Post a Comment