Monday, July 11, 2011 | By: Luna Biru

Malang si malang

Petang tadi, kira-kira jam 5, anak buahku Aiman tercedera ketika melakukan aksi ganas di rumah. Kepalanya terhantuk meja makan marble yang berharga beribu-ribu ringgit tu hingga pecah. I mean, meja tu, bukan kepalanya yang pecah. Kepalanya bengkak dan benjol saja. Dia mengadu sakit kepala dan hampir pitam. Oleh kerana waktu kejadian tu, parents dia tiada di rumah, maka kami (aku dan abang) pun hantar dia ke hospital, terus ke rawatan kecemasan.

Sesampainya di hospital (jam 5.50pm), aku pun daftarkan Aiman. Alhamdulillah tiada kes kecemasan jadi aku rasa bolehlah dia menerima rawatan dengan segera. Malangnya, kami dibiarkan menunggu selama hampir setengah jam tanpa apa-apa tindakan. Kesian aku tengok Aiman yang mula lemah menyandarkan kepalanya pada bangku hospital. Aku pun mula rasa rimas menunggu lama begitu tanpa kepastian. Jadinya, abang pun pergilah ke kaunter lagi sekali dan tanya perkembangan. Yalah, tiada kes kecemasan lain waktu tu, kan? Jadi, kenapa tak buat apa-apa tindakan sedangkan pesakit tersebut adalah kanak-kanak yang berumur 11 tahun.

Malangnya, petugas di kaunter meminta kami menunggu sekejap lagi dan mengatakan bahawa menunggu itu adalah lebih baik daripada menghabiskan duit RM50 di klinik swasta. Wah....mudahnya...jadi, hanya kerana kami tiada duit jadi kami terpaksa menunggu sebegitu lama untuk mendapatkan sebuah rawatan percuma? Itukah harga yang terpaksa kami bayar untuk sebuah rawatan? Kalau ia melibatkan nyawa, bagaimana? Aku terima kalau waktu itu ada kes kecemasan lain. Tapi, ternyata bilik rawatan waktu itu kosong.

Marah, sedih, dan kesal. Akhirnya abang minta balik duit pendaftaran seringgit tadi dan bawa Aiman ke klinik swasta.

Sebenarnya, waktu tu aku memang tidak bawa duit untuk kos rawatan Aiman. Aku tak bawa handbag pun waktu tu. Abang pula tertinggal dompet di rumah. Duit pendaftaran tadi pun kami bayar guna duit syiling dalam kereta. Inilah halnya kalau sudah panik. Semua pun jadi lupa/

Tapi hakikatnya, semua klinik di Papar ni sudah kenal sangat dengan aku. Jadi, aku tahu, mereka masih boleh runding. Dan, syukurlah, akhirnya Aiman dapat juga menerima rawatan di sebuah klinik swasta.

Aku malas mau komen apa-apa pasal mentaliti dan akredetasi serta polisi yang dicanangkan. Terserahlah pada penilaian anda terhadap perkara ini. Apa yang pastinya, esok aku akan kembali ke sana dan memasukkan surat komplen yang sudah siap kutaip tadi ke peti cadangan dan komen mereka.

2 comments:

Susan Elsa Saiful said...

Itulah yang buat darah mendidih kalau berurusan dengan beberapa perkhidmatan awam ni. Apalagi kalau sudah melibatkan nyawa dan kesihatan begini. Hopefully Aiman gets better ah.

Luna Biru said...

ya. hope so. thanks hon.

Post a Comment