Saturday, July 9, 2011 | By: Luna Biru

Aku, Arin dan Bola Sepak II

Ada banyak implikasi kepada peristiwa Aku, Arin dan Bola Sepak kelmarin. 

Satu implikasi positif kukira. Ianya bagai membuka mata semua pihak hingga masing-masing menyedari betapa kecintaan seorang kanak-kanak terhadap sesuatu bisa saja mengubah dunia. Ya. Sejak peristiwa kelmarin, ramai yang sudah membuka mata dan mula mengambil satu langkah untuk melunasi mimpi Arin dan rakan-rakannya. 

Pertama; Aku bertekad untuk mengajukan permohonan kepada mana-mana YB untuk memberi sponsor untuk mengadakan perlawanan Bola Sepak Bawah 12 tahun (soccer kid). Aku sendiri akan jadi pihak pengajur dan kalau pun aku tidak berkemampuan untuk menjadi pengajur, aku akan cari mana-mana pihak untuk melakukannya. Aku yakin aku mampu melakukannya. Memang tidak mudah. Tapi juga tidak mustahil.
Kedua : Iparku, yang terkenal dengan keselambaan dan tak kisah langsung hal-hal dunia ni, mula berfikir untuk menjadi pengurus pasukan kepada pasukan bola sepak Arin. Dia sendiri akan turun padang untuk melatih bebudak ni dan sekaligus mengurus segala keperluan mereka. 

Ketiga : Abah aku, atau atok kepada Arin dan cucu-cucunya, pagi tadi telah membelikan Arin sepasang kasut bola lengkap dengan stokin bola. Dia juga membelikan sebiji bola sepak agar pasukan bola sepak Arin boleh berlatih setiap petang dengan bola baru, yang tentu saja lebih tahan lasak dari yang sebelumnya. 

Keempat : Ada perubahan dalam diri Arin berbanding dia sebelum ini, terutamanya sikap egonya. Dia sanggup meminta maaf pada semua orang padahal sebelum ini, mahu minta maaf sama aku pun susah. 

Syukurlah...sebuah peristiwa pahit ternyata telah mengubah sesuatu. Sungguhpun kami semua terpaksa melalui suatu perjalanan yang sangat terjal untuk kami semua menyedarinya. 

Arin telah menjadi seseorang.

Bukankah itu yang diinginkannya?

Dia sudah mengubah dunia,

Oya, ada lagi. 

Kelmarin, aku berjanji pada mereka semua untuk menjadi manusia yang boleh mereka percayai. Lalu sebagai permulaan, aku tempahkan mereka gelanggang badminton untuk berlatih setiap hujung minggu. Selain bola sepak, dorang ni juga suka sangat dengan badminton. Dan aku tunaikan hari ini, jam 4 petang di dewan SMU Islamiah Pantai Manis, Papar. Meski terpaksa menghantar dan menjemput, tapi tak apalah. Aku rela. Demi anak-anakku, anak buahku dan pasukan Arin. 

Ya. Arin telah menjual jiwanya bahkan maruahnya. Dia telah menawarkan seluruh harga dirinya demi sebuah yang bernama cinta. 

Aku sanggup membelinya meski dengan harga apa sekalipun. 

Mama sayang Arin. Love. 

Kasut bola baru Arin dan bola sepak pemberian atok
Pasukan bola sepak Arin a.k.a anak-anakku dan anak buahku (kecuali si Ade dan Anis , huhu)


0 comments:

Post a Comment