Wednesday, July 6, 2011 | By: Luna Biru

Aku tak suka!

Aku tak suka bila sesuatu persoalan itu dibincang berlama-lama.

Terlalu banyak kalau yang menjadi tanda tanya hingga memaksa kita memikirkan kebarangkalian dan kemungkinan.

Kalau itu
Kalau ini
Kalau
Kalau
Kalau
Kalau
Kalau

Bosan!

Memang kita perlu memikirkan kemungkinan atas sesuatu beristilah kalau. Tapi tidak semua perlu dibahas sedang yang dipersoalkan belum pasti dapatkah tidak.

Mungkin memang begitu bila berbincang dengan cendikiawan berotak kiri dan berbidang perniagaan. Semuanya perlu difikir sebelum membuat keputusan melancarkan sesuatu strategi marketing. Tapi aku bukan manusia berotak kiri yang berlandaskan logika dan teori semata-mata. Aku cuma seorang manusia yang selalu membuat keputusan dengan cepat berlandaskan rasional dan kebarangkalian yang boleh dijangka. Aku tiada masa mahu berfikir dan mengulas-ulas setiap persoalan dengan segala kemungkinan 'kalau'. Macam broker saham, mereka sentiasa membuat keputusan dengan cepat mengikut keadaan. Tiada masa mau berfikir lama-lama atau berbahas panjang-panjang. Soal samada keputusan aku betul atau tidak, itu adalah kemungkinan yang bakal aku hadapi kemudian. Why worry about tomorrow? Let tomorrow takes care of itself!

Nah....inilah perbezaan antara manusia logik dan praktikal.

Antara businessman dan broker saham.

Antara otak kiri dan otak kanan.

Tapi, bukan perbezaan antara lelaki dan perempuan,tau! Perbezaan jantina tidak wujud di sini kerana daya fikir seseorang bukanlah semata-mata bergantung pada jantinanya tapi juga tentang kecenderungannya menggunakan otaknya, samada hemisfera kiri atau kanan, atau kedua-duanya sekali.

Ah...kawan ku sorang ni....entah kenapalah dia suka menyeksa aku dengan pertanyaan dan persoalan....

0 comments:

Post a Comment