Monday, July 11, 2011 | By: Luna Biru

1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia membuang masa?

Ini feedback dari program 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang telah mencipta sejarah di Malaysian Book of Record pada 2 Julai 2011 yang lepas.

Waktu blogwalking aku terbaca feedback dari guru-guru, ibu bapa dan beberapa individu yang menganggap bahawa aktiviti ni merupakan suatu hal yang negatif. Mereka menganggap bahawa aktiviti ni adalah membuang masa, suatu pemaksaan dan dipolitikkan.

Lama aku tercenung depan skrin monitor.

Ada juga yang menganggap bahawa objektif kerajaan terhadap program ini tidak jelas sama sekali. Padahal, bukankah sudah diterangkan di dalam ucapan dasar KPM ketika membuat pelancaran mengenai program ini? Tak baca ke? Atau, baca tapi separuh, jadinya, tak faham langsung dengan apa yang dibaca.

Apa yang menyedihkan ialah, guru sendiri menentang pelaksanaan program ini. Kalau bukan kita yang menyokong usaha kerajaan untuk membentuk jati diri murid, siapa lagi? Selama ni, bila kita buat program di sekolah, ibu bapa selalu komplen kita. Lalu, apalah perasaan kita kalau salah seorang rakan sekerja kita juga turut bersekongkol dengan ibubapa tersebut untuk sama-sama mengutuk program sekolah yang kita jalankan itu? Sudah tentulah kita merasa amat terpukul kerana kita mengharapkan agar rakan sekerja kita memberi sokongan dan sekurang-kurangnya mampu memberi penjelasan kepada ibubapa tersebut mengenai kebaikan program yang kita jalankan.

Demikianlah juga halnya dengan hasrat murni kerajaan ini. Seharusnya kita golongan guru memberi sokongan dan membantu mereka untuk sama-sama melaksanakan program ini dengan jayanya. Aku tak tahulah di tempat lain. Tapi di Papar, ibubapa budak bukan main gembira lagi dapat turut serta menjayakan program ini. Rasa bangga dan gembira pun ada. Tiada istilah paksaan. Budak-budak jangan cakaplah. Sungguhpun jarak agak jauh (1.5km) bagi kanak-kanak, tapi dalam kesesakan yang begitu ramai, aku rasa tak wujud istilah lari lagi. Masing-masing jalan kaki dengan santai. Tak terasa pun jauh. Tup-tup, sampai sudah balik ke padang.

Aku pun tak fahamlah dengan orang kita ni, terutama mentaliti kita yang bergelar guru amnya, dan khususnya penjawat awam. Kita makan gaji dengan kerajaan, kaut keuntungan dan bonus dari kerajaan tapi dalam masa yang sama menentang segala usaha kerajaan untuk memajukan negara sendiri. Aku teringat pula sorang cousin aku di Sarawak, dia ni pun kira penentang kerajaan juga. Oleh kerana dia ni jenis yang berprinsip, akhirnya dia letak jawatan jadi pegawai pentadbiran dan buat bisnes sendiri. Itu baru berani namanya. Kalau setakat nak menentang ini dan itu tapi masih makan gaji dengan kerajaan, bagus jangan mengaku jadi pembangkang. Hipokrit namanya.

Ingat tak tentang sebuah cerita mengenai UMAR BIN ABDUL AZIZ DAN LILIN NEGARA?

Kalau mahu tahu kisahnya, silalah google. Aku takkan spoon-feed korang dengan mudahnya. Mudah-mudahan kisah ini menjadi tauladan kepada kita semua.

Insya Allah....

Amin....




0 comments:

Post a Comment