Berikut adalah perbualan antara aku dan beberapa orang muridku. Perbualan seperti ini sering berlaku di dalam diary kehidupan seorang guru. Perbualan yang berbentuk pertanyaan yang sering membuat kita selalu mengerutkan kening dan mengerah lebih banyak persediaan mental dan psikologi serta kesabaran untuk menjawab.
Malahan, perbualan seperti ini juga sering berlaku antara seorang ibu dan anaknya. Jadi, pandai-pandailah kita menangani situasi macam ni.
Nota : (?) untuk situasi mengerutkan kening.
Situasi 1 (umur murid : 12 tahun)
Alkisah suatu hari seorang murid aku yang tersenarai sebagai wakil sekolah ke peringkat daerah untuk pertandingan sajak, bertanya aku beberapa soalan selepas selasai latihan dijalankan.
Murid : Cikgu, bila tarikh pertandingan ni diadakan?
Aku : 25 Julai 2011
Murid : Oh….cikgu rasa saya boleh menang ke, cikgu?
Aku : Menang atau tidak tak penting. Yang penting kita buat yang terbaik.
Murid : Jadi, cikgu rasa saya boleh menang ke tidak?
Aku : (?) Insya Allah…yang penting kamu buat bersungguh-sungguh. Kemenangan yang paling besar ialah apabila kita mampu mengalahkan ketakutan diri sendiri.
Murid : Jadi, saya boleh menanglah tu,kan?
Aku : (?) Ya, kamu Insya Allah, kamu pasti boleh menang. Teruskan usaha.
Muridku pun berlalu dengan senyum kepuasan. Mungkin jawapanku telah memuaskan hatinya dan sekaligus satu sokongan moral untuknya.
Situasi 2 (umur murid : 11 tahun)
Perbualan antara aku dan peserta pertandingan poster peringkat daerah yang juga akan diadakan pada 26 Julai 2011.
Murid : Cikgu, kalau saya menang,nanti, saya akan jadi wakil daerah ke, cikgu?
Aku : Ya. Insya Allah.
Murid : Lepas ke daerah?
Aku : Kalau menang di daerah, peserta akan mewakili bahagian.
Murid : Lepas tu?
Aku : Lepas tu ke peringkat negeri dan seterusnya ke kebangsaan.
Murid : Ha? Kebangsaan? Jadi, saya menang, saya akan ke Kuala Lumpurlah?
Aku : (?) Ya…kalau tuan rumahnya Kuala Lumpur…
Murid : Tapi, saya tak pernah naik kapal terbang, cikgu. Macamana kalau saya mabuk, atau kapal terbang terhempas, atau , aaaa…saya sesat di KL?
Aku : (?) Tapi kamu belum menang lagi,kan? Pertandingan daerah pun belum sampai lagi. Kenapa kamu fikir jauh sangat sampai ke KL ni?
Murid : Itu kalau saya menang, cikgu…
Aku : Betul. Tidak salah memikirkan kemungkinan tapi janganlah sampai menyeksa diri dengan persoalan yang belum jelas. Apa yang penting sekarang, kamu berlatih dulu untuk memantapkan persediaan kamu untuk mewakili sekolah.
Murid aku pun mengerutkan keningnya dengan wajah yang penuh ketidakpuasan hati.
Situasi 3 (umur murid : 10 tahun)
Perbualan dengan muridku tahun 4. Dia dan tiga rakannya telah kupilih untuk pertandingan Buku Skrap peringkat kebangsaan anjuran HPM (Pengguna Malaysia). Hadiah kemenangan agak lumayan. Johan RM1500, kedua, RM700 dan ketiga RM500. Saguhati sebanyak RM100 akan diberikan kepada lima pemenang.
Murid : Kalau kita memang tempat pertama, kita akan dapat hadiah wang tunai RM1500 lah tu, cikgu?
Aku : Insya Allah…ya.
Murid : Wah….banyak tu cikgu. Emmm….saya mau beli apa nanti, ah?
Aku : (terrsenyum dan menggelengkan kepala) Jangan fikir sangat benda tu. Yang penting, kita siapkan dulu buku skrap kita.
Murid : Ala….tapi saya belum ada buku bank cikgu. Di mana saya mau simpan duit saya yang banyak tu nanti?
Aku : (?) Tak apa. Suruh mak kamu simpankan.
Murid : Tapi nanti mak saya guna,cikgu. Hari tu duit raya yang saya dapat, mak guna bikin bayar astro.
Aku : (hamper tergelak) Mungkin mak kamu pinjam. Nanti dia bayar baliklah tu. Lagipun, kamu juga yang tengok Astro,kan?
Murid : Kalau saya suruh cikgu yang simpan,kan?
Aku : Kamu tak takut cikgu guna untuk bayar Astro?
Murid : Kalau begitu, cikgu tolong saya buatkan buku bank.
Aku : Darling…cuba jangan fikir dulu pasal wang hadiah tu. Kita belum pun hantar buku skrap kita. Entah menang ke tidak. Yang penting, kita buat dulu buku ni sampai siap. Pasal wang hadiah tu, nanti kita fikirkan kalau sudah menang, ya?
Murid aku memuncungkan bibirnya sambil menggaru-garu kepala.
Situasi 4 (umur murid : 8 tahun)
Perbualan antara aku dan muridku tahun 2 dalam kelas Bahasa Inggeris. Topik pelajaran : Story Time. Aku galakkan murid-murid aku membaca buku cerita bahasa inggeris dan rekodkan hasil pembacaan dorang dalam buku NILAM. Seorang muridku menyahut cabaran ini dengan penuh semangat. Setiap hari dia akan menghabiskan sekurang-kurangnya 3 buah buku cerita untuk dibaca. Aku telah berjanji akan memberikan hadiah kepada murid yang paling banyak membaca buku cerita.
Aku : Wah….banyak betul sudah buku kamu baca, tahniah.
Murid : Yes!!! Nanti sayalah yang menang tu kan, cikgu?
Aku : Insya Allah…kita tunggu dulu penyertaan dari murid lain.
Murid : Kalau saya menang, cikgu kasi saya apa, cikgu?
Aku : Surprise!
Murid : Ala….tapi nanti kalau saya dapat hadiah murid-murid lain dengki, macamana cikgu? Lepas tu dorang curi hadiah saya waktu saya pergi tandas ke, pergi kantin ke….ha….macamana, cikgu?
Aku : (?)
Muridku itu terus menatapku dengan harapan aku akan memberikannya sebuah jawapan yang diinginkannya.
Kesimpulan
Pertanyaan2 begini, memanglah lumrah bagi kita yang sering berhadapan dengan kanak-kanak. Memang comel bila mereka bertanya pada kita soalan-soalan macam ni. Secara positifnya, itu menunjukkan bahawa mereka mempunyai kemahiran berfikir dan membuat satu penaakulan mengenai kajian masa depan. Meskipun, dalam keempat-empat buah situasi menunjukkan ketidakmatangan dari segi berfikir dan lebih kepada perasan menang semata-mata, tapi aku suka bila muridku mampu menjana satu pemikiran kritis terhadap sesuatu isu.
Soalnya, macamana kalau soalan-soalan begini, diajukan oleh orang dewasa yang seharusnya berfikiran matang? Bengang tak bengang. Rasa macam nak kusepak-sepak saja. Sudahlah di sekolah berhadapan dengan keadaan macam ni bila keluar dan berjumpa dengan orang dewasa, rupanya siatusi yang sama juga dihidangkan pada aku. Kena sabar juga ke macam melayan budak sekolah?
Contoh situasi dengan orang dewasa.
Seorang sahabatku minta tolong carikan seorang budak untuk dijadikan anak angkat. Anak angkat yang dia maksudkan di sini ialah bukan secara rasmi (melalui prosedur peguam) tetapi sekadar mengakun sahaja. Pasalnya kawan ku ni sudah terlebih kaya dan nak buat amal jariah. Menurutnya, dia cuma mahu seorang budak yang dapat diakun sebagai anak angkat dan sebagai permulaan, dia cuma mahu support kewangan dulu. Sekali sekala dia akan jumpa budak tu dan kasi nasihat atau bawa shopping sebagai galakan. Umur,jantina tak kisah. Yang penting, berpotensi untuk maju. Itulah antara kata-kata kawanku.
So, berdasarkan ciri-ciri yang diberikan, aku pun memulakan pencarian aku. Sebenarnya, sudah agak lama dia memintanya dari aku tapi aku tak ambil serius sangat. Tapi, oleh kerana dia balik-balik mendesak, maka aku pun tunaikanlah juga. So, dipendekkan cerita, aku pun berjumpalah dengan seorang budak yang menepati ciri-ciri yang diberikannya. Budak ni berumur lebih kurang 4-5 tahun (tadika).
Aku pun beritahulah pada dia....inilah antara komunikasi kami:
Kawan : 4 tahun? cam mana la tu.... maksudnya kana bawa balik la tu kan...
Aku : (? Kena bawa balik? Kenapa pula mesti kena bawa balik? Bukankah menurut ciri-ciri yang ditetapkannya dia Cuma mahu seorang budak yang dapat diakun sebagai anak angkat dan sebagai permulaan, dia cuma mahu support kewangan dulu. Sekali sekala dia akan jumpa budak tu dan kasi nasihat atau bawa shopping sebagai galakan. Umur,jantina tak kisah. Yang penting, berpotensi untuk maju- aku masih ingat lagi kata-katanya sebelum itu yang diulangnya berkali-kali).
That's why aku tanya kau berapa umur ko mau. kau juga cakap nda kisah.
Kawan : kalau 4 tahun tu maksudnya, di bawa balik ba kan?
Aku : Kau ambil budak bukan bermaksud untuk adopt atas kertas kan? No black and white, right? just main akun2. So, tiadalah istilah bawa balik di sini.
Kawan : na.... mau kali ke 3 aku mau tanya ni, masih aku nda paham.
Aku : (Aku tak tahu apa yang dia tak faham di sini. Adakah dia lupa pada ciri-ciri yang disebutkannya sebelum ini atau aku yang tidak dapat memberikan jawapan yang jelas?)
Bangang tullah kau ni.
Kawan : Kalau budak 4 tahun, kana bawak balik ka?
Aku : (waktu ni aku betul-betul sudah fed-up) Sudahlah. Fullstop.
Kawan : jangan kau begitu ba. aku betul2 nda paham
Aku : kau juga yang cakap kau mau ambil budak untuk dijadikan anak angkat tapi bukan secara rasmi.
Kawan : Ok. Betul tu.
Aku : (Jadi, kenapa balik-balik tanya soalan yang sama? Agh! Tension tul aku cakap dengan dia ni )
Lebih dari perbualan di atas, dia tanya lagi aku soalan-soalan yang cukup melemaskan dan lebih kurang macam soalan murid aku. Antaranya :
nanti budak tu pun mana dia mau simpan duitnya?
tp ndak buli jugak tu kasi mewah2, nanti kawan2nya nampak cam mana....
Kesimpulan
Kalau budak-budak bolehlah kita layan soalan macam ni. Kalau orang tua.... Huh...panjang lebarnya aku cuba nak menerangkan situasi ni. Sakit hati dan marah bukanlah perasaan sebenar aku. Aku cuma.....BOSAN!
2 comments:
Hahaha memang macam budak belum tamat sekolah kawanmu tu de.
hehehe.....bangang @ bongok....kesian pun ada sm kwn ko tu zue...aku gelak smpi sakit perut...bc psl kisah ko sm muridmu....tp rs cam bengang bla bc psl kisah ko sm kawnmu tu....adehhh ini mcm pya org pun adaka....
Post a Comment