Friday, May 6, 2011 | By: Luna Biru

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah (Hari ketiga-Malam Hijau)

Malam ni merupakan aktivti Malam Hijau ataupun nama glemernya Malam Kebudayaan. Sebaik saja pulang dari lawatan petang tadi, kami diberikan tugasan untuk melatih peserta untuk aktiviti ni. Tema malam ni ialah puisi drama a.k.a pantomin. Aku ditempatkan di bawah jurulatih Tuan Richard untuk melatih kumpulan Monyet. Kami cuma ada lebih kurang dua jam saja untuk membuat persiapan. Kelam-kabut juga dibuatnya. Lebih-lebih lagi malam ni aku bercadang nak menghadiri Majlis Persaraan PK aku, Cikgu Salleh Tami di WindBell, Tanjung Aru.
Jadi, aku pun dengan gabungan Tuan Richard, cubalah gunakan segala kepakaran yang ada untuk melatih kumpulan ni. Susah juga aku nak membentuk kumpulan Monyet yang tak brapa nak aktif ni. Dorang ni bukan main pasif lagi kecuali ketua kumpulannya. Namun akhirnya, dapat juga aku dorong dorang kedepan walaupun waktu show bertaburan ntah kemana-mana. Lantaklah. Dapat juga kami nombor 6 dari 12 kumpulan. Kumpulan Abe dapat nombor 5 dan kumpulan Anis pula dapat nombor dua. Semua pemenang dapat cenderahati berbentuk tuala. Alhamdulillah...Terimakasih Pusatko. Terimakasih juga untuk Tuan Richard sebab buatkan props yang dapat digunakan oleh semua orang. Oya, pasal benda ni lah akhirnya aku tak jadi hadir ke majlis Cikgu Salleh. Huhu....


Aku pun try sekali. Hihi....
Cantik pentas
Anis mendeklamasi sajak. Team Katak dapat nombor dua. Tahniah untuk Liza.
Ni tukang baca sajak aku yang tak brapa nak best. Huhu...team aku dapat nombor 6 je.
Me and Justin Bierber yang dah berubah jadi monyet kecil.
Kumpulan Katak

Best malam ni. Memang meriah gila. Lebih-lebih bila selesai acara, jurulatih Pusatko tampil untuk memberikan persembahan. Banyak permainan dan yell baru yang aku belajar di sini. Aku paling terhibur dengan persembahan Tuan Tonny. Memang lucu!


0 comments:

Post a Comment