Saturday, July 30, 2011 | By: Luna Biru

Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2, Zon Sabah & WPL: Hari terakhir

Hari ni, 29 Julai 2011, Jumaat, merupakan hari terakhir kami mengikuti kursus ni. Sepatutnya, pagi ni kami membentangkan band PBS yang sudah diarahkan kelmarin. Malangnya, ramai yang tidak dapat menyiapkan tugasan sebab semalam sibuk tengok Malaysia lawan Singapura. Oleh kerana kumpulan kami merupakan kumpulan pertama, maka kami tetap tak boleh lari dari tugasan tersebut.

Hakikatnya, kumpulan kami memang sudah menyiapkan tugasan tersebut awal-awal lagi. Tapi terdapat sedikit percanggahan pendapat dalam kumpulan yang menyebabkan kami tidak mencapai kata sepakat. Salah seorang ahli kumpulanku menegaskan bahawa adalah mustahil bagi murid tahun 2 mencapai band 6. Tapi hakikatnya, perkara itu tidak mustahil kerana pencapaian murid diukur berdasarkan tahapnya sendiri bukan dibandingkan dengan tahun yang lebih tinggi dengannya. Jadi, untuk menguraikan persoalan itu, aku pun buka soalan tu waktu sedang membuat pembentangan supaya ahli kumpulanku dapat penjelasan yang lebih jelas lagi. 
Sungguhpun sudahnya terpaksa menerima sindiran tajam dari pihak JUK dan urusetia PBS, tapi aku tahu, misiku agar perkara ini lebih jelas sampai juga ke tahap yang aku inginkan. Sejurus selepas itu, banyak pula respon lain yang timbul yang menyebabkan masa pembentangan semakin menipis. Akhirnya, kami tak jadi membentang. Aku tahu dorang sengaja tanya macam-macam soalan supaya tak kena suruh membentang walhal, semua pun memang sudah clear pasal benda ni. Tapi, ada juga kumpulan yang berkeras nak membentang. Ni kira kumpulan lurus bendul lah ni. 

Sesi pembentangan ni berakhir jam 10.30 pagi. Kami diberi masa 15  minit untuk minum pagi sebelum ke acara penutupan jam 10.45. 

Sesi soal jawab yang meriah sungguh
Puan Julia, PBS : the best prsenter
Kak Sue yang tak ingin melepaskan peluang bergambar
Sesi penerimaan sijil untuk peserta yang pulang awal oleh Encik Nizam, BPK
Puan Siti yang lemah lembut dan paling sabar layan karenah peserta,dari BPK
Dari kiri, Yati, Puan Julia, aku, Puan Che Yan, Uchu Sue dan Puan...alamak...lupalah namanya....
Aku dan Zul, pelukis yang tersohor (hehe...) jangan gossip ye...Zul ni muda 8 tahun dari aku. 

0 comments:

Post a Comment