Ada pengajaran paling besar dalam hidup aku hari ni.
Entah mahu menangis atau mahu marah.
Entah mahu salahkan diri sendiri atau salahkan situasi atau si pembuat masalah.
Yang pastinya, peristiwa ini adalah satu hentaman kuat dalam hidupku sampai bengkak dah hati dan kepalaku memikirkannya.
Ini kisah anak sulung aku. Arin. 12 tahun (tingkatan 1).
Pada yang membaca, tolong kasi aku satu kata-kata semangat. Please give me positive response.
Dua minggu lepas kami ada ternampak sebuah banner yang digantung di roundabout yang mengabarkan tentang Perlawanan Bola Sepak Terbuka Peringkat Daerah Papar. Jadi, dia pun dengan antusiasnya mahu mengikuti pertandingan tersebut. Pada pandangannya, terbuka bermaksud untuk semua lapisan umur. Habis semua adik beradik, sepupu sepapat dan sahabat handai dikumpulkannya untuk ikut pertandingan ni dari umur 8 tahun sampailah 13 tahun.
Nasib baiklah aku sempat terangkan pada dia maksud 'terbuka' dalam definisi yang sebenarnya menurut piawaian pertandingan tersebut. Waktu aku terangkan, dia diam saja buat muka seposen, sedikit hampa. Aku ingatkan dia faham. Rupanya dia belum mahu mengalah.
Suatu hari, sedang aku bersiap untuk hantar adik-adiknya ke sekolah agama, dia pulang dari sekolah. Dia terus jumpa adiknya, si Abe dan berbisik-bisik. Oleh kerana si Abe ni bukanlah manusia yang boleh tahan perasaan gembira dan jenis cepat bagi respon, aku terdengar si Abe menjerit-jerit berterima kasih pada abangnya. Bila aku tengok, dorang terus diam dan senyum-senyum. Aku cuba pasang telinga, rupanya si abang ni bagitau si adik yang dia sudah hantar borang untuk pertandingan terbuka yang dilihatnya sebelum ini. Aku rasa pelik sangat. Hantar borang tak bagitau mama? Pertandingan terbuka? JPengurus pasukan siapa? Jersey pakai apa? Medik siapa urus? Yuran penyertaan lagi? Biar betul!
Oleh kerana aku nak cepat, aku terlupa mahu tanya balik pada Arin pasal borang tu.
Hari Jumaat (8 Julai 2011), kelmarin, aku dapati mereka mula merancang perjalanan mereka untuk ke pertandingan yang akan dijalankan hari ni. Aku pun terus tanya details mengenai perkara ni. Arin bersungguh-sungguh mengatakan bahawa pertandingan tu memang 'terbuka' seperti apa yang difikirkannya sebab dia sendiri sudah hubungi urusetia pengajur pertandingan tu. Dia juga mengatakan bahwa dia sudah mengisi borang dan sudah menghantarkannya. Well, I dun believe walaupun seinci yang dia cakap. Why? Sebab dia ni jenis tak tahu berdikari. Isi borang peribadi untuk kad library pun aku yang buatkan untuk dia,apalagi mahu mengisi borang perlawanan. Aku tahu dia tipu tapi aku tak tahu kenapa dia mesti menipu. Mungkin dia sudah bosan sebab aku selalu betul. Dan aku malas mahu berkeras sangat memaksa dia mengaku. Akhirnya aku cuma cakap akan hantar mereka semua ke padang besok pagi.
Hari ni, 9 Julai 2011, aku menyesal kerana tidak memaksa dia mengaku semalam. Menyesal sangat. Kalaulah aku boleh ulang hari semalam, aku sanggup rotan dia asalkan dia mengaku dan ceritakan padaku hal yang sebenarnya.
Pagi tadi, jam 7.20 pagi, maka berkumpullah adik-beradik dan sepupu sepapat ni di rumah aku untuk sama-sama pergi ke padang. Semua pakai baju Chelsea warna biru dengan nombor jersey yang sudah tersedia bertulis di belakang. Ada jadi Ronaldo, ada jadi Kaka. Yang menghairankan aku, si Arin ni tak bergerak-gerak. Katanya, mahu tunggu aku. Pasal semua pasukan sudah tak sabar, maka mereka pun bergerak sendiri dan tinggalkan Arin yang masih terkebil-kebil pandang aku. Ok. Kali ni aku pasti memang ada sesuatu yang tak kena berlaku. Akhirnya, Arin pergi dihantar oleh abahnya sebab abahnya mahu pantau aktiviti sebenar yang berlaku behind all this.
Dan, alangkah terperanjatnya si Abah ini bila dia sampai di padang, sepasukan bola sepak ciptaan Arin sudah bersedia di tepi padang lengkap dengan baju Chelsea biru. Yang sedihnya, masing-masing ditemani oleh bapa yang mahu memberikan sokongan moral untuk anak mereka. Yang sedihnya lagi, hampir semua anak kawan-kawan aku dan sekampung dengan aku. Masing-masing mengerutkan kening bila melihat bahawa pertandingan tersebut memang sah-sah bukan untuk kanak-kanak. You know what the meaning of 'terbuka', right?
So, semua mata pandang pada Arin. Masing-masing serbu Arin dengan soalan-soalan:
Kau bilang kau sudah hantar borang?
Eh, ini pertandingan orang tua-tua ni. Bukan budak-budak.
Na....macam ni Rin? Kau bilang kau sudah urus sama penganjur? Sudah hantar borang? Apa ni?
Kau ni biar betul,Rin. Kau ada hantar borang ka tidak?
Dan macam-macam soalan lagi. Kata abang, waktu ni Arin cuma diam saja tanpa jawapan.
Menurut abang lagi, seorang bapa budak tercengang bila tahu kejadian yang sebenarnya. Yang sedihnya, di tangan si bapa itu ada membawa sekotak kasut bola yang baru dibelinya khusus untuk anaknya ke pertandingan hari ini.
Ok. Stop. Itu saja ceritanya. Selebihnya, abang minta maaf pada semua orang yang terlibat, belanja makan dan pulang.
Bila aku dengar saja laporan dari abang, runtuh rasanya jiwaku. Bermacam-macam soalan muncul di kepalaku. Aku berusaha tenangkan diri aku supaya aku tidak terlanjur marah dan mengamuk pada Arin. Soalnya:
Kenapa Arin mesti menipu yang dia sudah berhubung dengan pihak penganjur?
Kenapa dia cakap dia sudah hantar borang?
Kenapa dia bersungguh mempertahankan bahwa dia betul dan aku salah?
Kenapa dia tetap mengatakan bahawa istilah 'terbuka' itu adalah terbuka menurut definisinya sendiri?
Apapun soalannya, yang pasti satu hal ialah : Kenapa dia mesti menipu?
Fine. Aku tak kisah kalau hal ni hanya melibatkan dia seorang. Tapi hal ini sudah melibatkan semua orang termasuk keluarga orang lain. Kalau setakat sepupu sepapat tu bolehlah aku setelkan, tapi ini sudah libatkan orang lain. 12 orang pemain bola kanak-kanak di bawah pimpinan Arin berjalan kaki dari kampung ke padang semata-mata untuk mengikuti pertandingan bola seperti yang dicanangkan Arin. Walhal, pertandingan itu tidak wujud pun untuk mereka. Aku tak dapat nak bayangkan betapa hampanya perasaan budak-budak tu. Apalagi perasaan ibubapa yang turut menghantarkan anak mereka ke padang tadi. Terlebih lagi perasaan si bapa yang baru beli kasut bola untuk anaknya tu.
Semua gara-gara Arin yang sudah terlampau kemaruk dengan bola.
No. Semua gara-gara Arin tipu pasal dia sudah hantar borang bola.
Aku cuba slow and easy dengan Arin. Tanya baik-baik kenapa hal ni boleh terjadi. Paling penting, kenapa menipu? Dia hanya diam dan teresak-esak menangis. Aku tahu dia kepingin sangat ikut pertandingan bola sepak. Dia ni memang wakil sekolah bawah 15 tahun. Petang-petang pula pergi sekolah untuk latihan bola, So, aku tak tahu kenapa dia mesti terdesak sangat. Frankly, Arin memang berbakat cuma saiz badannya agak kecil menyebabkan dia menjadi pilihan simpanan. Mungkin dia sudah tidak sabar untuk menonjolkan potensi dirinya.
Fine. Dari segi psikologi, aku faham perasaan Arin. Dia mahu menjadi ketua dan mengetuai sesuatu. Dia mahu menonjol diri. Dia mahu kelihatan hebat. Dia mahu menjadi seseorang. Dia mahu hold something untuk buat dia percaya diri.
Tapi tetap aku tak boleh terima penipuannya. Dan kedegilannya.
Ah. Arin...berapa banyak hati yang sudah terluka hari ini kerana keogahanmu? Aku hanya takut tak siapa percaya dia lagi selepas ini. Sama macam cerita The boy who cried wolf.
Kalau kau tanya perasaan aku, ya, aku malu. Tapi itu tidak penting. Aku lebih bimbangkan perkembangan jati dirinya yang agak calar hari ini. Aku risau pada krisis identiti yang dialaminya. Aku lebih merisaukan sahsiah dirinya. Aku tahu Arin tak berniat mahu menipu. Dia hanya terlanjur menipu. Tapi bila dia sudah sedar (katanya dia sedar hari Jumaat, sehari sebelum pertandingan), tapi sudah agak terlambat. Menurutnya lagi, pada pagi tadi, waktu bangun tidur dan tengok adiknya dan sepupu-sepapatnya bersiap untuk ke padang, dia rasa macam mau menjerit-jerit beritahu bahawa dia sudah berbohong pada mereka semua. Sebab tu katanya, dia tunggu aku untuk hantarnya ke padang, supaya dia boleh terangkan pada aku di kereta, dan kemudiannya aku akan terangkan balik pada kawan-kawannya. Dia juga tak sangka bahawa bapa-bapa kawannya turut datang. Tapi malangnya, bukan aku yang hantar dia tadi, tapi abahnya.
Pengajaran?
Aku yakin banyak yang Arin belajar hari ini. Tapi, secara peribadi dari aku, ini adalah kekalahan peribadi. Aku gagal menyakinkan dia bahawa aku adalah ibu yang boleh dipercayainya.
Aku harap aku boleh merapatkan kembali nilai kepercayaan antara kami.
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
Powered by Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2011
(577)
-
▼
July
(68)
- Rumput hijau
- Tengok bola Malaysia vs Singapura. Hampeh!
- Geng lepak waktu kursus
- Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2,...
- Flat 3A : Menyeramkan...!
- Tolong.... Awek aku Pontianak : Sangat membosankan!
- Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2,...
- Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2,...
- Jimmy@Azmi Bambarayon Group
- Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2,...
- Kursus dan Feedback
- Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2,...
- Lepak-lepak bawa diri
- Jom layan selera di TOKMI STATION
- Bila mimpi dibawa
- Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sabah 2011.wmv
- RUKUN NEGARA PHOTO.wmv
- Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sa...
- Perkhemahan Rukun Negara Peringkat Negeri Sabah : ...
- Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sa...
- Keningau Foot Reflexology
- Perkhemahan Rukun Negara Peringkat Negeri Sabah : ...
- Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sa...
- PERTANDINGAN OPENOFFICE.ORG 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN
- Baby kecik dan saka
- Sebuah kisah
- Berlagak miskin
- Senamrobik untuk kecergasan
- I walk slowly but I never walk backward.
- 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia membuang masa?
- Aku JUVANA mania
- Malang si malang
- Tak faham bahasa!
- Jom main badminton
- Berani kerana takut
- Aku, Arin dan Bola Sepak II
- Puisi untuk si pengkarya
- Aku pejuang kerdil
- ....(sebuah cenung panjang)
- Aku, Arin dan Bola sepak
- Gebang
- Program 1M 1S di sekolah aku
- Program Smart Zone Papar
- Indian Paper Art
- Isra' Mikraj peringkat sekolah
- Aku, murid dan kawan
- Pemuisi muda memulangkan amanah
- Kebenaran
- Aku tak suka!
- Kisah kawan aku
- Manusia ketat
- Marilah by Prema Yin? Seni yang dirosakkan
- 3,2,1 Cinta : Filem ringan yang enjoy!
- Dipaksa menjadi Jebat
- Transformer VS Perdana Park
- Cerita Tiada kaunseling
- Laddaland : Aku takuts!!!
- 1 Murid 1 Sukan Daerah Papar
- Jangan kembali
- Cinta yang bagaimana?
- Saka
- Syukur
- Joey Mcintyre - Stay The Same
- A story of cuppucino
- A mother with love
- First step : Pertandingan melukis poster PPDa
- Aku suka buat
- Jerawat oh Jerawat II
-
▼
July
(68)
2 comments:
Zue....
Arin mewarisi kedegilan kau sebenarnya....(tp x termasuk pembohongan/penipuan dia..). Dia degil mempertahankan apa yg dia rasa benar....cuma di usia dia, ada masa dia x dpat membezakan 'degil' mn yg patut dia pertahnkan....dan dalam dia cuba mempertahankan kedegilan dia, ada masa dia 'salah'...syukur dia mahu menerima bahawa kedegilan dia kali ini adalah 'salah', cuma saat dia tahu dia sudah 'salah', dia tidak tahu cara untuk membetulkan 'salah' yang dia lakukan akibat dari 'kedegilan' dia....dia mengharapkan 'mamanya'...orang yang selalu memimpin dia ke jalan yang benar....sedih pula hati aku bila bc, part si Arin sda ketahuan bohong dia...dpt aku bayangkan perasaan dia waktu itu. jangan marah dia lg ya zue...
satu yg aku dapat lihat dalam diri Arin...
"adalah kedegilan dia sama seperti kedegilan kau....." maaf sebab aku x mampu bg kata2 semangat yg baik utk kau...u knw why kan...aku blm jd ibu.....hihihi...
thanks Tie...
sebab tu lah aku tak tahu mahu marah atau apa...di sisi lain aku faham perasaan dia. Tapi itulah...kalaulah ia tidak melibatkan orang lain, mungkin benda ni masih dianggap kecil. Mudah-mudahan peristiwa ini menjadi pengajaran dalam hidupnya sekaligus membentuk jati diri yang mematangkan dia. Mistake is a part of learning.
Post a Comment