Thursday, July 14, 2011 | By: Luna Biru

Baby kecik dan saka


Ada baby kecil baru lahir 7 hari yang kulawat petang tadi atas desakan umi. Baby ni kalau kira family tree boleh dianggap macam cucu aku. Huhu...

Comel babynya. Tak sempat mau ambil gambar sebab aku terlupa bawa kamera. Abang pinjam pagi tadi lupa mau minta balik. Mau ambil guna hp, hp pula habis betri. Kuikui! Memang tiada rezki mau ambil pix si kiut tu.


Bila aku peluk-peluk dan timang-timang si kecik tu teringat pula saat-saat melahirkan dulu. No, tipu! Bukan itu yang aku ingat, sebenarnya.

Aku ulang ayatku.

Bila aku peluk-peluk dan timang-timang si kecik tu, teringat pula aku pada tuduhan bahawa aku ni memelihara saka beberapa tahun lepas. Setiap baby yang kupeluk kononnya akan sakit, menangis dan meragam begitu saja aku pulang dari rumah mereka. Yang anehnya, baby-baby lain tak pulak jadi macam tu. Asal saja yang melibatkan keluarga si penuduh, mesti pula jadi begitu.

Mungkin kebetulan.

Yang pastinya, sejak tuduhan itu, aku tak pernah sentuh pun anak dorang lagi. Sedihnya, aku ingatkan boleh hilangkan masalah. Tau-tau aku kena cakap juga sombong dan temberang sampai tak mahu sentuh anak dorang.

Pelik manusia ni,kan?

0 comments:

Post a Comment