Saturday, July 2, 2011 | By: Luna Biru

Cerita Tiada kaunseling


Baru aku mendapat feedback negatif dari filem pendekku, Cinta Seorang Guru.

Kononnya, watak guru yang dimainkan oleh Cikgu Rosli dan aku pada filem tu tidak menunjukkan ciri-ciri seorang guru sejati yang mengaplikasikan ilmu kaunseling dan psikologi dalam menangani murid.

Itu memang aku akui.

Sebab, memang disengaja.

Yalah. Kan ke cerita tu berkisar tentang guru yang bermasalah? Camana nak berpsikologi dan berkaunseling lagi kalau sendiri sudah memang bermasalah? Lainlah halnya kalau cerita tu pasal cikgu cemerlang.

Aku cuma ingin lari dari kebiasaan tipikal yang selalu dipaparkan di layar perak. Selama ni bila cerita pasal guru, mesti guru tu adalah seorang yang tabah dan mampu selamatkan budak yang sudah hampir terjun ke jurang. Macamana pula kalau hakikatnya, cikgu tu sendiri yang bermasalah dan pihak yang lebih tinggi pula yang berusaha selamatkan cikgu tu? Guru yang sihat akan melahirkan murid yang sihat. Kalau cikgu tu sendiri memang sakit, camana dia nak selamatkan murid,kan?

Mungkin si pengkomplen aku ni tak hayati betul-betul cerita filem aku tu. Bukankah pada pengakhiran cerita, filem itu ditutup dengan khidmat kaunseling yang telah diberikan oleh PPD melalui sekeping kad hari guru? Bukankah juga pendekatan yang digunakan oleh Pengetua dalam cerita tu adalah satu pendekatan kaunseling yang akhirnya dapat menyelamatkan jiwa Cikgu Zura?

Bukankah aku sudah mengangkat darjat ilmu teori kaunseling dan psikologi itu jauh lebih tinggi dari yang sepatutnya? Kalau selama ni ilmu tu digunakan pada murid yang masih merebung dan boleh dilentur-lentur. Tapi kali ni aku gunakan kekuasaan ilmu itu untuk melentur sebatang buluh tua.

Entah siapa yang lebih bangang. Aku ke dia?

Malas juga aku nak pertahankan sangat sebab nanti dia kata aku ni tak bpleh terima teguran. Tapi memang sudah dia yang silap faham. Habis tu, camana?

Inilah orang kita. Bila tengok, tak dihayati. Bila membaca, tak pernah habis. Bila dengar, tak diperhalusi. Bila buat, tak dimurni. Kalau korang nak tahu, inilah kelemahan orang Islam yang diperguna oleh Yahudi.

2 comments:

Atie said...

hahaha....kalau aku ble bejumpa dgn pengomen itu...aku cma mahu katakan ini padanya....
"hahaha....lucu ba ko ne".....

Luna Biru said...

huhu...lucu jawapan ko Tie...

Post a Comment