Korang percaya tak kalau aku cakap rupanya aku; si JU ICT (was), si team multimedia dan memang sah2 terkenal dengan kecanggihan projek maya ni sebenarnya tak tahu macamana nak copy table dari words ke powerpoint?
Percaya tak?
Aku pun tak percaya.
Tidakkah sia-sia saja aku menjawat jawatan ICT selama ini kalau perkara asas dan simple macam tu pun aku tak dapat kuasai?
Cessss!!! Memalukan sungguh!
Satu penghinaan yang begitu kronik dalam kehidupan aku sebagai pakar IT.
...itulah salah satu senario yang berlaku dalam Kursus JU yang baru kuhadiri semalam. Aku macam tak percaya aku akan menerima status macam manusia buta IT. One of the JUK suruh kami buat table di words dan kemudian copy pastekan table tu ke ppt. Aku punyalah selamba gila buat kerja tu sebab memang sudah makanan aku. Tapi waktu aku pastekan table tu ke ppt, automatik table yang dicopy sudah siap didesignkan dengan kaler-kaler biru putih. Tapi JUK tersebut tak mahu aku buat table yang ada kaler-kaler. Dia mahu table kosong exactly macam dalam BRM kita. Oh...itu tiada masalah. Senang saja. Klik pada table, go to table property dan pilih 'no fill'. Jadi, automatik table kita akan jadi kosong macam yang dia nak.
Tapi malangnya JUK ni ingatkan aku tak faham apa yang dia maksudkan. Mati-mati dia tunjukkan aku cara sebenar untuk buat benda tu. Malangnya lagi, bila dia pastekan table tu ke ppt, dia klik paste option 'text only'. So, apalagi, sudah tentulah hanya text saja yang keluar, tablenya tinggal di words. Oleh kerana niatnya nak mengajar aku yang mungkin pada pandangan matanya ni bodoh IT tak tercapai, dia pun buatlah lagi sekali dan berkali-kali. Tapi yang keluar, benda yang sama juga. Aku cuba nak bagitau dia yang dia sudah pilih paste option yang salah. Sayangnya, dia tak mahu langsung dengar aku dan mula membebel mengatakan yang laptop aku ni ada masalah dan terkena serangan virus. Mungkin waktu tu egonya sudah agak tercabar sedikit menyebabkan dia mula meninggikan suara dan mula menuduh aku yang bukan-bukan. Adalah lebih 15 minit dia cuba buat benda yang sama. Last-last, dia sendiri give up dan keluar dari dewan dengan kemarahan dan kekesalan yang melampau-lampau pada aku dan laptop kesayangan aku ni.
Bila dia blah saja, aku pun buatlah benda yang betul dan sepatutnya dia lakukan dari tadi. Senang saja...tak sampai pun seminit, table aku yang berkaler-kaler tadi sudah pun bertukar menjadi kosong. Tak lama kemudian, dia datang semula dan nak menengok kerja aku. Alangkah terperanjatnya beliau bila mendapati bahawa table ku sudah siap seperti yang diinginkannya. Mati-mati dia tanya aku macamana aku buat atau siapa yang tolong aku siapkan benda tu. Dia sungguh tak berpuas hati bila akhirnya tahu bahawa aku sendiri yang buat semua tu.
Since that moment, nampak sangat dia mula asingkan aku dalam senarai peserta yang layak untuk dihormati olehnya. Aku sedar juga disiplin aku bukan bagus sangat pun. Aku selalu lambat datang dan aku selalu nampak tak beri perhatian bila sesi ceramah sedang dijalankan. Tapi memang sudah style aku mendengar macam tu, nak buat macamana. Aku tak boleh nak tumpukan perhatian bila aku tak buat sesuatu. Biasanya kalau sedang mendengar ceramah aku akan melukis atau main game. Tapi tak bermakna aku tak mendengar. Begitulah cara aku belajar dan memahami sesuatu. Ia termasuk dalam kecerdasan kinestetik dan audio visual. Mungkin dia tak boleh terima.
Terus-terang sakit betul hati aku bila ingat waktu tu. Dia buat aku macam orang bodoh. Malu kampung aku kalau tahu JU dari Sabah, khususnya dari Papar tak tahu nak mengcopy benda alah ke ppt. Apa yang menyakitkan ialah aku terpaksa membiarkan saja dia membebel-bebel marahkan aku yang baginya buta IT ni semata-mata kerana aku tak sanggup nak malukan dia. JUK ni dah tua betul orangnya, keadaan pun macam tak berapa sihat. Tapi ego dan suaranya sihat betul.
Lagi satu yang aku marah sangat dengan dia ni ialah, dia suka-suka saja edit kerja aku di ppt. Transfer itu dan ini dan mengubah ayat. Bila time present, dia juga yang banyak komplen. Padahal, kebanyakan kesilapan adalah kerana dia. Suka-suka dia saja bantai kumpulan kami tak anggap kami tak ready nak buat present. Padahal aku tak tidur malam nak menyiapkan kerja ni. Mahu saja aku cakap yang dia yang buat semua kesilapan tu. Tapi once again, aku tak sampai hati. Apa yang menyedihkan ialah, sebilangan kawan-kawan tahu apa yang dilakukannya, tapi tak berani hendak bersuara.
Selepas group kami buat present yang dibantai teruk tu, kumpulan lain mula memperbaiki kesilapan-kesilapan yang ada. Punyalah lama dia ulas hasil kerja kami dekat sejam. Apa yang aku tak puas hati lagi ialah JUK ni tidak bersikap professional. Dia tidak membiarkan kami memberi penerangan sampai habis tetapi kerap kali memotong perbicaraan dengan selantang-lantangnya. Tak pernah seumur hidup aku jumpa JUK macam ni. Selalunya JUK akan biarkan peserta buat presentation dan lepas tu baru bincang pasal kesilapan dan kelemahan. Tapi yang ni, subhanallah....tak sempat kita nak bercakap, habis dipotong-potongnya.
Lepas tu, bila time kumpulan lain present, banyak pula yang dipujinya. YAng aku benci tu, bila dia puji, dia tengok muka aku. Macamlah aku dahaga sangat kena puji. Caranya membuat penilaian pun tak telus juga. Ada satu kumpulan tu, harap presentation saja gempak sebab speakernya memang jenis happening. Banyak juga kelemahan dan kekurangan kumpulan tu. Tapi semuanya dia sudah tak nampak sebab terhibur sangat dengan aksi spontan speaker.
Aku betul-betul marah dan kesal dengan sikap JUK yang bagi aku langsung tak professional ni. Inilah kali pertama aku alami situasi yang bongok dan bodoh macam ni. Memalukan sungguh. Padahal selama ini kerja ku bagus dan selalu diiktiraf sebagai produk yang patut dicontohi. Tapi perempuan satu ni telah menjatuhkan air mukaku dan memalukan aku dengan teruk sekali. Syukurlah aku ni diajar dengan adab sopan. Kalau tak, mahu saja kusembur-semburkan laser ku ni sama dia.
Semoga Allah merahmati dia. Tapi bagi aku, aku akan kenang benda ni sampai bila-bila.
Ketahuilah, aku betul-betul benci dia!
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
Powered by Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2011
(577)
-
▼
July
(68)
- Rumput hijau
- Tengok bola Malaysia vs Singapura. Hampeh!
- Geng lepak waktu kursus
- Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2,...
- Flat 3A : Menyeramkan...!
- Tolong.... Awek aku Pontianak : Sangat membosankan!
- Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2,...
- Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2,...
- Jimmy@Azmi Bambarayon Group
- Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2,...
- Kursus dan Feedback
- Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2,...
- Lepak-lepak bawa diri
- Jom layan selera di TOKMI STATION
- Bila mimpi dibawa
- Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sabah 2011.wmv
- RUKUN NEGARA PHOTO.wmv
- Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sa...
- Perkhemahan Rukun Negara Peringkat Negeri Sabah : ...
- Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sa...
- Keningau Foot Reflexology
- Perkhemahan Rukun Negara Peringkat Negeri Sabah : ...
- Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sa...
- PERTANDINGAN OPENOFFICE.ORG 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN
- Baby kecik dan saka
- Sebuah kisah
- Berlagak miskin
- Senamrobik untuk kecergasan
- I walk slowly but I never walk backward.
- 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia membuang masa?
- Aku JUVANA mania
- Malang si malang
- Tak faham bahasa!
- Jom main badminton
- Berani kerana takut
- Aku, Arin dan Bola Sepak II
- Puisi untuk si pengkarya
- Aku pejuang kerdil
- ....(sebuah cenung panjang)
- Aku, Arin dan Bola sepak
- Gebang
- Program 1M 1S di sekolah aku
- Program Smart Zone Papar
- Indian Paper Art
- Isra' Mikraj peringkat sekolah
- Aku, murid dan kawan
- Pemuisi muda memulangkan amanah
- Kebenaran
- Aku tak suka!
- Kisah kawan aku
- Manusia ketat
- Marilah by Prema Yin? Seni yang dirosakkan
- 3,2,1 Cinta : Filem ringan yang enjoy!
- Dipaksa menjadi Jebat
- Transformer VS Perdana Park
- Cerita Tiada kaunseling
- Laddaland : Aku takuts!!!
- 1 Murid 1 Sukan Daerah Papar
- Jangan kembali
- Cinta yang bagaimana?
- Saka
- Syukur
- Joey Mcintyre - Stay The Same
- A story of cuppucino
- A mother with love
- First step : Pertandingan melukis poster PPDa
- Aku suka buat
- Jerawat oh Jerawat II
-
▼
July
(68)
0 comments:
Post a Comment