Tuesday, July 5, 2011 | By: Luna Biru

Marilah by Prema Yin? Seni yang dirosakkan

Have you watch Marilah by Prema Yin?

OMG! Ggrrrr....

Tak kisahlah siapa yang direct or siapa yang berlakon. Tak wujud sentimen prejudis di sini sebab personally aku memang minat dengan directornya (I love his hair).

Tapi, sesungguhnya, memang bagi aku MV tu amat memualkan dan langsung tak berseni. Aku tak faham apa yang sedang diperjuangkan oleh mereka yang terlibat. Malah, lirik lagu yang dinyanyikan pun tidak menggambarkan seperti apa yang telah diperjelas oleh tuan directornya. Ia adalah sebuah penceritaan melalui video klip yang salah. Lebih kurang macam klip video Hafiz, Masih Jelas bersi original dulu.

Kalau tuan directornya menganggap bahawa dia tidak mencemarkan budaya negara kita. Fine. Tak guna nak terangkan isu budaya dengan mereka yang tak lulus matapelajaran sivik dan ketatanegaraan. Tapi mungkin tuan director boleh faham antara prinsip nilai seni dan nilai komersial.

Kita faham bahawa keghairahan seksualiti dan keseksian itu adalah satu seni dan punya nilainya sendiri dalam ritma kehidupan kita. Kita boleh terima ghairah yang dipaparkan dalam filem hindustan kerana kita tahu bahawa ia menepati jalan cerita dan ia digambarkan melalui satu penceritaan yang boleh diterima. Tapi kita tak boleh nak terima keghairahan yang dipaparkan dalam filem lucah kerana ia adalah satu paparan yang tidak berseni dan lebih straight to the point. Kalau nak samakan filem lucah dengan klip ni aku rasa tak jauh bezanya. Kalau korang sudah tengok klip tu, mesti korang akan mengucap panjang melihat betapa rakusnya si penyanyi berusaha mengaut nilai seni dengan liuk lentuk tubuhnya yang tak seksi langsung. Pergerakannya seakan begitu menyeksakan dirinya dan kita yang melihat. Kalaupun tuan director nak pasarkan klip ni ke luar, maunya kena ketawakan. Aku rasa, orang barat tu lebih tahu nilai seni berbanding AJK pasukan kerja pembuat klip ni.

Adeh...sandi tul!

Kenapa tak keluarkan saja idea yang lebih bernas yang bersesuaian dengan lirik lagu ni? Contohnya ambil suasana di kelab malam dan penyanyi tu sedang buat present di stage ke, atau buat ala-ala mafia dengan all black background...banyak lagi idea yang lebih bernas. Stance mengatakan bahawa mereka adalah sepasang suami isteri yang bermain emosi is really suck! Look at the lyric, again!

To Prema, i really hate to say this, but, if you think that you can go faster in this way, yes, you will, I believe. I heard your song before and I admit you have a very good tone and courage. But, I do believe that you only can go with the achievement as a stage presenter who will perform in the happy hour tournament in a very short ages. To be a good singer, you need more than just that.

To Gambit, I adore you since the act of Suara dari Kubur. By seeing your face at first I believe that you will come with a new dimension to colour our industry, one day. It just unbelievable that the time has come. Poor thing is, it comes with a negative implication, not as what I thought you will be. I thought you are man who comes with the bucket full of arts. The sad thing is, you're not just poor in arts but also in managing self-temper. Believe me, Gambit, its really bad MV. Please, watch it again, this time, watch it from your heart.

Sincere.

3 comments:

Connie said...

hahaha...aku ingat aku jak yg meluat tgk tu vclip...cam sengsara btl aku meninguk vclip tu...

Luna Biru said...

ya ba...mau cakap seksi nda pula seksi. Setakat seksi baju mo buat apa. Banyak inai2 di kampung lagi seksi dari tu. Kita mau seksi yang berseni ba. Kuikui! Sampai hati dia seksa aku tengok benda tu.

Luna Biru said...

Hence, I think kehadiran Shah Jaszle dalam klip tu pun tidak membantu langsung. Perbezaan umur dorang jelas kelihatan hingga dia tak nampak macam husband tapi macam sugar baby.

Post a Comment