Sunday, July 31, 2011 | By: Luna Biru

Rumput hijau

Rumputmu masih hijau
sehijau punyaku
hanya kau tak pernah melihat
selalu merasa punyaku lebih baik.

Aku bosan menyakinkanmu.


Saturday, July 30, 2011 | By: Luna Biru

Tengok bola Malaysia vs Singapura. Hampeh!

Malam ni lepak di loby Beverly tonton bola di skrin besar sambil dimanjai telinga oleh live band Beverly. Memang potong stim betul tapi siapa suruh lepak di sini. Kalau tengok dalam bilik kat senang. Apapun, memang senak perut menyaksikan ketewasan skuad Malaysia untuk melayakkan diri ke Piala Dunia. Maybe kena tunggu juga skuad olimpik bawah 21 tahun untuk tebus kekalahan ni,kan?

Atau, tunggu anak-anak aku join team Malaysia? Hahaha....sakastik!

Meriah betul tengok ramai-ramai

Geng lepak waktu kursus

Hajat hati nak resign dan kosentrate dengan team multimedia aku. Sure aku akan rindu dengan geng-geng ni kan...?

Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2, Zon Sabah & WPL : Produk Seni

K guys...sini aku upload pix produk seni yang dihasilkan sepanjang kursus KSSR & PBS ni.

Flat 3A : Menyeramkan...!




Sebenarnya tak lah menyeramkan sangat. Tapi bolehlah dibanggakan meski aku kesal dengan watak pelakon lelaki yang agak kaku kayu tu (Adey Syafrien). Elemen seram dapat ditonjolkan melalui pencahayaan dan runut bunyi disokong oleh lakonan hebat Intan Ladyana. Aku rasa untuk first time nya aku suka dengan sumandak sorang ni setelah selalunya lakonannya macam tiada roh yang menghidupkan. Beberapa scene lakonan Intan yang cukup berkesan iaitu saat dia menggugurkan kandungan di blik mandi, waktu dia bawa 'Fatin' balik rumah dan waktu dia ketakutan sendiri dalam rumah di penghujung babak.

Lakonan 'Fatin' juga amat berkesan meskipun aku sudah bosan dengan scene hantu merangkak dan terbang di dinding macam filem Ju On. Aku agak tersentuh bila dia menangis memberitahu ibunya ketika ibunya sedang solat dengan erangan yang begitu menyedihkan ...: "Mak, Fatin dah balik mak...." Dapat aku rasakan kesedihan dan kesengasaraan yang dialami Fatin selama ini.

Sungguhpun banyak yang tak logiknya seperti keadaan flat yang begitu lusuh tapi untuk kadar rating bintang, aku tak kedekut nak kasi macam filem sebelum ni. Boleh dibanggakan! Tahniah!









v

Tolong.... Awek aku Pontianak : Sangat membosankan!




Inilah filem komedi yang paling kedekut aku nak kasi ketawa aku. Nasib baiklah aku ni peminat tegar Zahiril Adzim@ Daim jadi aku pun dengan bangganya ke pawagam untuk tonton filem ni. Malangnya, dari permulaan sampai akhir, aku disogok dengan lakon layar yang agak mengecewakan. Tergelak memang tergelak, tapi macam yang aku cakap awal-awal tadi, kedekut sikit nak kasi gelak. Cerita berlangsung agak lambat walhal pemilihan sub topik sudah agak berlainan dari yang lain. Satu-satunya yang agak menyelamatkan keadaan bagi aku ialah kawan Bob si Pian yang berlakon begitu selamba dengan muka yang paling poyo. Selebihnya, biasa sajalah....bintang? Maaflah...macam ketawa aku yang kedekut, bintang pun aku tak mau kasi. 

Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2, Zon Sabah & WPL : Hari k2-k4

26 Julai 2011 (Selasa)


Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia  telah bersiap sedia untuk melaksanakan kurikulum baru di sekolah rendah yang dikenali Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk murid Tahun 2 pada tahun depan.

KSSR telah diperkenal pada tahun lepas bagi menggantikan kurikulum sedia ada iaitu KBSR. KSSR menekankan 3 elemen baru dalam merentas kurikulum iaitu Elemen Kreativiti dan Inovasi, Elemen Keusahawanan dan Elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Bermula 2011, KSSR telah mula dilaksanakan bermula murid Tahun 1 dan akan disusuli pelaksanaan murid Tahun 2 pada 2012.

Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2, Zon Sabah & WPL : Penutupan


Peserta DSV 
 Majlis penutupan bermula jam 11.00 pagi dimulakan dengan ucapan perasmian oleh PUAN HAJAH MOKOLUS KATTUBAWA ROWTHER, Timbalan Pengarah Kemanusiaan BPK. Selepas tu, peserta diberi sijil pelantikan sebagai JU mewakili mata pelajaran masing-masing. Tak banyak yang aku boleh kongsi kecuali sedikit harapan pihak perasmi dan urusetia agar pihak JU bertindak proaktif dalam menyampaikan setiap curai informasi yang telah diterima di daerah masing-masing. Semoga aspirasi kerajaan dalam membentuk generasi baru menerusi KSSR akan tercapai dengan jayanya.

Sepanjang sesi penutupan yang dimeriahkan oleh peserta DSV

Jimmy@Azmi Bambarayon Group

Jyme@Jimmy Azmi
Tak banyak yang aku tahu pasal cikgu satu ni. Kami baru bertegur di hari terakhir kursus. Orangnya memang optimis dan wasy going. Seronok berbual dengannya sampai tak sedar kami sudah terlewat untuk masuk ke dewan kuliah. Bila waktu sesi penutupan, baru aku tahu rupanya dia ni penyanyi Sabah. Sudah buat kompilasi pun dengan kumpulannya yang bernama Bambarayon. Aku tak sempat nak tanya lebih lanjut pasal kumpulan dorang ni. Aku juga tak sempat minta nombor phone dia untuk buat promosi album dia di blog aku. Bila aku google, satu maklumat pun tiada berkenaan dorang ni. Sedihnya....hajat hati mau tolong industri tempatan sendiri. 

Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2, Zon Sabah & WPL: Hari terakhir

Hari ni, 29 Julai 2011, Jumaat, merupakan hari terakhir kami mengikuti kursus ni. Sepatutnya, pagi ni kami membentangkan band PBS yang sudah diarahkan kelmarin. Malangnya, ramai yang tidak dapat menyiapkan tugasan sebab semalam sibuk tengok Malaysia lawan Singapura. Oleh kerana kumpulan kami merupakan kumpulan pertama, maka kami tetap tak boleh lari dari tugasan tersebut.
Friday, July 29, 2011 | By: Luna Biru

Kursus dan Feedback

Korang percaya tak kalau aku cakap rupanya aku; si JU ICT (was), si team multimedia dan memang sah2 terkenal dengan kecanggihan projek maya ni sebenarnya tak tahu macamana nak copy table dari words ke powerpoint?

Percaya tak?

Aku pun tak percaya.

Tidakkah sia-sia saja aku menjawat jawatan ICT selama ini kalau perkara asas dan simple macam tu pun aku tak dapat kuasai?

Cessss!!! Memalukan sungguh!

Kursus Induksi Jurulatih Utama KSSR & PBS Tahun 2, Zon Sabah & WPL


Hari ni (25 Julai 2011), Isnin, aku dengan rasminya mengikuti kursus JU untuk tahun 2. Kursus ni berlangsung selama 5 hari bertempat di Beverly Hotel, KK. Hasrat untuk melepaskan jawatan ni belum tercapai lagi untuk tahun ini. Mungkin lepas ni aku bersara. Ye ke? Haha...tak tahulah....
Saturday, July 23, 2011 | By: Luna Biru

Lepak-lepak bawa diri

Hari ni temankan cousin aku g shopping beli langsir di Segama dan Sinsuran, KK. Ngalih juga betis bila berjalan jauh begini,kan? Tapi best dapat lepak-lepak berdua dengan princess aku menjadikan ladies go out kami menjadi meriah sekali.

Waterfront...KK & CP
Bot kecil named Nur Aleyah

Jom layan selera di TOKMI STATION


Tengahari tadi sempat singgah di restoran TOKMI Station terletak di Lot 20, Tingkat bawah, Sadong Jaya Komplek, KK. Ada bermacam-macam menu yang disediakan sesuai dengan selera pelanggan. Restoran ni baru saja dibuka sekitar Disember, 2010. Namun, pemilik restoran ini iaitu Hijrah Food Industries sudah lama berkecimpung dalam bidang katering. Berkonsepkan ala-ala warung moden, restoran ini menyediakan hidangan nasi daun dengan pelbagai jenis lauk seperti gulai ikan, nasi kerutup dan ayam kurma. Menu lain juga disediakan seperti roti johan, roti temali dan roti kay bee. Semuanya memang menepati citarasa anda.

Jom layan selera kita di TOKMI Station!
Friday, July 22, 2011 | By: Luna Biru

Bila mimpi dibawa

Mimpi buruk lagi.

Berludah di kiri bersama salawat dan insyirah pula adalah satu konsekuen yang paling sinonim pada sebuah mimpi ngeri yang semakin dramatik setiap kali.

Ada kubur.
Ada mayat.
Ada ular.
Ada pengunjung yang berwajah aneh.
Ada objek-objek yang terasa asing.
Terbaru, ada ulat putih.
Terkini, ulat itu wujud ke alam nyata. Mengerumuni katilku saat aku terjaga seakan aku adalah sekotor itu untuk dilumuri sang ulat mayat.

Bila objek di alam mimpi di bawa ke alam jaga, wajarkah aku masih tidak mengambil endah?
Kurasa ia bukan sekadar amaran. Tapi sudah benar-benar melepasi batas kewarasan.

Ah, sihir lagi. Kiriman paling langka untuk memusnahkan seluruh pertahananku yang kian menipis. Enyahlah kau sihir! Kenapa suka sekali mendekati aku dan menyakiti aku?

Entah manusia mana lagi yang berhajat untuk memusnahkan aku kali ini.

Entah manusia mana lagi yang telah kusakiti sebegitu rupa hingga membalasku dengan cara yang naif begitu?

Entah.

Jahat sangatkah aku?
Monday, July 18, 2011 | By: Luna Biru

RUKUN NEGARA PHOTO.wmv


Very slow clip. Will do better soon. Enjoy!

Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sabah : Day 4

Its time to go home....

Ah...leganya....sebuah perjalanan yang panjang lagi melelahkan.

Home is always the best ya...

Tak kisahlah betapa buruknya ia.

Atau bingitnya ia.

Atau semak, sesak dan membengangkan.

Tapi bila nampak bumbung rumah pun sudah buat kita lega.

Di rumah ada cinta.

Ada kehidupan.

Ada kepastian. 

Mudah-mudahan semua itu kekal di situ...

Amin...

Perkhemahan Rukun Negara Peringkat Negeri Sabah : Final Entry

Terima kasih kepada Pejabat Pelajaran Daerah Keningau yang telah mengelolakan Perkhemahan Rukun Negara Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah 2011. Perkhemahan ini telah dijayakan selama 3 hari 3 malam bertempat di SK.Kg. Keningau, Keningau.

Tahniah atas komitment yang padu dari semua pihak. Semoga objektif program ini dapat dicapai dengan jayanya.


http://rineyramley.blogspot.com/2011/07/perkhemahan-rukun-negara-peringkat.html
http://rineyramley.blogspot.com/2011/07/delayed-entry-16-julai-2011-masuk-hari.html
http://rineyramley.blogspot.com/2011/07/perkhemahan-kelab-rukun-negara.html

Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sabah : Day 3

(Delayed entry : 17 July,2011)

Fine. This is the final day.

Acara hari ni bermula dengan permainan yang memerlukan kerjasama pasukan dan strategi. Lepas tu, sesi deklamasi puisi. Macam biasa, kumpulan 1 aku tetap kantoi. Huhu...petang pula acara raptai yang agak kelam kabut sikit. Tapi syukurlah, semuanya berjalan lancar pada malam perasmian. Meskipun tuan perasmi berucap agak panjang lebih dari 20 minit, tapi majlis tetap berlangsung meriah dengan pelbagai persembahan peserta.

Malam ni aku tidur di kem. Tetiba saja jadi guard kawal budak-budak yang tak mahu tidur walaupun jam sudah menunjukkan 1 pagi. Terpaksalah aku memecahkan keayuanku malam ni semata-mata hendak tidurkan budak-budak ni. Nasib ada member baru, name Encik Mahadir. Dan, nasib baik juga bebudak ni dengar cakap akhirnya.

Fuh! Memang meriah malam ni.

larian kingkong bawa bola

Keningau Foot Reflexology

Pada anda yang berada sekitar daerah Keningau, juga di negeri Sabah,  jom jaga kesihatan di Keningau Foot Reflexology yang dimiliki oleh Encik Bujang Jalil. Pelbagai perkhidmatan alternatif disediakan di sini seperti rawatan refleksology, bekam, urut dan terapy e-man

Anda pasti akan dilayan dengan layanan yang mesra dan pada kualiti servis yang sangat menguntungkan!

Perkhemahan Rukun Negara Peringkat Negeri Sabah : Day 1

(Delayed entry : 15 Julai, 2011)

Akhirnya tiba juga kami di sini : SK. KG. KENINGAU untuk Perkhemahan Rukun Negara Peringkat Negeri Sabah. 10 orang peserta dari Papar terpilih untuk mengikuti perkhemahan ni. Empat daripadanya adalah dari sekolah aku, sementara selebihnya dari Sk.Pekan dan SK.St.Joseph.

Program agak padat sepanjang hari ni, walaupun semuanya baru bermula. Bermula dengan akitviti pecah bedungan pada waktu petang dan tayangan dokumentari kemerdekaan pada waktu malam. Secara kesseluruhannya, malam ni agak slow sikit progress. Mungkin bebudak ni masih penat berjalan jauh.

Malam ni aku stay tempat cousin aku, Encik Bujang Jalil yang merupakan pakar reflexology di daerah Keningau ni. Will update more about his clinic in next entry.

Sekarang mau tidur lu. Enjoy the pix....!

Peserta dari Papar

Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Sabah : Day 2

(Delayed entry : 16 Julai 2011)

Masuk hari kedua.

Pagi ni suasana agak lembap sebab bebudak ni tak tidur semalamam. Biasalah tempat baru. Lebih-lebih pagi ni slot mengenai lagu patriotik yang dikendalikan oleh Encik Jhonny. Bila tiba waktu petang, baru meriah sikit suasana dengan slot Senamtari 1 Malaysia dan permainan tradisional.

Malam pula pertandingan malam kebudayaan. Kumpulan aku dapat nombor 9. Hahaha!

Peserta yang pura-pura tekun
Sunday, July 17, 2011 | By: Luna Biru

PERTANDINGAN OPENOFFICE.ORG 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN


PERTANDINGAN OPENOFFICE.ORG 2011 PERINGKAT KEBANGSAAN KATEGORI SEKOLAH SEMPENA HARI PERISIAN SUMBER TERBUKA DAN PERSIDANGAN PROGRAM SUMBER TERBUKA MALAYSIA 

(MyGOSSCON 2011)

(Delayed entry : 15 Juy, 2011)

Aku tak percaya yang aku benar-benar menyahut cabaran PPD untuk sertai pertandingan ni. Mulanya rasa macam mau give-up memandangkan masa yang diberikan amat suntuk. Tapi syukurlah, akhirnya aku dapat juga siapkan semuanya dalam masa kurang dari 12 jam sebelum berangkat ke Perkhemahan Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri tengahari ni. Aku mulakan operasi jam 10 malam dan berakhir pada jam 9 pagi. Apa hasilnya, terserahlah pada panel penilai. 

Sekurang-kurangnya, ada juga wakil Sabah yang meramai-ramaikan acara pertandingan ni.

So, mau tidur jap sebelum packing dan berangkat ke Keningau.
Thursday, July 14, 2011 | By: Luna Biru

Baby kecik dan saka


Ada baby kecil baru lahir 7 hari yang kulawat petang tadi atas desakan umi. Baby ni kalau kira family tree boleh dianggap macam cucu aku. Huhu...

Comel babynya. Tak sempat mau ambil gambar sebab aku terlupa bawa kamera. Abang pinjam pagi tadi lupa mau minta balik. Mau ambil guna hp, hp pula habis betri. Kuikui! Memang tiada rezki mau ambil pix si kiut tu.

Sebuah kisah

Aku dapat cerita ni dari blogwalking. Pada anda yang ingin menjelajah lebih cerita, silalah ke sana.

Cerita ni memberi kesan yang mendalam pada aku.

Renungkanlah....Insya Allah, ia memberi sesuatu kepada anda juga. Amin....


(Umum) Sup Tulang Yang Dah Di Makan

Bismillahirrahmanirrahim.....
Sekadar renungan…. …….buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

Berlagak miskin

Dia cakap aku ni berlagak miskin, pura-pura miskin dan berlakon miskin. So, kesannya, semua orang kesian sama aku.

Ya kah?

Sudah berbelas tahun aku dengar dialog ni.

Soalnya, bukan aku berlagak miskin, pura-pura miskin dan berlakon miskin. Aku tak cakap aku miskin. Aku juga tak cakap yang aku ni kaya. Aku cuma....merasa bahawa diam itu lebih baik. Aku tak heboh kalau aku ada, dan aku juga tak merungut kalau aku tiada. Bukannya aku senang mana pun. Cuma, itulah...begitulah aku...

Aku sudah bosan dengar semua ni.
Tuesday, July 12, 2011 | By: Luna Biru

Senamrobik untuk kecergasan

Setelah berkali-kali dipujuk Along, maka aku pun tunaikanlah juga permintaannya untuk ke senamrobik petang ni. Aktiviti ni dijalankan setiap Selasa jam 8.00-9.00 pm.

Bestlah juga kasi keluar-keluar peluh.

Bukannya ramai pun...kami-kami ja. Yang depan sekali tu, the instructor. Yang baju kuning tu, bukan
orang bersih tau!
Inilah saja orangnya...siap bawa anak lagi
Pelik si Adam tengok ibu dan mamanya. BTW, inilah kakak aku,Along. 

I walk slowly but I never walk backward.



Ada berita baik hari ini.

Akhirnya kami dapat sambung belajar juga setelah dua tahun tertangguh tanpa alasan yang munasabah.

Syukurlah rayuan  kami diterima meskipun terpaksa tampil dengan bermacam cerita setelah hilang tanpa pemberitahuan rasmi kepada pihak urusetia. Meskipun jua terpaksa menanggung sendiri kos yuran kerana perjanjian dengan KPM telah tamat, namun aku tetap bersyukur kerana tidak dikenakan penalti. Meski sudah agak jauh terlewat berbanding rakan-rakan yang sudah konvo dan mencapai DG41, tapi aku bersyukur akhirnya kami akan menyusul juga.

Hanya tinggal 1 semester saja lagi untuk kami berdua mencapai grade. Kuliah akan bermula pada bulan September nanti.

Ada juga yang tanya kenapa sorang tangguh, sorang pun bertangguh juga? Aku pun tak tahu jawapannya. Mungkin tak lengkap rasanya kalau salah seorang dari kami berjalan lebih awal ke depan. Mesti juga sama-sama. Bukankah kami pasangan serasi sedunia, bak gelaran yang diberikan pada kami selama ni.
Haha...lucu betul gelaran tu.

Apapun,
Aku betul-betul bersyukur. Terima kasih, ya Allah.
Terima kasih pada pihak OUM yang sedia membantu dan memberi peluang.

I walk slowly but I never walk backward.
Thanks to Aning who telling me this.


Monday, July 11, 2011 | By: Luna Biru

1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia membuang masa?

Ini feedback dari program 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia yang telah mencipta sejarah di Malaysian Book of Record pada 2 Julai 2011 yang lepas.

Waktu blogwalking aku terbaca feedback dari guru-guru, ibu bapa dan beberapa individu yang menganggap bahawa aktiviti ni merupakan suatu hal yang negatif. Mereka menganggap bahawa aktiviti ni adalah membuang masa, suatu pemaksaan dan dipolitikkan.

Lama aku tercenung depan skrin monitor.

Aku JUVANA mania


Tinggal seminggu saja lagi sebelum berakhirnya drama bersiri JUVANA di TV3. Satu-satunya rancangan keluaran TV3 yang aku tengok. Nasiblah aku sudah jadi mania dengan cerita ni. Kalau tidak, tak mungkin aku sanggup tercongok depan kaca TV menghadap iklan yang lebih panjang dari drama. Biasalah....TV3....!

Tapi memang best gilak lah cerita ni. Selain AF dan Maharajalawak, inilah slot yang buat kami sekeluarga berhimpun bersama setiap minggu. Tak sanggup rasanya bila membayangkan bahawa JUVANA akan berakhir minggu depan pada episod yang ke-13. Sungguhpun hakikatnya, aku memang mahu tahu sangat apa kesudahan cerita ni terutamanya bila terjadi klimaks yang amat mengejutkan tadi.

Pada anda yang belum pernah menonton drama ni dengan alasan tak pernah tengok cerita melayu, atau tiada masa atau malas tengok TV, jomlah luangkan sedikit masa anda. Anda takkan rugi! Percayalah!

Malang si malang

Petang tadi, kira-kira jam 5, anak buahku Aiman tercedera ketika melakukan aksi ganas di rumah. Kepalanya terhantuk meja makan marble yang berharga beribu-ribu ringgit tu hingga pecah. I mean, meja tu, bukan kepalanya yang pecah. Kepalanya bengkak dan benjol saja. Dia mengadu sakit kepala dan hampir pitam. Oleh kerana waktu kejadian tu, parents dia tiada di rumah, maka kami (aku dan abang) pun hantar dia ke hospital, terus ke rawatan kecemasan.
Sunday, July 10, 2011 | By: Luna Biru

Tak faham bahasa!


Baru saja aku terima panggilan telefon tepat jam 9.56 minit malam. Nombor itu tidak terdaftar dalam senarai phonebook ku jadi aku tak tahu siapa yang menelefon di tengah malam begini. Pasti ada urusan mendadak. Lalu aku pun menjawabnya.

Dan, aku menyesal sungguh menekan butang hijau di papan kekunci telefon selularku itu.

Ia adalah panggilan yang selama ini aku cuba elakkan.

Panggilan dari seseorang yang sama sekali tidak ku senangi kehadirannya dalam hidupku.

Entah kenapa manusia itu tidak tahu erti jera dan terus-terusan menganggu aku!

Aku benci!!!

Jom main badminton

Janji kukota hari ini.

So, bawa bebudak yang tak pernah dewasa ni ke dewan tertutup di SMU Islamiah Pantai Manis, Papar untuk bermain badminton.

Hentamlah korang....

Game 1 : Anak Talip vs Anak Azmi

Berani kerana takut

NONE

Demontrasi.

Sejauh mana hakikat ini boleh mengubah dunia?

Sejauh mana pemimpin demontrasi bisa menjamin bahawa perkumpulannya akan tersedia aman?

Semampu apa pengikut demontrasi berjanji tidak akan membuat onar?

Sebesar apa keyakinan kita bahawa tidak ada pihak yang menangguk di air keruh pada saat demontrasi dijalankan?

Sejujur apa niat dan perjuangan yang diperjuangkan dari saat idea ini muncul hingga saat ia dilaksanakan?

Jawapannya : Nil. Kosong.
Saturday, July 9, 2011 | By: Luna Biru

Aku, Arin dan Bola Sepak II

Ada banyak implikasi kepada peristiwa Aku, Arin dan Bola Sepak kelmarin. 

Satu implikasi positif kukira. Ianya bagai membuka mata semua pihak hingga masing-masing menyedari betapa kecintaan seorang kanak-kanak terhadap sesuatu bisa saja mengubah dunia. Ya. Sejak peristiwa kelmarin, ramai yang sudah membuka mata dan mula mengambil satu langkah untuk melunasi mimpi Arin dan rakan-rakannya. 

Pertama; Aku bertekad untuk mengajukan permohonan kepada mana-mana YB untuk memberi sponsor untuk mengadakan perlawanan Bola Sepak Bawah 12 tahun (soccer kid). Aku sendiri akan jadi pihak pengajur dan kalau pun aku tidak berkemampuan untuk menjadi pengajur, aku akan cari mana-mana pihak untuk melakukannya. Aku yakin aku mampu melakukannya. Memang tidak mudah. Tapi juga tidak mustahil.

Puisi untuk si pengkarya


Puisi ini kutujukan khusus buat sang pengkarya hebat suatu masa dulu. Pencetus sumber inspirasi dan penjana modal insani dalam diriku hingga aku mampu menjadi pengkarya.


Kau sudah setua pokok kepala di depan rumahku
Rambutmu yang putih dan panjang melepasi bahu itu
adalah bagai upih yang berjuntai jatuh di atas dahan.
Tapi, bukankah kau memang sebegitu dari dulu?
Bahkan ketika ubun-ubunku masih merah,
tampangmu sudah setua begitu.
Atau, kau sebenarnya belum tua?
Hanya saja kau mahu dilihat sedikit berbeza.
Seperti, pohon kelapa itulah...

Namun,
meski ubun-ubunku masih merah jambu waktu itu,
aku tetap menjadi pemujamu
aku mengagumi karya-karyamu
bahkan penggemar segalanya tentangmu.
Aku pernah bermimpi untuk menjadi sehebatmu
Malah sampai kau mengagumi aku.
barulah akan aku katakan padamu,
bahawa kaulah sumber ilhamku,
pencetus kepada kejayaanku
dan pembawa tuah pada kehidupanku.

Kini,
ubun-ubunku sudah sekeras buah kelapa yang jatuh
ke tanah,
dan kau pula, sudah bukan lagi jadi pengkarya yang
mengujakan
Alangkah sayangnya kau tak menunggu aku
sedang kini langkahmu sudah bukan langkah yang
bisa kuikut lagi.

Boleh kau berhenti di situ dan kembali ke sini?



Puisi ini kutujukan khusus buat sang pengkarya hebat suatu masa dulu. Pencetus sumber inspirasi dan penjana modal insani dalam diriku hingga aku mampu menjadi pengkarya.

Aku pejuang kerdil


Aku hanya pejuang kerdil.
Setiap minggu, aku memimpin muridku
menyanyikan lagu Negaraku.
Aku juga mengajari mereka tentang
cara menaikkan bendera.
Aku membimbing mereka setiap detik
agar jadi manusia berguna.
Aku meleteri mereka agar mereka
tahu adab, tahu sopan dan tahu diri.

....(sebuah cenung panjang)


Aku mungkin tak ragui niatmu
Aku mungkin tak nafi kejujuranmu
Aku mungkin tak salahkan perjuanganmu.

Aku cuma takut kau mungkin tak kan menang.
Ya. Atau,
Kau mungkin akan kecundang
bahkan,
sebelum kau sempat perjuang.
Atau kau mungkin akan tewas dalam dendam.
Bukan dendammu,
tapi dendam mereka.
Bukankah mereka adalah si penangguk di air keruh?

Kalau kau benar,
aku pasti berdiri di sisimu.
Asal saja kau tak melalui sebuah rally yang salah.
Salah pada awalnya, selalu juga salah pada akhirnya.
Jangan kau lewatkan jalan itu lagi.
Pasti punya jalan lain.

http://www.enciknakal.com/2011/07/laporan-berita-terkini-bersih-20-9.html

Aku, Arin dan Bola sepak

Ada pengajaran paling besar dalam hidup aku hari ni.

Entah mahu menangis atau mahu marah.

Entah mahu salahkan diri sendiri atau salahkan situasi atau si pembuat masalah.

Yang pastinya, peristiwa ini adalah satu hentaman kuat dalam hidupku sampai bengkak dah hati dan kepalaku memikirkannya.

Ini kisah anak sulung aku. Arin. 12 tahun (tingkatan 1).

Pada yang membaca, tolong kasi aku satu kata-kata semangat. Please give me positive response.

Gebang

Semalam ke rumah makcik aku sebab cucu dia akan berkahwin pada minggu depan. Hajat hati mau tolong-tolong kerja tapi belum ada apa-apa yang boleh dibuat. So, lepak-lepak sajalah...Ni pix aku ambil sempena pertemuan pertama anak-anak aku dengan cousin dua kalinya. Maybe pix ni berguna lagi sepuluh tahun akan datang...huhu...

Program 1M 1S di sekolah aku

Program ni berjalan setiap hari Selasa, dari jam 7.10-8.10 pagi. Sudah nampak ketelusannya. Syukurlah....

Program Smart Zone Papar

Pagi ni bertugas jadi pengawas pada program yang tersebut di atas. Hmm...seronok tengok bebudak ni jawab soalan dengan mudah dan cepat. Tahniah....

Indian Paper Art


 Pada hari Selasa lepas, seorang India yang mengaku guru dari India telah datang ke sekolah untuk menjual kesenian negara India di sekolah kami. Secara rasionalnya, memang bagus, memperkenalkan budaya negara kita ke negara orang lain. Tapi soalnya, yang buat aku tak puas hati, kenapa salesman macam ni dibenarkan di sekolah, apalagi apa yang dijualnya tidak berkaitan dengan PnP murid? Maaf, mungkin aku agak kolot. Aku cuma menganggap bahawa hal sebegini tidak perlu.

Hari pertama, si cikgu ni datang dan membuat taklimat selama lebih setengah jam. Hari kedua, dia dengan biadapnya, masuk dari kelas ke kelas dan menjual barangannya; tanpa salam, tanpa ketuk pintu dan tentu saja, sangat menganggu PnP. Sudahnya, magik yang dilakukannya pada seninya tidak mampu dilakukan oleh murid-muridku. Belum pun tamat sekolah, kertas layang-layang sudah berhamburan sepanjang koridor. Aku terbayang-bayang betapa susahnya si ibu mencari duit RM5 untuk anaknya yang menangis-nangis untuk membeli barang yang dijualnya.

Aku janji akan perjuangkan tanda laranagan NO SALESMAN dipintu pagar sekolah.

Isra' Mikraj peringkat sekolah

Pada 8 Julai 2011 (Jumaat), diadakan sambutan maal hijrah peringkat sekolah. Program hanyalah sekisar ceramah sejarah Isra' Mikraj. Mudah-mudahan program ni berkesan untuk generasi muda kita. Apa yang paling membanggakan, seramai 10 orang murid sekolahku berjaya menjawab semua soalan kuiz yang diberikan setelah ceramah selesai dijalankan. Tahniah....itu bermakna mereka betul-betul mendengar.

Friday, July 8, 2011 | By: Luna Biru

Aku, murid dan kawan

Berikut adalah perbualan antara aku dan beberapa orang muridku. Perbualan seperti ini sering berlaku di dalam diary kehidupan seorang guru. Perbualan yang berbentuk pertanyaan yang sering membuat kita selalu mengerutkan kening dan mengerah lebih banyak persediaan mental dan psikologi serta kesabaran untuk menjawab.
Malahan, perbualan seperti ini juga sering berlaku antara seorang ibu dan anaknya. Jadi, pandai-pandailah kita menangani situasi macam ni.
Nota : (?) untuk situasi mengerutkan kening.
Thursday, July 7, 2011 | By: Luna Biru

Pemuisi muda memulangkan amanah



Sayang sekejap sangat. Tapi memang berkesan. Kalaulah aku boleh tengok lebihnya....


http://www.youtube.com/user/cikguloh

Kebenaran

Setiap yang benar
betapa ditekan
tetap menjalar,
tanpa dibaja,
kan tetap mekar,
tanpa udara pun
kan tetap segar.

Benih Harapan
1973



Wednesday, July 6, 2011 | By: Luna Biru

Aku tak suka!

Aku tak suka bila sesuatu persoalan itu dibincang berlama-lama.

Terlalu banyak kalau yang menjadi tanda tanya hingga memaksa kita memikirkan kebarangkalian dan kemungkinan.

Kalau itu
Kalau ini
Kalau
Kalau
Kalau
Kalau
Kalau

Bosan!

Memang kita perlu memikirkan kemungkinan atas sesuatu beristilah kalau. Tapi tidak semua perlu dibahas sedang yang dipersoalkan belum pasti dapatkah tidak.

Kisah kawan aku

Ini kisah perihal kawan aku...

Kawan aku yang selalu buat aku marah2. Aku selalu tuduh dia sengaja provoke marah aku supaya kami bertengkar. (Well, dari dulu pun memang kami selalu bertengkar pasal hal-hal kecik dan dia pula macam sangat menikmati situasi itu). Dia selalu tanya aku soalan dan bila aku dah jawab, dia akan tanya lagi dan lagi seolah-olah aku belum jawab soalannya. Kadang, aku pun pelik. Maybe sebab jawapanku tu tidak memenuhi kehendak soalannya atau once again, dia sengaja pancing marah aku atau, semamangnya dia benar-benar tak faham denga penerangan aku. 

Kadang aku fikir aku ni bodoh sangat sampai tak boleh nak terangkan benda yang mudah pun untuk dia. Ata, diakah yang bangang sampai tak dapat nak faham benda yang mudah yang aku terangkan? Di mana kesilapan pada komunikasi kami sebenarnya?

Manusia ketat

Tolong!

Terseksa rasanya bila deal dengan manusia ketat.

Ada ketat peraturan, ada juga ketat dengan prinsip.

Lebih-lebih lagi kalau ketua yang ketat.

Longgar-longgarlah sikit babe...
Tuesday, July 5, 2011 | By: Luna Biru

Marilah by Prema Yin? Seni yang dirosakkan

Have you watch Marilah by Prema Yin?

OMG! Ggrrrr....

Tak kisahlah siapa yang direct or siapa yang berlakon. Tak wujud sentimen prejudis di sini sebab personally aku memang minat dengan directornya (I love his hair).

Tapi, sesungguhnya, memang bagi aku MV tu amat memualkan dan langsung tak berseni. Aku tak faham apa yang sedang diperjuangkan oleh mereka yang terlibat. Malah, lirik lagu yang dinyanyikan pun tidak menggambarkan seperti apa yang telah diperjelas oleh tuan directornya. Ia adalah sebuah penceritaan melalui video klip yang salah. Lebih kurang macam klip video Hafiz, Masih Jelas bersi original dulu.

3,2,1 Cinta : Filem ringan yang enjoy!


Best filem ni. Baru saja aku selesai menontonnya di ASTRO FIRST. Jalan ceritanya mudah dengan resipi yang sudah dijangka. Tapi aku salute pada garapan dan lakonan Diana Amir dan Pierre Andre. Aku suka penghayatan watak pengkid Diana yang nampak bersahaja. Part paling best bila Sam meminta maaf pada Ayam. Meski banyak yang kurang mencengkam terutama scene Sam akhirnya membuat keputusan dengan pilihannya, namun untuk genre ringan-ringan dan enjoy, bolehlah....

Apapun, memang enjoy gilak tengok filem ni.
Monday, July 4, 2011 | By: Luna Biru

Dipaksa menjadi Jebat


...kita sebenarnya kadang-kadang tidak berniat menjadi penderhaka. 

Atau, adakah istilah yang menghalalkan satu ungkapan bahawa kita tak sengaja jadi penderhaka?

Habis tu, kalau sudah diri tertindas berulang-ulang tanpa keadilan, atau manipulasi dan birokrasi semakin merentang membatasi kebenaran, macamana?

Maka, batallah yang benar kerana yang batil sudah menjadi raja.

Lalu kita pun kalut mempertahankan diri hingga akhirnya memaksa kita menjadi penderhaka. 

...oh, tolonglah....adakah itu langkah terakhirnya?

Sunday, July 3, 2011 | By: Luna Biru

Transformer VS Perdana Park

Ia adalah perbandingan yang fatal.

Perbandingan yang tidak sepatutnya diperbandingkan.

Tapi aku akan ingat hari ini sebagai hari perbandingan yang sangat menyakitkan.

Sangat menyakitkan sampai aku berjauh hati.

Jauh sangat.....

Ah...mana mungkinlah dunia Transformer dengan dunia Perdana Park dapat digabungkan. Sama macam dunia Pantai Manis yang tidak dapat digabungkan dengan Kedai game.

Aku sepatutnya sedar itu.

Dan aku tak sepatutnya memaksa keadaan. Tapi, salahkah memenuhi sebuah permintaan yang sudah berkali-kali diajukan tanpa penolakan? Penolakan itu sudah terlalu kerap baik dari mimik muka mahupun perkataan. Kenapa aku mesti melalui sebuah fasa yang sukar untuk memenuhi permintaanku? Padahal, aku sudah berusaha dengan segala dayaku memenuhi segala kemahuannya?

Bodohnya, aku tak sewajarnya meminta balasan.

Tapi, salahkah?
Saturday, July 2, 2011 | By: Luna Biru

Cerita Tiada kaunseling


Baru aku mendapat feedback negatif dari filem pendekku, Cinta Seorang Guru.

Kononnya, watak guru yang dimainkan oleh Cikgu Rosli dan aku pada filem tu tidak menunjukkan ciri-ciri seorang guru sejati yang mengaplikasikan ilmu kaunseling dan psikologi dalam menangani murid.

Itu memang aku akui.

Sebab, memang disengaja.

Laddaland : Aku takuts!!!


Aku pun tak tahu kenapa aku boleh terjebak dengan filem Laddaland ni. Mungkin sebab aku curious sangat dengan amaran keras pada kaunter tiket yang menyekat kemasukan bawah 18 tahun untuk menonton filem ni. Jadi, atas desakan rasa ingin tahu, aku pun dengan nekadnya menonton filem ni sorang-sorang selepas abang memilih untuk menonton Transformer : Dark of the Moon. Huhu...tapi daripada aku temankan dia tengok Transformer, lebih baik aku betting tengok filem seram Thai yang aku sendiri tak tahu hujung pangkalnya ni.
Friday, July 1, 2011 | By: Luna Biru

1 Murid 1 Sukan Daerah Papar

Hari ini berlangsung program serentak seluruh negara 1 Murid 1 Sukan. Program ini bermula seawal jam 7.00 pagi di Dewan Masyarakat Datuk Salleh Sulong, Papar. Seramai 9 buah sekolah menengah dan rendah terlibat dalam acara ini sementara sekolah yang lainnya, menjalankannya di sekolah masing-masing.

Acara bermula dengan pemanasan badan senamrobik. Larian bermula tepat jam 7.45 pagi dan berlangsung sejauh 1.5 km dari Dewan Masyarakat mengelilingi Pekan Papar. Penuh sesak Pekan Papar dengan pelajar,ibu bapa dan guru. Lepas tu, sementara tunggu YB Rosnah datang untuk merasmikan majlis pelancaran, kami semua dihiburkan dengan senamtari dan pelbagai persembahan dari SMK St.Joseph,Papar.

Meriah. Memang meriah.

Senamrobik

Jangan kembali

fall-leaves.jpg

Aku mahu kau pergi
jauh dari duniaku
pergi dan jangan kembali lagi
sudah kubebas kau dari menghuni
penjara hatiku.

Basi kusimpan wajahmu
dalam mimpiku
hingga bergiuk ulat jantungku
menyembunyi rinduku
di balik hijab seorang kekasih.

Cinta yang bagaimana?


Katamu cinta selalu ada.

Ya, cinta memang selalu ada.
Meski aku sudah beratus kali
curang pada cintamu.

Mengertikah kau?
Bahawa cinta saja tidak cukup 
Ada sesuatu yang lebih besar 
dari sekadar cinta.
Tanpa pengabdian, 
ketulusan dan 
keikhlasan,
sesunggunya cinta itu tidak akan bawa
kita ke mana-mana.

Cinta memang selalu ada
Tapi, cinta yang bagaimana
yang kita sediakan untuk kita?


Saka


Apa rasa yang kau hantar ini?
Memeras ugut raksa wanitaku 
hingga aku harus menjadi si penderhaka suami?

Setan apa yang kau hantar itu
yang nongol di depan pintu
yang hinggap di balik punggungku
yang berludah di balik bedak sejukku?

Mantera apa yang kau baca itu
hingga aku terlungu menatap matamu
yang merah berahi
menunggu kerdip mataku hingga nanti
bisa saja sial semuanya
saat kau sudah mengaut untung.

Ambillah balik semuanya
satu pun aku tak mahu.
Bilang saja pada iblismu
bahawa aku punya malaikat sendiri
yang sentiasa kejutkan aku dari mimpi ghairah
lelaki sepertimu. 

Syukur


Langitmu biru
begitu juga langitku
Hutanmu hijau
seperti punyaku.
Lantas apa lagi yang mengecewakanmu?
Bukankah sama saja semuanya?
Sama merahnya seperti darah kita.

Sati-satunya yang membuat kita semua berbeza
adalah iman.
Barangkali iman itu warnaya putih.
Aku tak tahu apa warnamu.
Punyaku? Pasti sudah kelabu asap.
Irikah kau pada warnaku?

Bersyukurlah....


Joey Mcintyre - Stay The Same


Apa yang nak dibanggakan sangat dengan hidup ni?

Mungkin hari ini aku lebih baik dari kau

Sedang ada orang lain lebih baik dari aku hari ini.

Dan kau?

Kita punya ruang untuk sentiasa jadi yang terbaik

dengan cara kita sendiri.


A story of cuppucino

A mother with love


Ni hadiah oleh seorang ibu kepada puteri tunggalnya sempena hari ulangtahunnya yang ke tujuh. Demi dia yang tercinta, si ibu telah datang ke sekolah dan menyerahkah cup cake yang comel-comel ni kepada guru kelas anaknya. Si ibu minta agar guru kelas membagi sama adil kepada semua murid di kelas anaknya.

Wah...hebat sungguh. Dengkinya...kalaulah aku mampu buat begitu ngan anak aku, sure dorang bangga gilak punya.

First step : Pertandingan melukis poster PPDa

Ciptaan Loonie. Kena reject sebab landskap. Mukataip pun warna hitam. 
Karya Nisa. Cantik! Tapi dia guna warna hijau mentah. 
Ni dua poster yang murid tahun 6 aku siapkan pagi tadi sempena Pertandingan Poster PPDa peringkat daerah. Ni kira audition lah sebelum aku akhirnya memilih peserta yang benar-benar layak untuk bertanding. Banyak lagi sebenarnya tapi semua aku pulangkan balik suruh buatg pemurnian. Kali ni aku nak buat audition yang benar-benar adil. Barulah aku tak malu bawa dorang ketengah nanti. Cayalah! Akhirnya berjaya juga aku train budak aku buat poster macam ni. Huhu...Maklumlah sudah 12 tahun tak ajar PSV.

Aku suka buat


Aku suka buat apa yang aku suka nak buat
Aku akan buat apa yang aku nak buat.
Bukan kerna kau yang suruh
Bukan juga kerna aku yang suruh.

Dan aku takkan buat apa yang aku tak mahu
meski apa yang akan aku dapat lebih dari apa
yang aku mahu.

Fahamkah?

Aku bukan kejar glamour
Bukan kejar pangkat dan anugerah
Aku cuma mencari diriku
pada setiap apa yang kulakukan
ada nilai kepuasan

Dan kepuasan bagiku ialah
melakukan apa saja yang aku mahu
sesuai mahuku
seikhlas kemampuanku.

Haha...kau mana faham
Kau sendiri pun tak tahu apa yang kau mahu!

Jerawat oh Jerawat II

Susulan dari entry aku Jerawat oh Jerawat yang lepas, di sini aku nak buat penambahan sikit pada sesiapa yang masih juga alami masalah ni.

Kalau sudah OXY belum menyelesaikan masalah anda, sila cuba:

Memang berkesan dengan kadar yang lebih segera berbanding yang lainnya!

Selain tu, pada yang berkemampuan, bolehlah ke klinik untuk mendapatkan rawatan suntikan vitamin C secara rutin samada seminggu sekali atau sebulan sekali. 

Kalau nak buat rawatan tradisional, boleh cuba minum air kunyit plus asam jawa dan madu. 

Insya Allah...