Sunday, May 15, 2011 | By: Luna Biru

Sumandak Sabahan


Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. 


Sumandak @ Tondu adalah bahasa Kadazan dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" kalo dalam bahasa shortform urang kami panggil mandak saja. Gadis dusun yang dimasksudkan di sini termasuklah suku KadazanDusun. Masyarakat KadazanDusun ni kebanyakannya menganut agama Kristian. Tapi ada juga sebahagian yang sudah memeluk agama Islam. 



Sumandak di Sabah semua cantik-cantik orangnya. Berkulit putih melepak, ada yang putih kuning ada pula yang macam porselin. Parasnya cantik dengan senyuman manis serta budi bahasa yang ramah. Kecantikan ni pula berbeza mengikut daerah masing-masing. Kalau dari daerah Tambunan dan Penampang, orangnya berwajah bulat dan berpipi telur. Kalau ada Papar dan Tamparuli pula berbadan tinggi dan berwajah bujur. Kalau dari Ranau, matanya bersinar macam ada bintang kejora. Cantik, memang cantik. 


Budi bahasa Sumandak Sabah ni juga bukan main lagi ramahnya. Mereka mudah bergaul dan senang dijadikan kawan. Ini kerana masyarakat KadazanDusun di sini sering mengadakan pesta-pesta kecil setiap hujung bulan. Jadi memang pergaulan agak sedikit terbuka berbanding dengan masyarakat lain seperti Brunei dan Bajau di Sabah. Keramahan ini memang sudah menjadi akar umbi kepada adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Jadi jangan hairanlah kalau tiba-tiba saja korang disapa mesra oleh Sumandak ni. Bukan gedik dan getek tau! Tapi memang dah macam tu lah budayanya. 


Pada pertengahan tahun iaitu semasa Pesta Kaamatan diadakan, sumandak-sumandak ni akan mengikuti pertandingan ratu cantik yang dipanggil Unduk Ngadau. Pertandingan ni diadakan dari semua lapisan umur iaitu  kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa (untuk ibu-ibu pun ada). Ha....kalau korang nak tengok produk Sabah yang tercantik ni jangan lepaskan peluang mengunjungi pesta ni pada bulan Mei setiap tahun.

Kenapa aku bangkitkan isu Sumandak ni?



Sebab aku dah bengang dengan isu gedik dan getek yang selalu dilabel kepada Sumandak Sabah. Kalau dulu, Marsha digelar gedik dan sekarang Lena. Terkini, isu Nera pula diperbesar bila foto seksinya disiarkan. 


Bagi mereka yang tidak pernah berkunjung ke Sabah, mungkin agak sukar menerima sikap ramah dan manja yang dibawa oleh Sumandak-sumandak ni. Sikap ni sering menimbulkan prasangka negatif di kalangan masyarakat umum. Aku pun selalu terkena tempias benda ni kalau berkunjung ke negeri lain walaupun aku bukan kategori sumandak lagi. Huhu....Lain padang lain belalangnya.


Ni aku senaraikan Sumandak Sabahan yang jelita. Cuba kita perhatikan kecantikan mereka yang berbeza sentiasa berbeza-beza meski berbangsa yang sama dan berasal dari daerah yang sama. 


Linda Nanuwil, naib juara, Af2, dari Ranau. 



Marsha, tempat ke-tiga AF 3, Tamparuli Sabah
Stacy, juara AF6 berasal dari Penampang,Sabah.

Adira, Naib juara AF8 berasal dari Ranau
Niki, peserta Malaysian Idol, Tambunan, Sabah
Noni AF5, Kota Kinabalu
Velvet, AF, Penampang
Naib johan Bintang RTM, Kiulu
Daphne Iking, host, emcee dari Tambunan
Candy, AF5, Tambunan, 
Queennera X
Nera AF9,Tambunan Sabah
Hmmm....susah jadi sumandak ni kan...Budaya kita tak sama dengan budaya orang lain. Budaya orang lain pula ada yang tak terima sikap terbuka, ramah, celupar dan mudah mesra yang diamalkan selama ini. 
Pandai-pandailah bawa diri. Jangan terlebih, sudah! 

Kredit penuh untuk semua blogger yang siarkan pix ni. Thanks! Sharing is sexy!


Want to know more about Unduk Ngadau please visit to http://maegyvear.blogspot.com/2010/06/unduk-ngadau.html



























2 comments:

++MissJiajon.Com++ said...

nice story! ya mmg sllu sumandak sabahan kena label "gedik" omg! pdhal sumandak2 sabah ni peramah ja.. ap2 pun pengalaman berada d rantau org.. dorng ni very busy body n penjeles no satu..

Unknown said...

Tinggi tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu.. buat apa pigi ke eropah, datang negri sabah, hati saya rinduuu ..sumandak2 pun ramai menunggu, menari2 lenggang sumayauu...huhuhu

Post a Comment