Mungkin sebab aku merasa bahawa kita tidak perlu ada hari yang istimewa untuk meraikan seorang ibu yang istimewa. Seorang ibu itu adalah istimewa setiap hari. Sebagai anak, aku selalu cuba memberikan suprise2 kecil untuk membuat Umi merasa dirinya dihargai. Aku melakukannya mengikut sesuka hatiku senditri, tanpa perlu menunggu tarikh-tarikh khas yang ditetapkan. Menunggu sebuah tarikh khas untuk merai seorang ibu rasanya terlalu naif. Kita punya 365 hari setahun, dan kita cuma meluang sehari untuk membuat seorang ibu merasa istimewa...oh, tidak. Aku sanggup melakukannya beribu-ribu kali dalam setahun itu.
Atau mungkin juga sebab selama hidupku sebagai anak, kami sekeluarga tidak pernah meraikan hari ini. Seingatku, hari ibu atau bapa berlalu begitu saja kecuali sebuah ucapan yang dibuat kerana terikat dengan budaya baru ini. Namun, setelah berkahwin dan menjadi ibu, aku tidak tahu kenapa perayaan ini menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupan kami. Aku lupa siapa yang membawa masuk budaya itu. Sungguhpun ia bukanlah sesuatu yang negatif, namun penterjemahanku mengenai perkara ini agak berbeza. Bahkan mungkin mengundang kontroversi. Bukan bermakna bagiku seorang ibu tidak perlu diraikan. Aku boleh meraikannya untuk Umi, atau untuk mana-mana ibu sekalipun di dunia ini. Aku cuma tidak suka diraikan. Salahkah?
Sedapatnya, aku cuba agar benda ni tidak dijadikan amalan kepada anak-anakku. Tapi sebab dorang nak juga meraikannya, aku pun layan jugalah dengan syarat, mesti lebihkan Umi dari aku sendiri. Aku tidak pernah mengharapkan sesuatu yang istimewa hari ini, sama seperti hari ulang tahunku, tidak dari abang, tidak juga dari anak-anakku. Entah kenapa hatiku ini menolak untukk sebuah keraian yang khusus untukku. Kurasa, ia ibarat satu budaya yang hipokrit. Kenapa ya? Bukankah aku seharus bangga diraikan pada hari ini?
0 comments:
Post a Comment