Mahu ke mana membawa anak 6 orang dengan bajet percutian paling murah tetapi berkesan?
Pantai?
Hmm...pantai lagi!
Tapi anak-anak senang sekali ke pantai. Mereka amat menikmati acara berlari di gigi pantai yang aman dengan laut yang bercumbu dengan langit di hujung sana. Belanjanya murah saja. Cuma perlu bawa air kosong dan ikan yang dijala sendiri lalu dibakar di tebing muara. Nasi boleh bawa dari rumah. Sementara menunggu nasi turun ke perut, boleh bermain buaian atau duduk saja di pasir yang hangat. Setelah itu, boleh mandi lagi lalu merakam senja di langit jingga yang indah.
Memang indah. Dan mereka tidak pernah bosan. Aku juga. Tapi itu sudah terlalu sering.
Cadangan lain?
Ke pulau?
Ya. Kedengarannya menarik. Tapi bajetnya mahal betul. Suamiku pula adalah si pemabuk laut dan kurang gemar aktiviti lasak. Nah...nanti dia jadi lagi seperti dulu yang hanya menyisih di batu.
Ke Ranau?
Wah! Aku seharusnya meletakkannya jadi pilihan utama. Percutian di gunung. Pasti sangat indah. Bila kali terakhir? Mungkin sekisar 4 tahun dahulu. Pun sekali lagi bajet menjadi penghalang. Bayangkan membawa anak 6 orang dan menyewa bilik hotel atau resort untuk memuatkan kesemuanya. Belum bajet makan dan harian lagi. Oh....aku belum mampu. Meski aku merasa sangat ingin.
Pulang ke kampung?
Di mana? Lahad Datu? Haha...semenjak kahwin 14 tahun lalu, aku sudah tidak pernah menjejak kaki lagi ke kampung itu. Rasa segan dan risih sudah semakin bercambah setiap hari. Bukan cuma itu. Perjalanan yang begitu jauh tidak memungkin kami ke sana bila sekali lagi suamiku adalah si ulat komputer yang benci memandu.
Pulang ke kampung suami?
Nah...ini sebenarnya acara wajib setiap tahun. Seharusnya kami melakukannya lagi tahun ini seperti kebiasaannya. Tapi sesuatu telah berlaku yang menyebabkan ia tidak akan berlaku lagi dalam jarak terdekat ini. Jadi, lupakanlah saja niat itu dan hapuskan saja dari senarai.
Nah....jadi mahu kemana?
Pilihan pertama tetap yang terbaik. Selebihnya, bawa saja anak-anak menonton filem di panggung, atau jalan-jalan menikmati petang di tamu. Selain itu, hanya PS2, facebook, online games dan outdoor games tetap menjadi rutin yang menyakinkan.
Sekadar kukongsi di sini percutian yang sempat dirakam dengan kamera digital. Selainnya, masih dalam bentuk filem. Malas mau scan. Huhu...
Pantai...apa lagi yang lebih polos dan tenang selainnya? |
Berbasikal di Taman Pertanian, Tenom |
Scuba diving di Pulau Manukan |
Hotel Perkasa, Ranau |
Teluk Sipitang |
0 comments:
Post a Comment