Saturday, May 14, 2011 | By: Luna Biru

Nera AF9 : Suatu perhiasan



Tercenung panjang aku saat nama Kay diumumkan sebagai mangsa sebuah pengadilan yang tidak pernah mahu matang.

Kasihan Kay.

Kenapa bukan Nera? Si genit yang manis dan berkulit putih gebu itu? Sumandak seorang ini tidak lebih hanya seperti perhiasan di pentas AF. Tanpanya, sunyilah AF dari siulan nakal mengiring liuk lentok kerling manjanya.

Persoalannya, tanpanya, adalah industri kita akan terkubur?

Oh, tolonglah. Kita tidak memerlukan penghibur seperti dia. Nera mungkin punya tempat tersendiri di dunia ini dengan arus seni yang telah ditentukan. Tapi bukan di pentas ini. Kalau esok pun Nera menjadi sang JUARA, kita hanya akan bakal memiliki lagi seorang juara tanpa tiara.

Entah selepas ini siapa lagi yang bakal menjadi mangsa pada konspirasi untuk memenangkan Nera.

Ah...begitulah. Bila seni dipertaruhkan di dada papan kekunci telefon selular. 


Dan begitulah....bila seni diperdagangkan di tangan juri yang berkroni. 


Syukurlah ini AF yang terakhir. Aku sudah lelah menanti seorang juara setaraf Jacquelin Victor di perut AF.

0 comments:

Post a Comment