Friday, May 27, 2011 | By: Luna Biru

Lumrah Hidup

Entry ni aku tulis setelah membaca sebuah entry yang ditulis oleh salah seorang follower aku. Kalau korang nak baca hasil penulisannya,boleh klik di link http://akunazihah.blogspot.com/

Aku tidak bermaksud untuk mengulas perasaannya. Aku cuma tiba-tiba merasa bahawa aku dan dia senasib, atau boleh dikatakan sependapat. Membaca entrynya, membuat aku segera teringat tentang kisah seorang sahabatku yang gila perhatian. Sahabatku yang selalu merasa dirinya menjadi mangsa penindasan dan keadaan. Sahabatku yang suka memprovokasi sebuah isu untuk dijadikan bahan bualan di dewan bicara supaya dirinya menjadi center of attention orang. Sahabatku itu juga punya kemahiran yang begitu tinggi untuk memanipulasi keadaan bila dirinya terperangkap hingga kemudiannya dirinya pula yang nampak seperti seorang mangsa. Dia juga punya kemampuan untuk memain watak seperti seorang dalang yang memutar belitkan situasi hingga akhirnya, kita pulalah yang terjerat dan menjadi watak antagonis dalam ceritanya. 
Ah, hebat benar sahabatku itu. 

Biarlah. 

Dia mampu melakukannya. Dan Allah pun mengizinkannya untuk melakukannya. Pasti ada hikmah di sebalik semua itu. 

Mungkin persahabatan itu memang tidak seharusnya berlaku dari awal lagi. Aku tahu hubungan itu terjalin bukan atas dasar keikhlasan. Kami sama-sama pelaut yang sepi dan terbuang waktu itu. Kami terdampar di atas sebuah pulau dan kami saling memerlukan untuk hidup. Kini, tika kami sudah mulai kembali ke daratan, persahabatan itu tidak diperlukan lagi. Namun aku kesal kalau segalanya harus berakhir setragis itu. 

Ah, (ah lagi!)
Aku sepatutnya mendengar amaran orang tentang dirinya. Tapi aku percaya bahawa manusia boleh berubah. Namun, mungkin bukan nasibku yang dia bakal berubah di tanganku. 

Persahabatan itu datang dan pergi bersilih ganti dalam hidup kita. Sedangkan suami isteri pun boleh bercerai, apakan lagi sahabat,kan?

Hahaha....ironis!

0 comments:

Post a Comment