Friday, May 6, 2011 | By: Luna Biru

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah (Hari Penutupan)

Akhirnya, tibalah kami ke hari terakhir Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2011. Cepatnya masa berlalu. Kami berkumpul di dewan seawal jam 8.00 pagi untuk reharsel majlis penutupan dan perasmian. Beberapa orang peserta yang hebat telah dipilih untuk menjadi komandan, emcee dan pembaca doa. Memang berbakat budak-budak ni. 




Majlis dirasmikan pada jam 9.30 pagi oleh Ketua Unit Pusatko. Selepas acara perasmian, diikuti pula dengan acara breakcamp oleh Kem Komandan, Encik Nordin yang kiut tu. Apa yang menyedihkan ialah tika saat-saat perpisahan telah tiba. Semua peserta bersalaman dengan iringan lagu Kenangan terindah. Ramai juga budak yang nangis.Huhu....yang aku terharu tu, walaupun baru 4 hari berkenalan, budak-budak ni rapat semacam dengan aku, siap peluk-peluk lagi. Anak-anak aku? huh...selamba saja macam tiada perasaan langsung. Cuma Rex saja yang agak tesentuh naluri lelakinya. Ces...manja tul! Menurut laporan Ketua Kem, seramai 10 peserta berpotensi telah dipilih untuk perkhemahan peringkat kebangsaan yang akan diadakan kelak. Tahniah pada semua peserta berikut. Nak harapkan peserta dari sekolah aku...jangan haraplah....sedih ooo....
Kami bertolak pulang selepas makan tengahari. Aku pun rushing balik sebab rindu sangat ngan family. Banyak pengalaman baru yang kupelajari sepanjang perkhemahan ini. Apa yang pastinya, semua yang baik ini akan dapat kupraktikkan di sekolah nanti. Insya Allah....
Terimakasih kepada semua jurulatih PusatKo yang ramah dan baik hati. Semoga kita berjumpa lagi di lain masa.
Syuaib dan Abe yang tersedih tanpa sengaja...
Dapat juga aku souvenir baju t-shirt Pusatko. Terima kasih....
Senarai VIP
Pengacara majlis yang hebat. Tahniah Cik Animah
Upacara penyerahan bendera
Majlis bersalaman yang sedeh...
Ni lah gambar bersejarah
Nice to know Lizawati
Cik Dhya yang paling best!
Aku dan geng bas sekolahku
Bergambar ala-ala anggun. Pesal aku nampak gemuk tul nih?

0 comments:

Post a Comment