Monday, May 30, 2011 | By: Luna Biru

Aku suka masak!

Ada aku pernah bagitau tak yang aku sangat suka memasak?

Ya. Bagiku masak itu satu seni. Seni yang perlukan lebih dari sekadar ketelitian dan kesungguhan. Ia juga memerlukan cinta dan kesabaran.

Sebenarnya aku masak bukan sedap sangat pun. Hihi...Paling penting, sebenarnya aku memang malas masak. Tapi aku suka. Nampak tak perbezaannya?

Mertua aku cakap aku masak masin sangat. Umi pula komplen macam tiada rasa. Abah cakap semuanya kurang. Aku selalu cuba perbaiki masakan aku. Aku belajar dari buku, aku cekup dari internet. Tapi meski bahannya sama dan adunannya tepat, mungkin sedikit sebanyak bergantung pada empunya diri. Orang cakap, tengok tangan.


Entahlah.

Apa yang pasti, anak-anak aku, suami aku, suka masakan aku. Kalau tak suka pun, apa boleh buat, kena juga makan sebab tiada pilihan.

Tapi sesungguhnya aku memang jarang masak. Oleh kerana aku tinggal dengan umi, maka umilah yang selalu ambil tugas untuk memasak. Bangun pagi, umi dah siapkan sarapan. Pulang sekolah, makanan tengahari dah dihidang. Umi jenis wanita tradisional yang hidupnya sepenuhnya di dapur. Jadi bila waktu petang, minuman petang dan juadah ringan pun umi sudah sediakan. Sambil-sambil buat cucur, umi sediakan pula makanan untuk malam. Aku sekadar tolong potong-potong sayur saja ataupun sekadar temankan umi bercerita.

Bila waktu cuti sekolah ni, aku ambil kesempatan untuk memasak. Baru empat hari cuti, dah bermacam-macam jenis masakan aku masak. Ada spagethi (ni kesukaan aku!), kari ayam dengan pulut (kesukaan Arin), ayam goreng kicap (kesukaan Anis), sup ayam goreng (kesukaan Abe), pegedel daging (kesukaan Acik) dan malam ni aku masak sayur kailan campur ikan masin (kesukaan abang). Esok aku tak tahu lagi nak masak apa. Kalau sudah tiba giliran 'tak tau' muncul di kepala aku, maka aku pun mulalah malas masak lagi.

Aku sebenarnya terbuka terima kritikan pasal masakan aku. Yalah, untuk kebaikan bersama juga kan. Tapi aku cukup benci bila kritikan tu bersifat prejudis, siap dengan mempeleceh dan terjelir-jelir lidah macamlah aku kasi makan sampah. Kecik hati tau! Teruk sangatkah masakan aku sampai boleh buat orang termuntah? Hmmm....entahlah...manusia ni susah dipuaskan hatinya. Bila aku rasa masakan dorang, tak sedap manapun. Tapi aku tak pernah pula sampai hati nak kritik macam tu. Bagi aku, makanan dah terhidang depan mata, bedal sajalah. Rezeki jangan ditolak. Tapi hati manusia mana sama semuanya kan?

2 comments:

shafizah said...

haha, ada orang kata (saya kata);
nak masak ni bukannya susah sgt pun, yang susahnya nak masak jadi yg sedap dimakan...
macam akak tulis; 'tengok tangan'.

psst; saya masak tak sedap, nasib xkawin lagi..

Luna Biru said...

Haha...first time aku masak sebulan lepas kahwin. Tu pun masak sayur kangkung. Punyalah banyak kuahnya sampai boleh buat sup. Kwang2X.

Kau jangan tak pandai masak pulak. Basic tu. Dulu aku pun ingat benda ni tak penting. Tapi lama-lama ia jadi duri dalam daging juga dalam hidup kita, especially sebelah mertua. Bukan nak takutkan tau! Langkah berjaga-jaga....

Post a Comment