Kami ke Pantai Manis lagi hari ini, setelah si Ade dan Mizan memberontak minta bawa jalan-jalan. Istimewanya hari ini ialah abang ikut sekali. Selalunya, dia lebih rela terperuk di rumah dengan PC dan PS2nya. Sungguhpun tak sempat merakam detik sunset yang paling aku gemari, namun aku gembira sekali hari ini. Pertama, yes, sebab abang ada, kedua sebab abang benarkan bebudak ni main di laut, meskipun bukan disuruh mandi. Cuma Ade dan Mizan saja yang tak faham-faham. Hihi...Let's share this moment ya....
Very sharp movement |
Mizan is telling me something that I dun really understand |
The view |
Arin tak ikut hari ni. Kurang satu korum. Huhu... |
Abah is staring at the sea |
This guy is a fisherman |
It's Abe |
The Murut Princess |
That fisherman is burying his brother. Oh no...! |
Mizan |
Mizan & Ade |
Acik is the most happier |
Anis sedey sebab tak kena suruh mandi. Huhu... |
Semoga ada hari begini lagi. Aku suka bila melihat anak-anakku berlari riang di gigi pantai dan merendam kaki di bibir ombak, atau menggali pasir untuk membina istana. Aku mungkin mampu memberikannya setiap hari untuk mereka. Tapi aku tahu, mereka lebih gembira sekiranya abang ada bersama mereka meraikan kegembiraan itu. Semoga ada hari yang dirancang rapi untuk semua ini. Kita tidak memerlukan duit untuk gembira. Kita cuma memerlukan sebuah keikhlasan untuk menikmatinya. Amin....
0 comments:
Post a Comment