Awal pagi lagi kami sudah bertolak untuk aktiviti memerhati burung di yang aktif berkicau di awal dini. Selepas saja aktiviti ketatanegaraan, kami bergerak merentasi sungai Malangang menaiki jambatan gantung untuk aktiviti ini. Jambatan gantung ni merupakan alat perhubungan utama penduduk di sini. Inilah kali pertama aku naik jambatan gantung selain kanopi yang ada di Ranau tu. Best ooo...
Tak banyak yang boleh aku kongsi di sini sebab untuk hari pertama ni, kami guru pengiring cuma bertindak jadi pemerhati saja. Macam rasa invisible pula. Huhu...sedihnya...Objektif aktiviti ni ialah untuk menerapkan semangat cintakan alam sekitar kepada peserta untuk mengelakkan risiko pemburu haram a.k.a aktiviti melastik burung. peserta dibekalkan binokular untuk melihat burung dan buku catatan untuk tujuan dokumentasi maklumat.
Lepas aktiviti ni kami bantai sarapan pagi. Lapar gila. Sedap betul aku makan nasi goreng dengan sambal tumis. Fuh...! Sampai dua kali aku tambah nasi.
Mesti cepat bersiap, sebab lepas ni ada aktiviti Flying Fox dan Sayangi Sungai pula. Aku mau try tu flying fox. Walaupun aku dianggap invisible lagi, I dun care! Aku nak juga!
|
Sungai Malangang |
|
The villagers....bakti untuk anak... |
|
Cari ko burung! |
|
Anis yang manis |
|
Yatie yang hebats! |
|
Menahan debar di titi yang bergoyang-goyang |
|
Best! |
0 comments:
Post a Comment