Friday, May 13, 2011 | By: Luna Biru

Ratu manipulasi

Aku memang bodoh dan dungu.
Perhitunganku salah.
Aku mengira aku sudah cukup bijaksana.
Tapi akhirnya aku tetap seorang yang bodoh dan dungu.

Kumaki diriku berulang kali.

Namun maki itu tidak mampu membuat aku kembali mengulang masa.
Dunia berjalan terus dan berhenti mengejut di sini.
Betapa aku ingin sekali kembali ke zaman itu;
Pada saat hari pertama kita bertemu di dunia baru
yang bersekutu.
Orang-orang sudah jerih memberiku amaran tentangmu.
Kata mereka: kau mudah berkhianat, penikam duri di dalam daging,
penghidup api di dalam sekam, pengadu domba yang paling handal.
Kata mereka lagi, kau tak layak bergelar satu apapun yang dipanggil sahabat,
kecuali yah...sebuah nama yang dicipta khas untukmu:
Seorang manipulasi.

Tapi aku ogah saja.
Ya...kerana aku kira sudah cukup pandai.
Kerana aku kira aku sudah mahir bermain peran.
Kerana aku kira aku takkan masuk ke dalam jerat itu.

Namun aku silap. Rupanya kau lebih hebat menjadi dalang. 

Dan mereka benar.
Semua tentangmu adalah benar.
Tak ada satupun yang tertinggal.
Semua sudah kau telanjangi di depanku.
Tapi akulah yang telanjang bulat.
Berlari tanpa pakaian.
Membawa malu atas beber busukmu,
yang kononnya berpunca segalanya dari aku.

Ah...Betapa sulitnya mengetahui kebenaran yang sudah tahu.

Kerana aku memang bodoh dan dungu. Apalagi? 

Lalu terjeratlah aku di sini.
Terkial mencari secebis pakaian penutup auratku,
Terjungal mencari pembelaan atas ketelanjanganku.
Sedang kau yang berwajah ayu tunduk merunduk ke bumi,
dengan wajah merah jambu mengundang simpati.
Juga air mata biru yang mencairkan hati.

Kau memang hebat!
Ratu Manipulasi.
Crown for you...

p/s : layak kusebut puisikah ini? rasanya bukan. Aku hanya berkongsi rasa.

1 comments:

Post a Comment