Friday, May 6, 2011 | By: Luna Biru

Perkhemahan Pendidikan Alam Semulajadi Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah (Hari Kedua-Flying Fox)

Hari ni merupakan hari kedua perkhemahan ni diadakan. Aktiviti hari ni terbahagi kepada dua bahagian; pertama Kerubung Terbang (Flying Fox) dan kedua, Sayangi Sungai. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menjayakan aktiviti hari ini. Aku confirmlah ikut kumpulan anak aku. Mana dorang pergi, ke situlah aku ikut. Huhu...

Untuk aktivti Flying Fox, pada mulanya aku gementar juga nak ikut. Sungguhpun ini bukan kali pertama, namun mungkin bila tua-tua ni penyakit gayat tu sudah mula menyerang aku. Seram juga aku bila berdiri dari menara yang tingginya 100kaki tu. Tapi pasal nak berlagak depan murid-murid,terutama anak-anak aku, jadi aku pun cubalah kuatkan semangat. Hmmm....ok juga. Mula-mula memang takut gila. Tapi bila sudah 'terbang' tu, rasa seronok pula. Nak cuba lagilah tahun depan. Yea! I am the Fear Factor Champion!
Dari menara tu la kami akan diflying fox kan
Yeah! Teruskan perjuanganku!
Aku berjaya!

Anis dan Ayu, dari Ranau
Abe yang berjaya tersenyum bangga
Anis yang ketakutan sampai sakit perut
Namun akhirnya berjaya juga....!

Yatie! Nasib tidak putus ooo itu tali! Hihi...
Yatie dan guru pengiring (lupa plak aku tanya namanya,huhu)
Selesailah acara Kerubung Terbang untuk kumpulan 1. Lepas ni kumpulan ni akan bergerak untuk membuat acara Sayangi Sungai. Stay tune with me k....

0 comments:

Post a Comment