Saturday, May 28, 2011 | By: Luna Biru

Dia yang istimewa

Aku mulai menyukai dia. Siapa namanya? Ya. Shafizah, si penulis RUANG LINGKUP yang punya sudut pandang yang sangat istimewa. Berbeza dengan penulis blog remaja lainnya, kukira Shafizah punya citarasa tersendiri dalam menghurai perasaannya. Bahasanya jelas dan teratur. Sejujurnya, selain Zahiril Adzmin, hanya dia yang kudapati masih menggunakan gaya bahasa yang bersastera itu. Pasti ada yang lainnya yang belum kuteroka.  Namun, setakat ini, hanya merekalah orangnya.

Salam perkenalan untuk Shafizah. Terima kasih kerana menghargai saya sebagai penulis. Pemerhatiannya terhadap sesuatu memang sangat tajam dan seni. Apa yang pastinya, dia mampu melihatku di antara kelompok manusia yang begitu ramai. Kalau benarlah dia berniat menjadi guru, aku yakin dia pasti akan menjadi guru yang telus dan dedikasi. Hanya individu yang punya pemerhatian sebegitu tajam saja yang mampu menembus sudut gelap yang melingkari murid-muridnya.

Dia pasti akan menjadi seorang guru yang istimewa di hati murid-muridnya. Bukan semua orang dilahirkan untuk menjadi guru. Sebahagiannya, hanya kebetulan. Fahamkah perbezaannya? Seorang guru hanya terlahir dari jiwa yang benar-benar tulus dan kekuatan jati diri yang benar-benar kukuh. Namun, individu yang kebetulan menjadi guru adalah deretan manusia yang terpaksa menyintai kerjayanya kerana komitment semata-mata. Cinta dan komitment adalah dua fasa yang berlainan. Namun, jika keduanya bersatu, ia akan menjadikan sebuah institusi diri yang kebal dugaan.

Bersyukurlah kerana punya cita-cita semulia itu. Kalau kau tanya aku, aku tidak pernah terfikirpun untuk berpijak di dunia perguruan ini. Aku juga adalah salah satu manusia yang kebetulan menjadi guru. Namun, cinta itu bisa saja ditanam dan disuburkan setiap hari. Kalau mahu tahu kenapa aku sampai menjadi guru, bacalah DIA MASIH PELANGI. Segala kisahku ada di sana.

Terima kasih Shafizah (apa harus aku memanggilmu?) kerana punya mata dan pemerhatian yang cukup berseni.

4 comments:

shafizah said...

aduhhhhh...sebenarnya saya ada post komen kat entri ni dulu..nampak sgt dah hilang sebelum wujud kan..haha,
salam perkenalan utk akak juga=)
tak apa kan saya panggil 'akak'? lagipun bulan 1 yg lepas saya baru genap 19, haha tak terlalu muda utk berada dalam kategori 'anak', 'adik' dah memadai..
^_^

Luna Biru said...

Haha...boleh ba kalau kau...(tag line si Lena AF9 tu).

Tak kisah nak panggil apa. Cuma, konpius juga nak panggil kau apa. Sha? Fiza? Tell me. BTW, apasal am not allow to be your follower?

Apapun, frankly, saya memang suka baca entry awak. Tahniah. Teruskan berkarya. Tahniah juga kerana menjadi dewasa dalam penulisan dalam usia semuda itu.

shafizah said...

ohh panggil shafizah terus. saya tak ada nama pendek yg berbunyi 'sha' atau 'fiza'...:)

shafizah said...

hah pasal masalah follow tu saya tak tahu pulak kenapa..lagipun saya ada 1 follower je.

Post a Comment