Saturday, May 28, 2011 | By: Luna Biru

Syurga itu di telapak kaki ibu

Ia adalah sebuah pernyataan yang telus.

Semakin aku dewasa, semakin aku tahu apa maknanya.

Ya. Allah sudah memberi ketetapan itu kerana DIA maha tahu.

Allah tahu bahawa suatu hari, si ibu akan mula hilang kewarasan dan pertimbangan bila usianya mula mereput, sereput kulitnya.

Allah juga tahu bahawa saat itu adalah satu ujian untuk si anak berdiri di atas kesabaran dan kemampuan akal yang lebih waras.

Bagaimana kalau Allah tidak menetapkan kewajiban itu untuk si anak...pasti si tua itu akan menjadi huni di rumah warga tua. Subhanallah. Na'uzubillahiminzalik.

DIA maha tahu.

Ketahuilah, seorang ibu yang sudah lanjut usianya, saat menopause sudah beranjak dalam rima waktu adalah saat yang getir untuk dilaluinya. Aku perempuan. Aku seharusnya memahaminya. Sungguhpun aku tak mengerti sejauh mana kepahitan yang dilaluinya itu telah menghilangkan pertimbangan akalnya. Oh, Umiku yang manis dulu kini semakin berubah watak dan sifat. Itukah yang dilalui oleh semua wanita? Aku? Ya. Suatu hari aku akan melaluinya juga. Dan, ya. Kamu juga, selagi kamu bergelar wanita.

Alangkah baiknya jika aku punya serbuk ajaib Peterpan atau poket Doraemon, agar bisa aku tunaikan segala permintaan yang bakal membahagiakannya. Atau, jika aku punya segeluk air jampi untuk membaca segala yang tersirat di lubuk hatinya, atau kemampuan psikik untuk menyelam segala pengharapannya.

Tapi aku cuma aku. Seorang anak perempuan yang terlalu bodoh untuk memahami hati tua seorang ibu. Aku juga adalah seorang anak perempuan yang terlalu tipis daya kesabarannya. Aku tidak mampu berkongsi empati. Hanya simpati yang melelahkan.

Penat. Bolehkah aku merungut begitu? 

Suatu hari, ya, suatu hari aku akan berada di posisinya. Apa yang kuharapkan dari enam anakku kalau inilah yang kuberikan untuk ibuku?

Nyahlah kau lelah! Dia ibuku. 

0 comments:

Post a Comment