gambar di sini |
'Biar mati anak jangan mati adat.'
Terus-terang, dulu aku menentang betul pepatah ni. Bagi aku, kalau anak mati, siapa pula yang mahu menjunjung adat? Berharga sangatkah adat berbanding anak yang kita kandung, lahirkan dan jaga selama ni?
Tapi bila anak-anak sudah meningkat dewasa, baru aku faham makna pepatah ni.
Kalau kita lihat hanya pada luaran, memang kedengarannya sangat tidak adil. Tapi hakikatnya, ia tidaklah sekejam bunyinya.
Bagi aku, pepatah ini adalah simbolik kepada perasaan terluka ibubapa dek perbuatan anak yang bagai menconteng arang ke muka sendiri. Bayangkanlah anak yang kita didik dengan penuh kasih sayang tergamak menghancurkan hati kita dengan melanggar susila dan etika yang dipegang selama ini. Pepatah ini adalah sebuah rajuk orang tua. Ia tidaklah bermaksud bahawa kita sanggup membunuh anak sendiri semata-mata nak pertahankan adat. Lebih dari itu, adat yang dimaksudkan di sini bukanlah hanya sekadar adat. Tapi ia juga membawa kepada skop yang lebih besar iaitu susila, etika bahkan agama.
Mungkin bila anak belum besar, kita belum sedar sangat pentingnya semua ini. Tunggu bila anak dewasa nanti dan mulai memilih haluan yang bertentang dengan ajaran yang kita terapkan, barulah kita tahu kenapa pepatah ini dicipta (Na'u zubillah min zalik).
Ok.
Sebenarnya, aku tulis artikel ni sebab aku tanpa sengaja terbaca blog seorang anak kepada rakan. Anak rakanku ini baru berusia 14 tahun. Kalau korang baca blognya, baru korang faham apa maksud aku. Tapi maaflah, aku tak pula berani nak link kan blog tu di sini. Bukan apa, rakyat Malaysia ni cepat melatah, suka sangat nak menghukum manusia dan terlebih sarkastik. Karang tak pasal-pasal, kena bantai budak ni stress terus jadi rebellious tak sempat nak bertaubat. Selagi blognya masih belum famous diketahui umum, apa salahnya aku senyapkan blog addressnya. Otherwise, aku tengok follower dan fan page dia pun sikit sangat dan trafik pengunjung pun teramatlah pasif walaupun usia blognya sudah cecah 2 tahun. Ni kira kes tolong tutup aiblah ni.
gambar di sini |
Antara lain kandungan blog tersebut adalah menceritakan kisah petualangan dan selingkuhan cintanya bersama teman-teman lelakinya. Can you imagine a girl in 14 years old with a blog like that? Itu belum lagi termasuk gambar-gambar yang dimuatnaik dalam keadaan yang memudaratkan mata.
I luv Islam pix |
Actually, perasaan malu tu amat penting bagi
setiap manusia. But for this girl... I'm not sure. Dan aku pun tak pasti kalau dia ada
perasaan tu. Aku tak nak komen atau buat spekukasi pasal the way mak bapa dia didik dia because it is too too too sensitive issue to be discussed. Satu-satunya andaian yang aku boleh buat ialah dia tanpa sengaja telah membesar dalam persekitaran yang agak sosial sebab tu lah dia boleh couple dengan boy yang baru je dia kenal dua tiga hari. Lepas tu, couple seminggu dua, clash, then couple pula dengan lelaki lain. Then dalam masa yang sama dia boleh couple sampai 4-5 orang sekaligus dan dating dalam masa yang telah dia aturkan secara rahsia. (Rahsia apa kalau dah tulis dalam blog. Agaknya, boy2 dia ni tak baca blog dia). Setiap kisah percintaan ditulis dengan 'jujur'nya hinggakan kita sebagai orangtua boleh bertemu bulu kening sebab terlebih konfius.
This is
bad. Really bad...
pix here |
Mungkin ada yang berpendapat bahawa this is normal untuk remaja berusia 14 tahun sesuka hati couple dan update status ntah apa-apa di fb atau blog tanpa segan silu. Normal your head! It's not normal babe! It is sooooo
damn wrong. Dan aku sebagai mak tak akan biarkan anak aku membesar dalam cara rosak akhlak
macam tu.
Lebih dari itu, si pemilik blog juga tidak segan silu menggunakan bahasa-bahasa kesat dengan memaki hamun manusia-manusia yang bertelingkah dengannya termasuklah kemarahannya kepada rakan, ibu bapa dan gurunya sendiri. Apa yang peliknya, budak ni macam tiada perasaan segan langsung nak guna bahasa-bahasa sekurang ajar begitu kepada orang tua. Aku juga lebih pelik lagi kalau ibubapanya langsung tak boleh nak pantau kegiatan anak sendiri padahal blog tersebut dilinkkan terus ke facebook. Maknya sendiri (iaitu rakan aku tu) merupakan fan yang 'like' page tersebut. Tidakkah ada rasa nak menegur anak bila anak sudah berlaku biadap di internet begitu? Atau mungkin juga sebab rakan aku ni sebenarnya 2X5 dengan anaknya. Well, jadi, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? See, aku pun dah jadi sarkastik.
Oh.
Sedangkan Arien yang 15 tahun itu tersalah memilih update pun kudenda seminggu tak boleh berfacebook, apakan lagi kalau anakku beraksi macam orang rosak akhlak begitu!
Panjang aku beristighfar mengurut dada...Waktu itulah, tiba-tiba hati aku berdetik pepatah ni. Aku membayangkan kalau suatu hari nanti aku terbuat silap dengannya, maka aku juga akan jadi mangsa maki hamunnya di alam maya. Ni pun, kalau dia terbaca entry aku, siaplah aku kena pelangkung. Aku cakap dengan Anies, "Bagus mama mati daripada ada anak macam ni Anies...." dan Anies jawab; "Bagus Anies mati dari buat macam ni, Mama...". Respon Arien lagi melucukan. Tak habis-habis dia menyebut perkataan kasihan - kasihan - kasihan pada setiap helaian entry yang dibacanya. Katanya "Kesian betul budak ni mama...desperate betul mau cari perhatian. Satu Malaysia lagi baca tu. Harap-harap janganlah jadi macam kes Blog Adinda hari tu..."
Oh, taklah seteruk itu. Tapi kalau dibiarkan, mungkin boleh jadi kot.
Sejujurnya, aku pun kasihan sangat dengan budak tu. Dia telah mengalami satu kecelaruan tingkah laku hingga tidak tahu lagi membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Persoalannya, di manakah peranan ibubapa? Kalau mak bapa budak ni bisnesman yang tak de masa nak bermesra dengan anak, mungkinlah boleh dijadikan alasan. Masalahnya, dua-dua pun kakitangan kerajaan yang pergi kerja dan pulang kerja ikut fix time. Malam sepenuh masa di rumah dan hujung minggu pula adalah syurga cuti singkat. Biarlah kita berbaik sangka. Mungkin maknya dah tegur tapi si anak masih berdegil....kot.
So, aku tutup cerita ini di sini.
Kesimpulannya, supaya tidak ada yang mati kerana telah melanggar 'adat', maka lebih baiklah kita sebagai ibubapa memegang falsafah 'Melentur buluh, biarlah dari rebungnya'. Tapi, buluh tua pun bukanlah tidak berguna sama sekali. Boleh juga dibuat pagar dan gajet pengakap. Sama-samalah kita berdoa agar budak ni mendapat hidayah dari Allah. Hanya doa saja yang mampu aku berikan. Nak tegur, tak mampu. Siapalah kita nak tegur anak orang, kan?
Sekian.
0 comments:
Post a Comment