Mula-mula Anies jadi pilihan Mr. Cardiff City, sekarang Arin pula menyusul jejaknya. Meski rezekinya tidak sehebat Anis; cuma mampu bersaing di dalam negeri saja, tapi aku harap ini adalah flatform untuknya melangkah lebih laju.
Mungkin, siapa tau, aku bakal mengganti Haji Sidek dalam mengeluarkan produk sumber manusia dalam bintang sukan. Oh, untung juga ada ramai anak ya...ada bakat dalam sukan, lepas tu train kenyang-kenyang, then kena beli oleh konglomerat sukan. Haha...sound terrible. Tapi rezeki tu di tangan Tuhan. Banyak benda yang kita langsung tak rancang dan tak terlintas pun nak minta, DIA bagi free-free pada saat yang langsung tidak terduga.
Tahniah aku ucapkan untuk Arin. He deserves it. Laluan Arin memang agak susah berbanding Anis. Tapi aku tahu itulah sebenarnya yang menjadikannya manusia cilik yang paling cekal yang pernah aku jumpa. Semangat juangnya jadi inspirasi kepada aku bahawa Halangan sebenarnya adalah ujian dari Tuhan untuk menduga sejauh mana kita bersungguh menginginkan sesuatu. Aku tabik spring sama ini budak.
Oleh kerana semua ini adalah sukar, maka aku percaya yang Arin akan sangat menghargai segala peluang yang terbentang luas depan matanya kini. Sesuatu yang sukar itu selalunya berharga, seringnya lebih bernilai, kan? Berbeza dengan Anis yang selalu punya laluan mudah dan rezeki yang teramat murah, maka dia belum belajar apa makna kesukaran. Paling penting, dia jadi lalai untuk menghargai kerana dia tidak pernah kenal erti perjuangan dalam erti kata yang sebenar.
Dua manusia yang berwujud di depan mataku ini rupanya sudah membesar dengan dua kisah dan takdir berbeza.
Semoga Allah merahmati keduanya.
0 comments:
Post a Comment