Sunday, January 27, 2013 | By: Luna Biru

Berani si penakut



Akhirnya si penakut itu pun memberanikan diri untuk menekan butang 'send' ke alamat maya ITBM. 

11 cerpen kupertaruhkan bersama 30 koleksi puisi. Aku tak tahu apa nasibnya karyaku itu di tangan para juri. Perlu kuakur bahawa karakter pemilihan juri adalah berbeza mengikut persepsinya melihat dunia serta kematangan pengalamannya. Tiada harapan kusandar kerana aku tahu karyaku terlalu berat untuk diterima oleh kita-kita yang selalu malas berfikir. Genre misteri, dunia mistik dan kisah cinta yang menggunakan bahasa melankolia bukanlah sebuah pertaruhan yang selesa. Apapun, bantulah aku untuk mengaminkan doa dan harapanku...ok...?





Karya yang kupertaruhkan:
  1. Baby Boo (akhirnya aku dapat juga tunaikan hasrat untuk buat kisah Balan-Balan). 
  2. Bulan Biru 
  3. Ada hantu di kepalaku (kisah psiko-thriller yang begitu menguji kemampuanku)
  4. Ketika Tuhan lebih tahu 
  5. Kopi dan Kuali 
  6. Kembara di dunia astral (ini paling sukar! Kisah pengembaraan ke dunia bunian)
  7. Lelaki bermata kejora
  8. Namanya Bego
  9. Racun dan penawar
  10. Sepucuk surat untuk Tuhan (cerpen bergenre islamik ini ternyata lebih sukar dari semuanya!)
  11. Zulkifli

Hmmm....agak-agak kalau sekadar taip tajuk kira melanggar peraturan juga, ke?

0 comments:

Post a Comment