Saturday, January 12, 2013 | By: Luna Biru

Acara pertama di tahun 2013


05 Jan 2013...

Hari ni adalah tarikh lahir Mizan dan Shafizah. Selamat ulang tahun, anakku, dan selamat ulang tahun buat sahabat blogku, cik Shafizah yang selalu hilang dari radar. Hari ni Mizan sudah genap 6 tahun (si Fizah aku tak tahu la berapa...hehe...). Waktu aku taip entry ni, Mizan, Ade dan Abe sedang diserang chicken pox. Kesian....harap-harap sembuh cepat. 




Pada tarikh 5 Jan ni juga sekolah kami menerima undangan daripada Parlimen Papar untuk menyertai aktiviti dalam program Astro Fiesta. 6 murid telah menjad pilihan hati termasuklah dua anakku, si Acik dan Abe. Malangnya dorang dua ni tak menang apa-apa tapi murid lain boleh tahan jugalah. 



Seronok juga berada di sini sebab boleh buat pemeriksaan kesihatan percuma. Berat badan aku lebih 1kg sedangkan berat badan ideal ialah 50kg. Wah....dalam sibuk2 pun sempat lagi menggemukkan badan. 



Aku suka bila kali ini aku ditemani oleh Kak Ain dan Kak Rahimah yang sebenarnya temankan anak masing-masing. Dah lama tak keluar dengan girlfriends... 


Ok...that's is it for now...








0 comments:

Post a Comment