“Maafkan
aku, Wani. Sungguh aku sangat menghargai perasaanmu padaku. Tapi...” lelaki itu
menghentikan ucapannya. Dia menatapku sayu. Bola matanya memandangku dengan
penuh kesedihan. Penolakannya sudah terduga sejak awal lagi. Dari dulu juga aku
sudah tahu kalau aku bukanlah gadis yang tersenarai dalam carta hatinya. Namun,
kelelahan memendam rahsia cinta yang senyap menjadikan aku nekad untuk
merungkai misteri kisah cinta itu. Sekadar mencari kepastian. Sekaligus
mengharapkan keajaiban. Hakikatnya, aku sudah siap menghadapi penolakan ini.
“Aku mengerti,” sahutku akhirnya.
Tidak perlulah menunggu dia menghabiskan ucapannya. Apapun sambungan dari ayat
itu, aku tahu kalau intipatinya tetap sama; bahawa dia telah menolak cintaku
mentah-mentah!
“No,
kau tak mengerti,”
“Apa lagi yang tidak aku mengerti? Semuanya
sudah jelas,kan?”
Senyap.
Lelaki itu menekap kepalanya dengan dua telapak tangannya. Ah, sedemikian parahnya
kah aku meletakkannya dalam situasi yang menjerut? Sedemikian bersalahnya kah
pula perasaannya kerana tidak mampu menyintai aku? Matanya bersinar keresahan
yang tidak menentu. Wajahnya memancarkan rasa simpati kepadaku. Melihat itu,
aku merasa harga diriku tercalar.
“Tidak perlu merasa bersalah, Jay,”
“Maafkan, aku, Wani. Kau terlalu
baik untukku. Aku bukanlah lelaki yang layak untuk wanita sebaik kamu. Kuharap
kau dapat berjumpa dengan lelaki yang berhak untuk mendapatkanmu,” tuturnya
lirih. Aku hanya membalasnya dengan sebuah anggukan kecil yang sinis.
Seandainya aku masih di usia dini,
kata-kata itu pasti terdengar sangat mengasyikkan. Tapi aku bukanlah lagi gadis
kecil yang lugu dan polos. Kata-kata itu sudah sering kudengar. Tiga kekasihku
sebelum ini juga mengatakan hal yang sama. Satu daripadanya berkahwin tiga
minggu selepas itu. Satu lagi mengatakannya sehari selepas dia tertangkap basah dengan janda beranak dua.
Terakhir, kekasihku menuturkan ayat yang sama padaku saat dia menyerahkan kad
undangan pernikahannya!
Ironis, kan?
Barangkali lelaki-lelaki di dunia
ini sudah sepakat untuk menggunakan ayat itu ketika menolak cinta gadis yang
memuja mereka. Ayatnya bagus, santun, penuh etika dan sangat beradab. Sang
gadis pula, meski terluka, tapi akan merasa melantun juga kerana telah didoakan
yang baik-baik oleh lelaki idamannya.
Tapi tidak aku.
Kata-kata itu sudah terlalu klise.
Kuno. Tidak adakah penolakan yang lebih baik?
0 comments:
Post a Comment