Adik aku si Oyo yang selalu menduga iman tu, sekali lagi menguji kesabaran. Kalau hari tu dia hancurkan motorsikal abang, hari ni dia hancurkan pula kereta abang.
Hampeh betul budak sorang ni. Dan macam biasa, bila buat salah, dia akan hilang macam asap-asap rokok yang dihembus keluar ke udara. Jangankan nak mengexcusekan diri, nak minta maaf jauh sekali.
Supaya tak makin tegangkan keadaan, abah pun berusahalah sedaya-upaya untuk pikul kesalahan anak boyot dia tu dengan menukang kereta tu sampai tak kenal erti rehat. Benda dah retak, bonet dah kemek, lampu belakang pecah dan warna cat terkopek. Abah cuba sedaya-upaya perbetulkan keadaan dengan segala kreativiti yang dia ada. Hasilnya memanglah tidak sebagus tangan pakar. Apalagi dengan peralatan yang sangat minima, kereta tu bolehlah dikategorikan sebagai kereta kelas kambing.
Melihat kesungguhan abah, terbit rasa kasihan dan kesal. Benda ni tak sepatutnya terjadi. Tapi bila dah terjadi, kenalah hadapi juga.tBila tengok muka abah, aku tahu kalau dia sudah jauh lebih dulu rasa terhukum, jadi tak perlulah aku nak keruhkan lagi keadaan. Bukan abah yang salah pun. Silapnya hanyalah semua ini berlaku ketika kereta ni berada di bawah jagaan abah. Abah sudah berani mempertanggungjawabkan kesalahan orang lain. Apalagi yang aku mahu?
0 comments:
Post a Comment