09 Jan 2013 (Rabu : Khamis punya malam)
LA'DIVA Boutique akhirnya 'dilahirkan' malam ini secara rasminya...Abah jadi tukang 'bang' sementara jemaah lain jadi muaazinnya...
Tahniah buat Along.
Sebentar lagi aku akan menyusul dengan LUNALICIOUS ku...
...yang sebenarnya sampai sekarang aku tak pasti nak teruskan ke tidak. Bak kata aku, bahawa setiap yang indah itu ada harganya. Maka untuk mencapai impian menjadi lembaga pengarah LUNALICIOUS, aku sudah terlalu jauh tersesat dengan masa...Malam ini juga sudah cukup membuktikan bahawa aku kalah pada dugaan masa.
Ada sedikit ralat dalam hati bila mengenangkan prejudisme manusia yang tidak pernah habisnya. Aku tak faham kenapa ada manusia yang suka sangat memprovokasi keadaan yang seharusnya mudah menjadi ke susah. Mungkin aku terlihat terlalu tenang hingga mampu memalsukan kenyataan bahawa aku sebenarnya sedang bertindak. Fahamilah bahawa aku sudah lama membiasakan diri dengan disiplin ketenangan dan skema kerja yang kuatur menurut landas yang kupercaya benar. Mungkin, aku perlu mengubah cara ini supaya orang tahu aku sedang bertindak. Mungkin, aku perlu menyalak-nyalak macam anjing memberitahu dunia tentang apa yang sedang aku lakukan.
Tapi itu bukan aku. Malangnya, aku tidak mampu mengubah itu!
Hakikatnya, diamku bagai ular menyusur denai....
0 comments:
Post a Comment