Wednesday, January 2, 2013 | By: Luna Biru

Hari pertama sekolah

Hari pertama persekolahan tidaklah begitu membebatkan seperti yang aku takut-takutkan. Segalanya berjalan lancar dan untuk kali pertama aku datang awal sebelum jam 7.00 pagi. Wah...aku patut reward diri aku sendiri. Anak-anak pun sangat membantu melancarkan proses hari ini. Harap semangat ni berterusan sampai ke hujung tahun. Kalau dorang ulang lagi perangai lama, alamat berulang lagilah penyakit lambat. 

Tapi agak kantoi juga bila aku lupa yang hari ni hari Rabu. Mati-mati aku ingatkan hari Isnin. Dengan yakinnya aku mengexcusekan diri aku untuk mengurus pendaftaran anak-anak. Padahal, dalam masa yang sama, kelas aku terbiar tak bertuan. Hampeh. Hari pertama lagi aku sudah buat kontroversi. 


with Mizan. Rambut Mizan yang belah tepi tu si Abe yang punya pasal. 


Sebenarnya aku memang nak ambil CRK hari ni. Ada 4 anak yang perlu diuruskan. Aku perlu ke SMK Takis untuk memaklumkan yang Arin dan Anis tidak dapat hadir memandangkan demam cacar mereka masih lagi aktif. Aku juga perlu uruskan Mizan ke prasekolah. Ade pula masih terkial-kial tidak berdaftar di mana-mana sekolah. Pun dengan yakinnya aku pakaikan dia baju tadika Jaheins, tau-tau kena reject sebab sekolah dah penuh. Setelah ditolak ke sana ke sini, akhirnya Ade dapat juga tempat di sekolah abang. Singgah lagi ke kedai dan belikan Ade baju pra-sekolah. Lepas tukar baju dalam kereta, abang terus bawa dia untuk memulakan dunia barunya.




Sepanjang di sekolah, aku asyik terbayang muka dia. Pelik rasanya bila aku tidak menguruskan anak. Walaupun selama ni aku merungut dengan kerja ni, tapi hakikatnya, siapalah aku tanpa dorang. 

Abang sudah berkali-kali menawarkan diri untuk menguruskan hal anak semenjak dia keluar dari sekolah hutannya 3 tahun lalu. Tapi entahlah, sungguhpun aku penat dan merungut sepanjang hidupku, jauh di sudut hati aku, aku tak tergamak nak berpisah dengan dorang. Hidup aku sepi betul kalau sehari tak marah dorang samada waktu ke sekolah mahupun balik sekolah. Siapa lagi yang aku nak belanja makan aiskrim di Petronas kalau dorang semua pindah ke sekolah abang? Mungkin aku nampak macam pentingkan diri sebab tak mahu nak bagi abang rasa macam mana berada bersama anak di satu sekolah. Mungkin sepatutnya, aku beri peluang tu pada dia. Bukan semua orang punya peluang untuk mengajar anak sendiri. 

Hmmmm.....mungkin aku kena berkorban sedikit. Nampaknya terpaksalah si Acik jadi ayam tambatan.  Abe tak dapatlah aku lepaskan sebab dia UPSR tahun ni. 

Mudah-mudahan dipermudahkanlah segalanya. Amin. 

0 comments:

Post a Comment