Setiap sesuatu yang indah itu ada harganya.
Maka inilah harga yang perlu ditebus.
Kalau dulu, masa kokum dijalankan pada setiap Selasa dan Rabu yang menyebabkan kami terpaksa pulang selewat jam 1.30p.m. Tiada masalah sebenarnya balik akhir. Masalahnya bukan tertumpu pada kami kaum guru. Soalnya budak-budak di sekolah ni (termasuk anak-anak aku) hampir semuanya bersekolah agama waktu petang. Masa masuk sekolah agama pula jam 2.00 ptg. So, imagine sajalah macamana kelam-kabutnya baki masa 30 minit tu....
Atas mesyuarat dengan pihak PIBG, maka kami telah membulatkan sepakat untuk menjalankan aktiviti Kokum pada hari Sabtu. Konsekuensinya memang menarik benar sebab boleh pulang awal sikit dari sebelum-sebelum ni. Anak-anak pun tidak lagi terkinja-kinja macam beruk. Ibubapa pun lebih tenang menjemput anak dari sekolah. Alhamdulillah....semuanya berlangsung aman damai.
Tapi, Sabtu yang aman terpaksalah dikorbankan untuk semua ini.
Pun tak apalah juga sebab bukannya lama benar. Cuma 4 jam saja...kira oklah tu...
So, hari ni (12 Jan 2o013), maka bermulalah Kokum sekolah aku...
Muka melepak putih sebab Acik guna flash ok... |
Tahniah aku ucapkan pada PK Kokum aku yang banyak membuat perubahan drastik demi menjamin kualiti dan keberkesanan perjalanan Kokum di sekolah ini. Tidak ada lagi tugasan bertindih dan ketua berganda macam yang berlaku sebelum ini. Tahun ni tugas aku sebagai penyelaras Bola Baling digugurkan dan digantikan dengan Penyelaras SERASI. Aku bersyukur sangat sebab SERASI sudah jadi kelab. Jadi, bolehlah aku luangkan banyak masa untuk jayakan projek yang sudah tertangguh dua tahun ni. Duit sponsor yang aku dapat tu pun sudah berkulat dimakan anai...
Lebih menyeronokkan lagi sebab aku dapat team kerja baru tahun ni. Aku harap pergabungan team kali ni mampu mendorong aku untuk terus mengerah usaha ke sebuah kelangsungan yang lebih positif. Aku suka team SERASI dan Bola Baling aku.
Oleh sebab ini minggu pertama, maka aktiviti hari ni lebih kepada pembentukan AJK. Semua aktiviti akan bermula pada minggu kedua dan seterusnya. Oh...tak sabar rasanya nak mulakan SERASI...
BTW, dalam masa yang sama, perkhemahan MANIKAYU Pengakap dijalankan di sekolah kami. Aku sepatutnya ikut perkhemahan ni tapi aku buat-buat tak tau.
0 comments:
Post a Comment