Friday, January 27, 2012 | By: Luna Biru

Ujian hari ini

Sudah 3 hari Tuhan mengujiku dengan sakit.
Hari ini klimaksnya.
(Tapi masih sempat menaip blog, haha.)
Mahu tak mahu, aku tewas juga lalu pagi tadi menjenguk Pak dokter yang sudah lama tidak ditemui (tapi aku tak pernah rindu ok).

Lalu hasil diagnosis yang dijalani setelah memanjangkan tapak lawatan ke makmal ini dan itu ternyata aku cuma mengalami gangguan urat saraf di tulang belikat. Konsekuensi kepada gangguan itu menyebabkan gastrikku kambuh, demamku menebar dan paling aku benci, gangguan pada perut akibat jangkitan kuman di urinari.

Wow. Sempurna macam satu pakej. Terima kasih Tuhan sebab sakit itu telah menjadikan aku mulai berzikir lagi disela tangisku yang tidak tertahankan. Sakit tau!

Tapi dalam linangan air mata, aku masih sempat juga buat kek buttercheese yang enaknya bukan main. Cuma hangus sikit sebab terlebih layan sakit.

Bila sakit begini, teringat sahabat bungaku si Melati yang sudah ingatkan berkali-kali untuk minum air suam banyak-banyak. Aku akui memang sejak akhir-akhir ni tak menyeduh air mineral sebab teramat suka dengan minuman Cadbury coklat.

Terima kasih pada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Malaysia atas bayaran yang cuma dikenakan sebanyak RM1 hingga warga Malaysia dapat menikmati kemudahan hospital yang serba sempurna. Dengan hanya RM1, aku sudah penuhkan sebuah kontena yang penuh dengan ubat. Dengan RM1 juga aku boleh memeriksa urin, ECG dan terapi dengan percuma. Seronokkan jadi rakyat Malaysia? Paling seronok sebab hospital sekarang sudah menjalani akreditasi yang menjadikan segalanya jadi sangat cepat dan mudah tanpa masa menunggu yang lama macam dulu-dulu.

Err...sekarang sudah berkurangan sakitnya. Alhamdulillah...

2 comments:

Atie said...

bila kau sakit balik mcm ne aku risau pula, tapi sedikit geram sebab kau degil. Untuk seminggu ne, aku sebagai sahabat kau haramkan kau menyentuh minuman cadbury coklat. HARAM. Kalau aku ada di sana dan jaga kau masa sakit, seminggu lebih kau tidak akan bisa lihat minuman cadbury itu.

zue,
jangan minum tu cadbury coklat lagi aaa...habiskan ubat2 kau. Minum air suam banyak2, pastikan sentiasa ada dalam beg tangan kau yang mahal tu.

Aku sayang kau.

Atie said...

kalau ko sihat sudah nanti, pas sama aku resepi buttercheese(short-cut juga ka???)ko aa...resepi cizkek luna biru kau tu ramai peminatnya di sekolahku...ahaks!!!

Post a Comment