Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
Filem Sumpah Puaka
Tertarik dengan preview filem Sumpah Puaka yang ditayangkan di intrologi iklan filem Ombak Rindu, aku pun berkejar ke kedai DVD untuk membelinya. Sebenarnya filem ni telah ditayangkan di pawagam pada 20 Oktober 2011 yang lepas tapi tak berapa dapat sambutan. Meskipun ia adalah filem bergenre seram dan diangkat dari kisah benar, namun semua ini tidak mampu untuk memanggil ahli jemaah untuk meramai-ramaikan pawagam.
Sumpah aku takut betul tengok preview filem ni. Paling mengujakan adalah pengarah filem ni betting ambil pelakon yang tak glamer langsung macam Imuda, Maimon Mutalib dan Mislina Mustafa . Aku pula adalah peminat ala-ala fanatik cik Maimon Mutalib yang serba boleh tu. Akhirnya, DVD original Sumpah Puaka ini aku temui dan ia pun bertukar tangan dengan cik pemilik kedai dengan harga RM12.90.
Jadi pendapat aku tentang filem ni?
Menonton filem ini pada awalnya teramat menyeksakan. Ia berlangsung dengan begitu lambat sampai kita mula tercari-cari kaitan cerita dengan tajuk. Terlalu banyak elemen seram yang dipaparkan dalam preview ternyata tidaklah sehebat apa yang ditonton. Kita mula menunggu dan menunggu tetapi kita terus-terusan disogok dengan aura kehidupan perkampungan setinggan yang penuh dengan kegilaan, kejijikan dan kegelapan semata-mata.
Mungkin cerita ini tidaklah begitu menyakitkan hati kalau pengarah forotgrafinya mampu memain peran. Namun skill fotografi yang cuba sekerasnya menghidupkan elemen seram dengan tujahan angle suspen nyatanya hanya memburukkan lagi keadaan. Scene demi scene pula dibiar terlalu lama dan panjang terutamanya elemen dramatik dan melankolik hingga kita mulai merasa dipaksa untuk sedih.
Namun aku puji lakonan santai Imuda yang terasa begitu blend dengan dirinya sendiri. Mungkin watak sebenar karakter tersebut ada dalam diri Imuda kerana mereka sama-sama seorang pelukis. Tiada masalah dari segi watak dan perwatakan sebenarnya. Semuanya mampu mengendong amanah itu dengan baik. Syabas untuk kekuatan itu.
Tapi aku tak kata filem ni tidak baik ok. Kalau anda ingin menilai filem ini, korang kena tengok dari mula sampai habis. Ia bukanlah sebuah filem yang boleh dilompat tengok. Ketinggalan satu babak membuatkan kita mula sesat mencari perkaitan. Filem ini adalah filem teka-teki jigsaw puzzle yang memerlukan kesabaran menonton dan kosentrasi memahami. Uniknya filem ini adalah kerana plotnya disusun dengan penuh misterius kerana segala jawapan ada pada akhir cerita. Lalu, bila kita sudah mula memahami kesemuanya, barulah rasa seram itu wujud dan kita mula dicengkam rasa takut yang membawa hingga ke alam nyata.
Itulah kekuatan filem ini bagi aku. Ianya tak seram langsung waktu ditengok tapi terlalu seram bila diingat kembali. Aku akui, waktu menaip entry ini, aku masih dicengkam rasa seram. Aku tidak dapat membayangkan kalau aku berada di posisi Sudin yang tanpa sengaja memadu sumpah sehidup semati bersama iblis. Aku juga dapat merasakan ketakutan yang Sudin alami dan memaklumi kegilaannya. Aku sendiri sudah hampir gila membayangkan kehidupan yang dilaluinya.
Kepada anda yang belum menontonnya, silakanlah menonton dan bersabarlah menghadapi dunia ciptaan M.Subhash ini.
Kalau mau baca review lain tentang filem ni, boleh klik sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2012
(389)
-
▼
January
(39)
- Kisah seorang remaja II
- Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyr...
- Ujian hari ini
- Songlap
- Kisah seorang remaja
- Ujian hari ini
- Tentang Hidup
- Tuhan itu pengasih
- Dia Masih Pelangi
- Segara Sabrina (Novel)
- Dia Masih Pelangi : New Version
- Segara Sabrina (Novel)
- Perah mindamu di Cinta Fansuri
- Mama vs Mizan
- Perlawan badminton daerah Papar dan Anis
- Feedback Kekuatan Cinta Seorang Guru
- Hari Pemilihan Bola Baling yang penuh keterujaan
- Merindui bulan
- Kan ku beli mesin masa
- :aku:
- Update baru aku
- Kekuatan Cinta Seorang Guru
- Kemarahanku
- Kisah Mizan dan huruf A
- Intrologi 1M 1S 2012
- Mizan pindah sekolah
- Penggoda Jeruk Rasa
- Tak sedap hati
- Biarkan aku sendiri
- GreenNotes: Kenapa Pada Hari ini Tidak Kau Berikan...
- Kisah Mizan di hari ulang tahun ke 5
- Hari pertama Mizan dan Ade.
- Mistiknya diriku, Entry balas untuk Lina
- Sesi persekolahan pun bermula
- Filem Misteri Jalan Lama
- Kisah curang
- Filem Sumpah Puaka
- Sebuah rapat penting
- Intrologi untuk 2012
-
▼
January
(39)
0 comments:
Post a Comment