Sunday, January 22, 2012 | By: Luna Biru

Segara Sabrina (Novel)

Miri, Sarawak 1968
            Harris membenahi beg bimbitnya dengan kadar selaju yang boleh. Jam sudah menunjukkan ke angka 4 petang, lebih sepuluh minit. Hari ini adalah hari ulang tahun puteri bungsu manjanya, Sabrina. Sabrinanya yang manis, lucu, nakal dan keras kepala itu akan menyambut ulang tahunnya yang ke lapan hari ini. Dia sudah berjanji akan pulang awal dan meraikan hari berbahagia itu bersama keluarganya. Majlis sambutan kecil-kecilan akan diadakan pada jam 5 petang. Isterinya, Maya, sudah memanggil beberapa tetamu jemputan untuk majlis tersebut. Jemputan agak terhad dan hanya terdiri dari kalangan mereka yang berada selingkungan dengan kelas mereka. Maya agak cerewet dalam memilih tamu. 

bersambung di sini...

2 comments:

Atie said...

Ini novel pertama kau kan Zue, Novel yang manuskripnya dihantar kembali persis sewaktu kau mengirim manuskrip itu ke peraduan novel remaja, kalau aku tidak silap. karyamu terlalu hebat untuk gadis seusia kau waktu itu....rasanya Ahadiat akasha waktu dia menginjak umur kau, dia malah tidak dapat menghasilkan novel sehebat kau kukira....malah novelnya yang paling menyengat hanya "lagenda budak setan' itulah saja. yang lain aku kira kau lebih matang dalam menghasilkan karya dalam bentuk novel....ahaks!!!

Luna Biru said...

wuina...tinggi betul tu tie...terima kasih. Aku terkial-kial menaipnya balik dalam betuk digital sekarang ni maklum waktu tu cuma ada mesin ketik tua abah. Semua ceritanya pun diperhalusi lagi dan banyak yang terpaksa ku ubah sebab mahu ikut peredaran zaman.

Terus-terang ini adalah sesuatu yang sangat mencabar dan gila. Aku pun sendiri hairan bagaimana aku boleh menghasilkan novel ini dulu dalam usia 16 tahun, sedangkan waktu itu tiada kcanggihan internet. Waktu tu aku habiskan seluruh masaku di library Papar semata-mata untuk mengkaji sejarah dan sistem dunia tahun 1968. Sekarang mudah sikit sebab segalanya ada di hujung jari.
Doakan aku Tie...

Post a Comment